Cara Tukar Password Hong Leong Bank Online
Cara Tukar Password Hong Leong Bank Online

Cara Tukar Password Hong Leong Bank Online

Menukar kata laluan Hong Leong Bank online banking diperlukan untuk menjaga agar akaun Anda tetap selamat. Namun, ramai korang yang tidak tahu macam mana cara tukar password Hong Leong Bank online.

Jadi sekiranya Anda pemegang akaun Hong Leong Bank dan mempunyai akaun online kat HLB Connect, Anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan HLB Connect secara berkala.

Berikut adalah panduan cara menukar password Hong Leong Bank online.

Cara Tukar Password Hong Leong Bank Online

Ikuti langkah-langkah cara tukar password Hong Leong Bank:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username HLB Connect
  3. Tick Yes this is my security picture jika itu Security Image Anda. Secured Login
  4. Masukkan Password akaun Anda.
  5. Klik Login.
  6. Selepas Anda login, klik Others Services.
  7. Kemudian, klik Settings.
  8. Klik Change Password.
  9. Masukkan Kata Laluan Baru Anda.
  10. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru Anda untuk mengesahkan.
  11. Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga selesai.
  12. Tahniah, Anda berjaya tukar password Hong Leong Bank.

Jika diperlukan, Anda dapat kemaskini no telefon Hong Leong Bank. Sila baca panduan cara tukar no telefon Hong Leong Bank.

Lupa Password Hong Leong Bank Connect

Jika Anda terlupa kata laluan, Anda tak perlu risau. Sila ikuti cara menukar kata laluan HLB Connect di bawah ni:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Klik Forgot Username/Password. Forgot Password atau Username HLB
  3. Pada Id Type, sila pilih jenis kad pengenalan Anda. Maklumat Forgot Password HLB
  4. Pada Id Number, masukkan nombor kad pengenalan Anda.
  5. Seterusnya, pastikan nombor handphone Anda betul kerana nombor TAC akan dihantarkan ke nombor handphone yang berdaftar.
  6. Masukkan Kod TAC pada ruangan yang tersedia.
  7. Sila masukkan Kata Laluan Baru yang Anda inginkan.
  8. Sahkan sekali lagi Kata Laluan Baru Anda.
  9. Pilih Soalan Keselamatan yang Anda inginkan.
  10. Tahniah, Anda berjaya menukar kata laluan Hong Leong Bank.

FAQ Hong Leong Bank

Berikut beberapa soalan lazim mengenai Hong Leong Bank:

1. Bagaimana jika saya menghadapi masalah semasa login ke Perbankan Online?

Sila tutup penyemak imbas dan buka sekali lagi untuk log masuk. Anda harus menyemak semula username atau password untuk melihat sama ada betul atau tidak. Sekiranya Anda masih tidak dapat log masuk, sila hubungi Pusat Panggilan Hong Leong di +855 23 999 711 untuk bantuan.

2. Apa yang berlaku jika saya tidak melakukan aktiviti semasa log masuk tepat pada masanya?

Perbankan online akan mati secara automatik sekiranya tidak ada aktiviti yang dilakukan selama lebih dari 5 minit.

3. Bagaimana jika saya memasukkan nama pengguna / kata laluan saya salah selama 3 kali berturut-turut atau TAC selama 9 kali berturut-turut?

Akaun Anda akan dikunci/disekat secara automatik. Sila klik Reset Hong Leong Connect dan buat Kata Laluan baru untuk log masuk ke Perbankan Online lagi. Anda mungkin perlu mendapatkan nombor ID Sementara dari mana-mana Cawangan HLB atau melalui Pusat Panggilan Hong Leong untuk membuat kata laluan baru anda dan mengaktifkan semula akaun (jika Anda mendaftar dengan Nombor Akaun).

Itu sahaja perkongsian kali ini, diharapkan maklumat yang kami kongsi boleh membantu Anda.