Cara Tukar Password HSBC Online
Cara Tukar Password HSBC Online

Cara Tukar Password HSBC Online

Selain memiliki banyak cawangan, HSBC jugak mempunyai pelbagai macam perkhidmatan. Salah satu perkhidmatan yang banyak korang gunakan iaitu HSBC online banking.

HSBC online banking membolehkan pemegang akaun membuat aktiviti kewangan seperti pemindahan dana, semak baki akaun HSBC, pembayaran bil, top up, dan banyak lagi.

Bagi Anda yang telah mempunyai akaun kat HSBC online banking, Anda dinasihatkan untuk menjaga keselamatan akaun Anda iaitu dengan menukar kata laluan secara berkala. Berikut kami kongsikan cara tukar password HSBC online.

Cara Tukar Password HSBC Online

Sila ikuti langkah-langkah tukar password HSBC online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
  2. Klik Log On > HSBC Malaysia online banking.
  3. Masukkan Username akaun Anda pada ruangan yang disediakan. Username HSBC Online
  4. Klik Continue.
  5. Seterusnya, klik Continue using your password. Continue Using Password
  6. Klik Forgotten your password. Forgotten Password HSBC
  7. Klik Reset Using Security Code. Reset Using Security Code
  8. Isikan Soalan Keselamatan Anda. Security Question
  9. Klik Continue.
  10. Isikan juga Security Code. Secure Code
  11. Klik Continue.
  12. Pada New Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan. Create New Password HSBC
  13. Pada Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan baru Anda.
  14. Klik Continue.
  15. Tahniah, Anda berjaya tukar kata laluan akaun Anda.

Anda juga boleh kemaskini no telefon HSBC, sila baca panduan cara tukar no telefon HSBC.

Cara Aktifkan Security Device HSBC

Adapun cara aktifkan security device HSBC, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
  2. Klik Log On > HSBC Malaysia online banking.
  3. Masukkan Username akaun Anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Masukkan Password akaun Anda.
  5. Anda akan diminta memasukkan kod pengaktifan SMS OTP.
  6. Seterusnya, masukkan nombor siri 10 digit yang terdapat di belakang Security Device Anda.
  7. Tekan dan tahan butang hijau untuk menghidupkan Security Device Anda dan kemudian buat PIN 4 hingga 8 digit.
  8. Klik butang kuning dan masukkan semula PIN baru Anda untuk mengesahkan.
  9. Jika Anda melihat HSBC di paparkan di skrin Security Device, klik butang hijau untuk menghasilkan kod keselamatan.
  10. Masukkan Kod Keselamatan di halaman perbankan online dan klik Continue untuk menyelesaikan proses pengaktifan.
  11. Tahniah, Anda berjaya aktifkan Security Device Anda.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah Anda boleh hubungi HSBC Malaysia di 1300-8801388 (local) atau +603 8321 5400 (international).

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu.