Cara Tukar Transfer Limit Bank Rakyat
Cara Tukar Transfer Limit Bank Rakyat

Cara Tukar Transfer Limit Bank Rakyat

Posted on

Setiap pelanggan Bank Rakyat mestilah mengetahui transfer limit Bank Rakyat sebelum melakukan transaksi kewangan. Transfer limit merupakan had pemindahan maksimum yang dibenarkan oleh Bank Rakyat. Had ini meliputi pemindahan melalui mesin ATM Bank Rakyat, Mobile Banking atau perbankan internet Bank Rakyat (iRakyat).

Bank Rakyat mengehadkan transaksi atau pindahan wang. Contoh, jika pelanggan sudah capai limit transaksi pada hari Isnin, pelanggan tidak lagi dibenarkan untuk buat transaksi. Pelanggan kena buat esok pada hari Selasa kerana ianya akan dikemaskini setiap hari.

Lalu macam mana cara nak tukar transfer limit Bank Rakyat online? Sila ikuti panduan di bawah ini.

Cara Tukar Transfer Limit Bank Rakyat i-Rakyat

Berikut cara tukar transfer limit Bank Rakyat:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Masukkan Username akaun Anda.
  4. Klik Login.
  5. Sahkan Secure Phrase Anda.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Seterusnya, masukkan kod Capctha di ruangan yang disediakan.
  8. Klik Login.
  9. Selepas Anda login, klik Profile Maintenance. Profile Maintenance Bank Rakyat
  10. Kemudian, klik Daily Limits Maintenance. Daily Limits Maintenance
  11. Masukkan Had Baru untuk setiap transaksi yang Anda inginkan. Cara Tukar Transfer Limit iRakyat
  12. Setelah Anda selesai masukkan jumlah yang Anda inginkan, klik Request TAC.
  13. Masukkan kod TAC yg dihantar ke handphone Anda melalui SMS.
  14. Klik Submit.
  15. Jika berjaya, Anda akan menerima pengesahan had transaksi.

Sila baca juga cara tukar password Bank Rakyat online iRakyat.

FAQ Bank Rakyat

Berikut beberapa soalan lazim mengenai transfer limit Bank Rakyat:

1. Adakah had transaksi wang harian?

Had transaksi wang harian online yang ditetapkan merupakan had transaksi yang dapat digunakan pada hari tersebut. Tetapi Anda boleh menetapkan had transaksi sendiri sehingga kadar maksimum yang ditetapkan oleh bank.

2. Adakah limit transaksi online sama dengan limit transaksi mesin ATM?

Tidak. Sekiranya Anda telah mengubah limit transaksi ATM ia tidak akan mengubah had limit transaksi online.

3. Berapakah had maksimum limit Bank Rakyat?

Had maksimum Bank Rakyat iaitu RM5,000

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Rakyat Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau Talian Antarabangsa 03-55269000 atau melalui E-Mel: telerakyat@bankrakyat.com.my