Cara Tukar Transfer Limit HSBC
Cara Tukar Transfer Limit HSBC

Cara Tukar Transfer Limit HSBC

Anda sebagai HSBC mestilah mengetahui berapa had transfer limit HSBC sebelum melakukan transaksi kewangan. Transfer limit merupakan had pemindahan maksimum yang dibenarkan oleh HSBC. Had ini meliputi pemindahan melalui mesin ATM HSBC, Mobile Banking atau perbankan internet HSBC.

HSBC mengehadkan transaksi atau pindahan wang. Contoh, jika pelanggan sudah capai limit transaksi pada hari Selasa, pelanggan tidak lagi dibenarkan untuk buat transaksi. Pelanggan kena buat esok pada hari Rabu kerana ianya akan dikemaskini setiap hari.

Lalu macam mana cara nak tukar transfer limit HSBC online? Sila ikuti panduan di bawah ini.

Cara Tukar Transfer Limit HSBC Online

Panduan cara kemaskini transfer limit HSBC.

  1. Lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
  2. Klik Log On pada bahagian kanan atas, klik HSBC Malaysia online banking.
  3. Masukkan Username akaun Anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik Continue. Username Tukar Limit HSBC
  5. Isikan Security Code, kemudian klik Log On. Security Code HSBC
  6. Pilih Change Internet Banking Limit. Select tukar limit HSBC
  7. Klik Edit dan sesuaikan had harian yang Anda inginkan.
  8. Jika sudah mengubah had yang Anda inginkan, klik Update.
  9. Tahniah, Anda berjaya tukar transfer limit HSBC Online.

Berapakah had pemindahan maksimum setiap hari untuk penukaran mata wang asing 24/7?

Tidak ada had maksimum untuk pemindahan dana mata wang yang sama.

Untuk pemindahan dana silang mata wang (cross-currency), had berikut dikenakan:

  • Pemindahan dana antara akaun saya sendiri: Setiap pemindahan yang Anda buat antara akaun Anda sendiri terhad kepada RM3,000,000. Sekiranya Anda ingin memindahkan lebih daripada RM3,000,000, Anda boleh membahagikannya kepada beberapa pemindahan. Anda boleh meningkatkan atau mengurangkan had pemindahan Anda, di bawah Services -> Tools & Services -> Change your online banking limitsOwn account transfers.
  • Pemindahan dana ke akaun HSBC / HSBC Amanah lain: RM200,000 sehari, yang merupakan had harian gabungan untuk semua pemindahan dana pihak ketiga. Anda boleh meningkatkan atau mengurangkan had pemindahan Anda, sehingga maksimum had pindahan RM200,000, di bawah Services -> Tools & ServicesChange your online banking limits -> Third party transfer.

Baca jugak: IBG Transfer HSBC Berapa Hari

Perbankan online semakin popular di Malaysia. Hal ini jugak dilakukan oleh HSBC dengan memperkenalkan HSBC online sebagai satu bentuk kemudahan untuk para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka. Dengan menggunakan kaedah ini, Anda sebagai pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi seperti:

  • Check baki akaun bank
  • Pembayaran bil
  • Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan
  • Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi

Bagi Anda yang belum ada akaun, kami nasihatkan Anda daftar HSBC online banking terlebih dahulu.