Check Penyata Bank Islam Online
Check Penyata Bank Islam Online

Check Penyata Bank Islam Online

Bank Islam internet banking merupakan perkhidmatan perbankan Bank Islam yang dapat memudahkan Anda melakukan urusniaga kewangan seperti transfer, topup, bayar bil, penjadualan dan lain-lain.

Bank Islam IB dapat diakses secara 24 jam sehari, sehingga Anda boleh melakukan transaksi pada bila masa secara cepat, pantas dan selamat.

Sekiranya Anda memerlukan penyata bank untuk suatu keperluan, sekarang semakan penyata bank Islam online boleh dilakukan jika Anda mempunyai akaun berdaftar di Bank Islam IB.

Dengan melakukan check statement bank Islam secara online, Anda dapat mengetahui maklumat terperinci transaksi kewangan Anda tanpa perlu pergi ke pejabat bank.

Check Penyata Bank Islam Online

Bank Islam IB atau Bank Islam Internet Banking mempunyai perkhidmatan yang membolehkan Anda mendapatkan statement bank secara online.

Anda boleh check penyata bank Islam berdasarkan bulan penyata yang Anda mahu.

Langkah dapatkan penyata bank islam online melalui bankislam.biz

  1. Buka link www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login
  3. Masukkan User ID dan Password Anda.
  4. Klik My Accounts.
  5. Pilih E-Statement > Download.
  6. Pilih Account/Card.
  7. Pilih bulan penyata yang ingin donwnload atau muat turun.
  8. Klik Buka atau Open untuk melihat penyata.
  9. Klik Save untuk simpan penyata bank.

Check Penyata Akaun Bank Islam di ATM

Adakah Anda tahu bahawa mesin ATM Bank Islam boleh print penyata akaun? Ramai yang tak tahu bagaimana nak dapatkan penyata mini di mesin ATM.

Penyata mini hanya menyediakan sebahagian transaksi sahaja, Anda tidak dapat mendapatkan penyata mini secara lengkap.

Sekiranya Anda mahu dapatkan penyata akaun secara lengkap, kami syorkan Anda untuk menggunakan perkhidmatan internet banking Bank Islam.

Langkah print penyata mini Bank Islam melalui ATM.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Islam terdekat.
  2. Masukkan kad ATM Anda
  3. Pilih Bahasa Melayu
  4. Masukkan PIN ATM Bank Islam
  5. Pilih Bank Islam
  6. Pilih Khidmat Penyata
  7. Pilih Penyata Mini
  8. Pilih Cetak
  9. Ambil penyata mini

Cara Dapatkan Statement Bank Islam di Pejabat

Penyata bank boleh Anda dapatkan di cawangan Bank Islam. Sila membawa buku simpanan/buku bank untuk keperluan print penyata akaun Bank Islam.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam terdekat.
  2. Bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin cetak penyata Bank Islam.
  3. Pegawai bank akan membantu Anda print penyata bank.

Cara Melanggan Statement Bank Islam Online

Tak payah pergi ke cawangan bank Islam hanya untuk sekadar print atau lihat penyata akaun. Sekiranya Anda mahu, Anda boleh dapatkan statement bank Islam melalui online setiap bulan.

  1. Buka link www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  4. Pilih New Status, klik Subscribe
  5. Klik Request i-Access Code (IAC)
  6. Masukkan kod IAC
  7. Klik Confirm

Semoga perkongsian yang dinyatakan diatas boleh membantu Anda mendapatkan penyata bank dengan cepat dan pantas.