IBG Transfer Bank Muamalat Berapa Hari
IBG Transfer Bank Muamalat Berapa Hari

IBG Transfer Bank Muamalat Berapa Hari

Interbank Giro (IBG) merupakan pembayaran elektronik antara institusi kewangan yang mengambil bahagian di Malaysia. Bank Muamalat Malaysia menawarkan pembayaran IBG sebagai cara kos rendah bagi pelanggan untuk memindahkan wang antara akaun, bil kad kredit dan membayar pinjaman atau transfer pembayaran kepada orang lain.

Nak tanya bang tolong jawab, semalam jam 9 malam saya ada buat transfer duit dari Muamalat ke bank Islam guna ibg patutnya hari ni jam 11 dah masuk tapi duit tu tak masuk lagi di bank islam, duit kat Muamalat dah kena tolak, kenapa jadi macam tu? Pertanyaan tersebut kerap kali kami dapatkan.

Berikut maklumat terperinci mengenai IBG Transfer Bank Muamalat.

Interbank Giro (IBG)

Maklumat IBG transfer dibawah ini mestilah Anda fahami terlebih dahulu.

Fee dan Caj

  • Internet Banking: RMo.10
  • Mobile Banking: RM0.10

Had Transaksi Harian

Mengenai Had Transaksi Harian iaitu 30,000.00 had keseluruhan gabungan.

Rujukan Pembayaran

  • Ketersediaan nama penerima dan rujukan pembayaran dalam penyata bank benefisiari (Internet Banking dan Mobile Banking YES)
  • Ketersediaan nama penerima dan rujukan pembayaran dalam penyata bank pembayar (Internet Banking dan Mobile Banking YES)

Pembayaran Bertarikh Masa Depan

  • Internet Banking: Yes
  • Mobile Banking: Yes

Jadual IBG Transfer Bank Muamalat

Berikut senarai jadual IBG Transfer Bank Muamalat:

Payment Initiated by CustomersTimeFunds Received by BeneficiariesTimeRefund for Unsuccessful Transactions
Bussiness Days (Mon-Fri)Before 5:00 amSama business dayBy 11:00 amBy 5:00 pm
Bussiness Days (Mon-Fri)5:00 am to 8:00 amSama business dayBy 2:00 pmBy 8:20 pm
Bussiness Days (Mon-Fri)8:01 am to 11:00 amSama business dayBy 5:00 pmBy 11:00 pm
Bussiness Days (Mon-Fri)11:01 am to 2:00 pmSama business dayBy 8:20 pmBy 11:00 am next business day
Bussiness Days (Mon-Fri)2:01 pm to 5:00 pmSama business dayBy 11:00 pmBy 11:00 am next business day
Bussiness Days (Mon-Fri)After 5:00 pmNext business dayBy 11:00 amBy 5:00 pm
Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holidays)Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holidays)Next business dayBy 11:00 amBy 5:00 pm

Contoh:

Untuk pembayaran yang dimulakan oleh pelanggan pukul 8:01 am sampai 11:00 am maka dana yang diterima iaitu pukul 5:00 pm dan untuk bayaran balik transaksi yang tidak berjaya iaitu pukul 11:00 pm

Selepas Anda membuat IBG transfer, sila semak baki akaun Bank Muamalat secara online untuk melihat baki akaun terkini.

FAQ IBG Transfer

1. Saluran apa yang boleh digunakan untuk memulakan pembayaran IBG?

Perbankan ATM dan Telefon

Pelanggan juga dapat menggunakan perkhidmatan Phone Banking yang disediakan oleh bank IBG yang mengambil bahagian. Sila periksa ketersediaan perkhidmatan dengan bank Anda.

Perbankan Internet dan Mudah Alih

Pelanggan boleh melakukan pemindahan dan pembayaran dana antara bank melalui IBG melalui bank pilihan atau perbankan mudah alih mereka.

Di Kaunter

  1. Sila pergi ke cawangan bank IBG yang mengambil bahagian dan isi borang Giro Antara Bank.
  2. Maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut merangkumi nama, nombor akaun dan jumlah penerima yang akan dipindahkan
  3. Selepas mengisi borang dan menunjukkan cara pembayaran iaitu tunai atau debit langsung dari Akaun Semasa dan Simpanan Anda, bank akan memproses permintaan Anda.

2. Adakah urus niaga yang boleh saya lakukan melalui perkhidmatan IBG?

Dengan IBG, Anda dapat memindahkan dana dari Akaun Semasa dan Simpanan Anda ke akaun di bank lain yang mengambil bahagian, sama ada akaun simpanan, pinjaman/pembiayaan atau kad kredit semasa.

3. Bagaimana saya tahu jika transfer dana atau pembayaran saya berjaya?

Anda boleh memeriksa dengan penerima atau memeriksa sejarah transaksi di perbankan mudah alih Anda mengenai apakah ada status pengembalian dana.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Muamalat, Anda boleh menghubungi Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500