IBG Transfer BSN Berapa Hari
IBG Transfer BSN Berapa Hari

IBG Transfer BSN Berapa Hari

Giro Antara Bank (IBG) atau Interbank Giro Transfer merupakan pembayaran pindahan duit secara eletronik dan di uruskan oleh MyClear. Dengan menggunakan perkhidmatan BSN Giro, Anda dapat lakukan semua urusan perbankan Anda secara online. Jadi, Anda tak perlu lagi pergi dari satu bank ke bank yang lain, semua dapat diselesaikan di kaunter BSN dan secara online.

Sekarang ini ramai sekali yang melakukan transfer wang dari akaun bank ke akaun bank lain. Dan pasti ramai yang tertanya-tanya IBG transfer BSN berapa hari?

Apa itu IBG Transfer BSN

IBG transfer mempunyai beberapa perkhidmatan yang dapat memudahkan Anda melakukan pelbagai aktiviti perbankan. Berikut adalah senarai perkhidmatan IBG transfer Bank Simpanan Nasional:

1. Perkhidmatan IBG Transfer BSN

a. Pembayaran daripada bank lain

Pelanggan dapat melakukan pemindahan duit daripada bank-bank lain. Selain itu pelanggan diperbolehkan untuk membayar bil kad credit dan membuat pembayaran balik daripada bank-bank lain.

b. Pengkreditan ke akaun Anda daripada syarikat atau majikan

Majikan atau organisasi dapat membuat bayaran seperti Gaji, Bonus, Elaun, dan lain-lain ke akaun BSN Anda dan majikan atau organisasi akan disediakan dengan perkhidmatan pemindahan fail elektronik (FTP) BSN. Selain itu majikan akan menerima laporan melalui e-mel bagi setiap transaksi yang telah berjaya dilakukan.

c. Pendebitan daripada akaun Anda

BSN berkeupayaan bagi membuat bayaran ke akaun penerima di bank lain.

d. Pembayaran atau pemindahan

Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui pemindahan elektronik.

2. Saluran IBG

Bank Simpanan Nasional menyediakan pelbagai saluran untuk menyokong IBG transfer, berikut adalah senarai saluran yang disediakan oleh BSN:

  • Kaunter di Cawangan BSN
  • Perbankan Internet (Runcit/Korporat)
  • Mesin Juruwang Automatik (ATM)

3. Fi Transaksi IBG

Berikut fi transaksi IBG BSN bagi setiap transaksi yang telah berjaya dilakukan.

SaluranCaj PerkhidmatanHad
ATMRM0.10Sehingga RM50,000 (Had Gabungan)
KaunterRM2.00Sehingga RM1 Juta (Had Gabungan dengan IBFT)
Perbankan InternetRM0.10Sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi

4. Masa Bayaran Balik IBG

Adapapun masa bayaran balik IBG iaitu:

HariBayaran Dibuat oleh PelangganBayaran Dibuat oleh Pelanggan*Dana diterima oleh Benefisiari*Bayaran balik bagi Transaksi Tidak Berjaya*Bayaran balik bagi Transaksi Tidak Berjaya
HariATMPerbankan Internet & OTC*Dana diterima oleh Benefisiari*Bayaran balik bagi Transaksi Tidak Berjaya*Bayaran balik bagi Transaksi Tidak Berjaya
Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat)Sebelum 4:00 pagiSebelum 5:00 pagiHari perniagaan yang samaPada 11:00 pagiPada 5:00 petang
Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat)4:01 pagi hingga 7:00 pagi5:01 pagi hingga 8:00 pagiHari perniagaan yang samaPada 2:00 petangPada 8:20 petang
Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat)7:01 pagi hingga 10:00 pagi8:01 pagi hingga 11:00 pagiHari perniagaan yang samaPada 5:00 petangPada 11:00 petang
Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat)10:01 pagi hingga 1:00 petang11:01 pagi hingga 2:00 petangHari perniagaan yang samaPada 8:20 petangPada 11:00 pagi
(Hari perniagaan yang berikutnya)
Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat)1:01 petang hingga 5:00 petang2:01 petang hingga 5:00 petangHari perniagaan yang samaPada 11:00 petangPada 11:00 pagi
(Hari perniagaan yang berikutnya)
Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat)Selepas 4:00 petangSelepas 5:00 petangHari perniagaan yang berikutnyaPada 11:00 pagiPada 5:00 petang
Hari Bukan Perniagaan
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)
Hari Bukan Perniagaan
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)
Hari Bukan Perniagaan
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)
Hari perniagaan yang berikutnyaPada 11:00 pagiPada 5:00 petang

5. Hari Tidak Bekerja (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu, Ahad dan cuti umum, Anda masih lagi boleh melakukan transaksi IBG pada BILA-BILA masa sahaja (tidak termasuk Instant Transfer).

  • Waktu duit diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
  • Bayaran balik bagi transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang.

6. IBG Transfer berapa hari?

Terkait dengan IBG Transfer berapa hari yang diterangkan di atas sudah cukup jelas, tidak sampai sehari pun tempoh masa pindahan. Sebab tempoh pindahan jadi lama kerana:

  • Anda transfer duit pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
  • Anda transfer duit selepas 5.00 petang pada hari Isnin – Jumaat.

Jadi, elakkan transfer duit pada waktu yang dinyatakan di atas.

Cara IBG Transfer BSN di ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN terdekat.
  2. Masukkan kad ATM/Debit.
  3. Pilih Bahasa Malaysia.
  4. Masukkan No. PIN.
  5. Di skrin utama pilih Pindahan.
  6. Pilih Pindahan IBG.
  7. Pilih Pindahan Wang IBG.
  8. Nilai caj pindahan akan dipaparkan di skrin. Cara IBG Transfer BSN di ATM
  9. Kemudian, Tekan Untuk Teruskan.
  10. Sila masukkan amaun dan tekan YA.
  11. Pilih Bank Penerima dari senari yang tertera.
  12. Masukkan nombor akaun penerima, Tekan Jika Betul.
  13. Masukkan nombor rujukan urusan, Tekan Jika Betul.
  14. Semak butiran pindahan, Tekan Jika Betul untuk teruskan. Cara Buat IBG Transfer BSN di ATM
  15. Sekiranya Anda tidak memerlukan urusan lain tekan Tidak.
  16. Jangan lupa mengambil kad dan resit untuk rujukan.

Jika Anda tidak mahu buat IBG transfer guna ATM, Anda boleh buat IBG transfer melalui online, sebelum itu pastikan Anda sudah mempunyai akaun berdaftar di myBSN. Sekiranya belum mempunyai akaun myBSN, sila baca panduan cara daftar BSN online banking.

Cara Buat IBG Transfer BSN di Cawangan

  1. Pergi ke mana-mana kaunter BSN, kemudian isi borang IBG yang diberikan oleh pegawai kaunter dan pastikan yang Anda mengisi nombor akaun penerima dengan betul.
  2. Serahkan borang tersebut kepada Juruwang.
  3. Untuk keselamatan tambahan, Anda dinasihatkan agar menghubungi penerima untuk mengesahkan bahawa dana telah dipindahkan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah, Anda boleh hubungi Customer Care BSN di 1 300 88 1900.