IBG Transfer Hong Leong Bank Berapa Hari
IBG Transfer Hong Leong Bank Berapa Hari

IBG Transfer Hong Leong Bank Berapa Hari

Saya telah buat transfer guna IBG transfer Hong Leong Bank, tapi duit tu belum masuk ke akaun penerima, apa perlu buat?

Jadi apabila Anda tertanya-tanya mengenai IBG Transfer Hong Leong berapa hari dan bila duit masuk ke akaun, berikut kami kongsikan maklumat penting mengenai IBG transfer Hong Leong Bank dan jadual IBG transfer Hong Leong Bank.

Interbank GIRO (IBG) iaitu pemindahan dana yang membolehkan pemindahan duit antara institusi kewangan yang mengambil bahagian di Malaysia. Sistem IBG dikendalikan oleh MyClear, anak syarikat Bank Negara Malaysia.

Jadual IBG Transfer Hong Leong Bank

Sila lihat jadual Interbank GIRO HLB di bawah ini.

Pembayaran Dimulakan oleh PelangganPembayaran Dimulakan oleh Pelanggan*Dana Diterima oleh Benefisiari*Dana Diterima oleh Benefisiari*Bayaran Balik untuk Transaksi yang Gagal 
Isnin hingga Jumaat (Hari Perniagaan)Sebelum 5:00amHari Perniagaan Yang SamaSebelum 11:00amSebelum 5:00pm
Isnin hingga Jumaat (Hari Perniagaan)5:01am hingga 8:00amHari Perniagaan Yang SamaSebelum 2:00pmSebelum 8:20pm
Isnin hingga Jumaat (Hari Perniagaan)8:01am hingga 11:00amHari Perniagaan Yang SamaSebelum 5:00pmSebelum 11:00pm
Isnin hingga Jumaat (Hari Perniagaan)11:01am hingga 02:00pmHari Perniagaan Yang SamaSebelum 8:20pmSebelum 11:00am (Hari Perniagaan Berikutya)
Isnin hingga Jumaat (Hari Perniagaan)2:01pm hingga 5:00pmHari Perniagaan Yang SamaSebelum 11:00pmSebelum 11:00am (Hari Perniagaan Berikutya)
Isnin hingga Jumaat (Hari Perniagaan)Selepas 5:00pmHari Perniagaan BerikutnyaSebelum 11:00amSebelum 5:00pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan
(Bukan Hari Perniagaan)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan
(Bukan Hari Perniagaan)
Hari Perniagaan BerikutnyaSebelum 11:00amSebelum 5:00pm

*Dalam keadaan biasa.

Penerima akan menerima pindahan akan datang pada pukul 11:00 pagi pada tarikh yang di pilih atau hari bekerja yang berikutnya. Apabila tarikh itu jatuh pada hujung minggu atau cuti umum Wilayah Persekutuan.

Berkenaan dengan IBG transfer HLB berapa hari yang diterangkan di atas sudah cukup jelas, tidak sampai sehari pun tempoh masa pindahan. Kerana tempoh pindahan jadi lama sebab:

  • Anda transfer duit pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
  • Anda transfer duit selepas 5.00 petang pada hari Isnin – Jumaat.

Anda dinasihatkan untuk elakkan transfer duit pada waktu yang dinyatakan di atas.

Contoh:

  • Apabila transaksi dilakukan di antara pukul 8.01 pagi- 11.00 pagi, wang akan diterima pada hari yang sama pada pukul 5.00 petang. Sekiranya transaksi tidak berjaya, wang akan dipulangkan ke pengirim di hari yang sama pada pukul 11.00 pm.
  • Apabila transaksi dilakukan di antara pukul 11.01 pagi- 2.00 petang, wang akan diterima pada hari yang sama pada pukul 8.20 malam. Sekiranya transaksi tidak berjaya, wang akan dipulangkan ke pengirim pada hari berkerja yang seterusnya pada pukul 11.00 pagi.

Setelah buat transaksi IBG transfer, sila semak baki akaun Hong Leong Bank online untuk melihat baki terkini.

FAQ IBG Transfer Hong Leong Bank

Berikut adalah senarai pertanyaan bertkaitan dengan IBG transfer.

1. Bagaimana transaksi pindahan wang IBG dilaksanakan?

Bagi pelanggan individu, terdapat tiga pilihan bergantung kepada bank yang berkenaan:

  • Pilihan 1-perbankan Internet dan perbankan mudah alih
  • Pilihan 2-di kaunter cawangan bank
  • Pilihan 3-di Mesin ATM, terhad bagi perkhidmatan tertentu sahaja

Bagi pelanggan korporat:

Pindahan duit dapat dibuat melalui perbankan internet atau pindahan fail menerusi media yang telah dipersetujui seperti CD atau disekt atau sebarang kaedah elektronik yang diterima oleh bank berkenaan.

2. Adakah jumlah maksimum yang boleh dipindahkan melalui pindahan wang IBG oleh individu?

  • Di kaunter atau bergantung kepada bank berkenaan, dan tertakluk kepada terma dan syarat setiap individu bank masing-masing, jumlah maksimum bagi setiap pindahan wang adalah RM1juta, berdasarkan kepada jumlah wang yang terdapat di dalam akaun pelanggan.
  • Melalui perbankan internet-jumlah maksimum mengikuti terma dan syarat perbankan internet bank-bank individu tersebut adalah antara RM5,000 hingga RM10,000.

3. Adakah usaha yang dilakukan oleh bank untuk menggalakkan penggunaan pindahan wang IBG kepada pelanggan mereka?

Bergantung kepada strategi perniagaan bank-bank berkenaan, bank akan-

  • Menggalakan pelanggan yang mengeluarkan cek dengan jumlah yang besar supaya bertukar kepada e-pembayaran.
  • Menawarkan tarif khas.
  • Mempromosikan perbankan online kepada syarikat SME, korporat dan pelanggan individu.
  • Melakukan demonstrasi mengenai tahap kecekapan yang boleh dinikmati oleh pelanggan apabila bertukar kepada e-pembayaran.
  • Memaklumkan dan menyiarkan tarif perbankan online di laman sesawang bank/di cawangan bank.

4. Bagaimana cara seseorang ingin menyelaraskan bayaran yang dibuat dan diterima melalui pindahan wang IBG?

Bermula 1 April 2014, penerima boleh mendapatkan maklumat seperti rujukan penerima, nama penghantar dan butiran pembayaran yang lain, di kebanyakan bank. Maklumat ini akan dipaparkan dalam penyata akaun bank dan online jika pengirim memberikan maklumat tersebut ketika melakukan transaksi pindahan wang IBG.

5. Adakah bayaran yuran perkhidmatan setiap kali saya membuat pindahan wang?

YA, Anda akan dikenakan bayaran yuran perkhidmatan sebanyak 10 sen setiap kali Anda membuat pindahan wang melalui perbankan internet atau perbankan mudah alih.