IBG Transfer HSBC Berapa Hari
IBG Transfer HSBC Berapa Hari

IBG Transfer HSBC Berapa Hari

Apa itu Interbank GIRO (IBG)? Ramai korang yang tanyakan hal tersebut kepada kami. Interbank GIRO adalah transfer dana dari akaun simpanan atau semasa ke akaun di bank lain, tanpa mengira sama ada akaun itu adalah akaun simpanan, semasa, Perkhidmatan/pinjaman pembiayaan atau kad kredit. Semua perkhidmatan ini disediakan oleh PayNet.

Adakah Anda baru kali pertama gunakan perkhidmatan IBG transfer HSBC dan duit yang Anda transfer tersebut tak masuk ke akaun penerima? Memang buat risau jika duit tu tak masuk akaun penerima.

Namun tak perlu risau, kami akan kongsikan maklumat penting mengenai IBG transfer HSBC dan langkah-langkah yang mesti Anda lakukan sekiranya duit transfer tak masuk akaun penerima.

IBG Transfer HSBC Berapa Hari

Perkhidmatan IBG transfer selalu digunakan untuk transfer duit berlainan bank. Anda dapat melakukan transfer IBG melalui:

  • HSBC Malaysia Online Banking
  • HSBC Malaysia Mobile Banking App
  • ATM
  • Cawangan

1. Had Harian

Berikut had harian IBG Transfer:

  • ATM – RM5,000
  • Cawangan – RM500,000
  • Perbankan online HSBC Malaysia – RM200,000, berfungsi sebagai had gabungan dengan pemindahan dana pihak ketiga yang lain. Anda boleh mengurangkan atau meningkatkan had pemindahan harian anda, maksimum RM200,000 di bawah ServicesChange internet banking limits.

2. Caj IBG

Caj yang dikenakan jika Anda menggunakan IBG Transfer:

  • Perbankan dalam talian HSBC Malaysia – RM0.10
  • Aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia – RM0.10
  • ATM – RM0.10
  • Cawangan – RM2

3. IBG Transfer HSBC Berapa Hari

Berikut jadual IBG Transfer:

Crediting Time*Funds Received by beneficiaries*Refund for unsuccessful transactions
Business days (Monday to Friday)

Before 5:00am
Same business day

By 11:00am
By 5:00pm
Business days (Monday to Friday)

5:01am - 8:00am
Same business day

By 2:00pm
By 8:20pm
Business days (Monday to Friday)

8:01am - 11.00am
Same business day

By 5:00pm
By 11:00pm
Business days (Monday to Friday)

11:01am - 2:00pm
Same business day

By 8:20pm
By 11:00am (next business day)
Business days (Monday to Friday)

2:01pm - 5:00pm
Same business day

By 11:00pm
By 11:00am (next business day)
Business days (Monday to Friday)

After 5:00pm
Next business day

By 11:00am
By 5:00pm
Non-business days (Saturday, Sunday and Federal Territory public holidays)Next business day

By 11:00am
By 5:00pm

Tak faham jadual diatas? Untuk meringkaskan kami buat contoh transfer mengenai pindahan menggunakan IBG.

  1. Jika transfer sebelum jam 5.00 pagi, duit akan diterima pada jam 11.00 pagi dalam hari yang sama
  2. Jika transfer antara jam 5.01 pagi – 8.00 pagi, duit akan diterima pada jam 2.00 petang dalam hari yang sama
  3. Jika transfer antara jam 8.01 pagi – 11.00 pagi, duit akan diterima pada jam 5.00 petang dalam hari yang sama
  4. Jika transfer antara jam 11.01 pagi – 2.00 petang, duit akan diterima pada jam 8.20 malam dalam hari yang sama
  5. Jika transfer antara jam 2.01 petang – 5.00 petang pagi – 2.00 petang, duit akan diterima pada jam 11.00 malam dalam hari yang sama
  6. Jika transfer selepas jam 5.00 petang, duit akan diterima pada jam 11.00 pagi hari bekerja berikutnya

Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu dan Ahad, sebarang transaksi IBG yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja (tidak termasuk Instant Transfer), tempoh waktu duit akan diterima adalah seperti berikut:

  • Waktu wang diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
  • Bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

Dah faham? sekarang sila semak baki akaun HSBC online untuk melihat baki terkini. Atau jika Anda ingin, Anda boleh dapatkan maklumat lengkap dan terperinci mengenai transaksi kewangan Anda boleh semak penyata Bank HSBC.

FAQ IBG Transfer HSBC

Berikut beberapa soalan lazim berkaitan dengan IBG Transfer HSBC.

1. Bagaimana saya dapat mengetahui sama ada transfer dana saya berjaya atau tidak?

Transfer yang berjaya akan ditunjukan dalam penyata perbankan akhir bulan Anda. Jika Transfer tidak berjaya, Anda akan menerima SMS dari pihak HSBC mengenai transaksi yang ditolak, asalkan Anda telah mendaftarkan nombor handphone semasa Anda dengan HSBC.

2. Adakah berlaku jika memindahkan dana ke nombor akaun yang salah?

Dana akan dipindahkan dan jumlahnya akan didebitkan ke akaun Anda. Anda dinasihatkan untuk memeriksa dengan teliti nombor akaun penerima untuk memastikan Anda memindahkan dana kepada penerima yang betul.

3. Apa itu transfer berulang dan macam mana boleh melakukan pertukaran?

Transfer berulang membolehkan transaksi manual tidak diperlukan setiap kali (contoh: bagi pembayaran bil tetap yang harus Anda lakukan setiap bulan)

Transfer berulang dapat dilakukan dengan memilih pilihan Yes seperti dibawah. Anda kemudian dapat memilih kekerapan yang Anda inginkan transfer dilakukan. Transfer berulang

4. Adakah urus niaga bertarikh masa depan dan bagaimana boleh membuatnya?

Transaksi bertarikh masa depan membolehkan Anda memilih tarikh yang akan datang bagi transaksi berlaku.

Anda boleh menyiapkan dengan memilih pilihan Ya seperti di bawah.

Urus niaga bertarikh

Itulah perkongsian mengenai HSBC IBG transfer, semoga dapat membantu Anda.