IBG Transfer Public Bank Berapa Hari
IBG Transfer Public Bank Berapa Hari

IBG Transfer Public Bank Berapa Hari

Sebahagian pelanggan Public Bank mungkin tak tahu dan masih keliru mengenai IBG transfer, cara guna IBG transfer dan bila pemindahan IBG transfer masuk akaun penerima. Jadi apa itu IBG transfer? Maksud IBG Transfer atau Interbank GIRO adalah sistem pembayaran pemindahan dana elektronik yang membolehkan pemindahan wang antara bank yang mengambil bahagian di Malaysia.

Pelanggan boleh melakukan transaksi IBG melalui mesin ATM atau perbankan internet atau di kaunter Bank. Had maksimum untuk pemindahan dana melalui perbankan internet adalah bergantung kepada setiap bank, sementara pemindahan IBG di kaunter boleh setinggi RM1,000,000. Baca panduan cara tukar transfer limit Public Bank untuk tingkatkan had transfer.

Caj/kos untuk pemindahan IBG hanya serendah RM1.00 untuk transaksi mesin ATM, RM0.10 untuk transaksi Internet Banking dan RM2.00 untuk transaksi di kaunter.

Cara Pemindahan Dana Guna IBG Transfer Public Bank

Jika Anda ingin buat pemindahan dana IBG transfer, berikut langkah-langkah yang harus Anda lakukan.

  1. Lawati pbebank.com, Klik Login.
  2. Masukkan User ID, klik Next.
  3. Sahkan Personal Login Pharse.
  4. Masukkan Password, klik Login.
  5. Klik Fund Transfer. Cara IBG Transfer Public Bank Online Banking
  6. Klik Other Bank Account. Cara IBG Transfer Public Bank Internet
  7. Klik Interbank Giro (IBG).
  8. Pilih To Other Account. Cara IBG Transfer Public Bank Internet Banking
  9. From Account: Sila pilih Account Cara IBG Transfer Public Bank Internet Banking Portal
  10. Payment Type: Fund Transfer
  11. Beneficieary Name: Masukkan nama penerima.
  12. Beneficieary Bank: Pilih bank penerima.
  13. Beneficieary Account: Masukkan no akaun penerima.
  14. Receipient Reference: Boleh isi atau tidak (optional).
  15. Transaction Amount: Masukkan jumlah amaun. Cara IBG Transfer Public Bank Internet Portal
  16. Seterusnya, Klik Next. Cara IBG Transfer Public Bank Banking Online
  17. Klik butang Request TAC.
  18. Masukan TAC Number. Cara IBG Transfer Public Bank via Internet Portal
  19. Selesai

Jadual IBG Transfer Public Bank

Berikut adalah jadual IBG transfer Public Bank yang mesti Anda fahami. Dana akan tersedia di akaun penerima pada waktu berikut:

Payment Initiated by Customers via PBe Funds Received by Beneficiaries 
Business DaysBefore 5:00 a.m.Same business dayBy 11:00 a.m.
(Monday – Friday)5:01 a.m. to 8:00 a.m.Same business dayBy 2:00 p.m.
(Monday – Friday)8:01 a.m. to 11:00 a.m.Same business dayBy 5:00 p.m.
(Monday – Friday)11:01 a.m. to 2:00 p.m.Same business dayBy 8:20 p.m.
(Monday – Friday)2:01 p.m to 5:00 p.m.Same business dayBy 11:00 p.m.
(Monday – Friday)After 5:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.
Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holiday)After 5:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.

Nota:

  • Berlaku untuk semua pembayaran IBG dan pemindahan dana ke Akaun Semasa dan Akaun Simpanan.
  • Untuk pembayaran pinjaman dan kad kredit yang dimulakan hingga dan termasuk jam 5:00 petang pada Hari Perniagaan, dana akan tersedia di akaun penerima sebelum jam 12:00 tengah malam pada hari yang sama.

Contoh 1: Jika transaksi dibuat sebelum pukul 5 pagi pada hari Isnin, wang akan diterima pada hari yang sama pada pukul 11 pagi. Sekiranya transaksi tidak berjaya, wang akan dipulangkan kepada pengirim pada hari yang sama pada pukul 5 petang.

Contoh 2: Jika transaksi dilakukan selepas 5.00 petang pada hari Isnin, wang akan diterima pada hari berkerja Selasa yang seterusnya pada pukul 11.00 pagi. Sekiranya transaksi tidak berjaya, wang akan dipulangkan ke pengirim pada hari berkerja yang seterusnya pada pukul 5.00 petang.

Berapa Lama Dana IBG Transfer Masuk Akaun

Sekiranya transaksi pemindahan duit gagal/tidak berjaya, duit yang telah Anda transfer/hantar akan dikembalikan ke akaun Anda. Dana akan tersedia di akaun Anda pada waktu berikut:

Payment Initiated by Customers via PBe Funds Returned to Paying Customer 
Business DaysBefore 5:00 a.m.Same business dayBy 5:00 p.m.
(Monday – Friday)5:01 a.m. to 8:00 a.m.Same business dayBy 8:20 p.m.
(Monday – Friday)8:01 a.m. to 11:00 a.m.Same business dayBy 11:00 p.m.
(Monday – Friday)11:01 a.m. to 2:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.
(Monday – Friday)2:01 p.m to 5:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.
Non-Business Days (Saturday, Sunday and Federal Territory Public Holiday)2:01 p.m to 5:00 p.m.Next business dayBy 11:00 a.m.

Itu sahaja perkongsian mengenai IBG transfer Public Bank berapa hari dan berapa lama, semoga maklumat tersebut dapat membantu.