IBG Transfer Standard Chartered Berapa Hari
IBG Transfer Standard Chartered Berapa Hari

IBG Transfer Standard Chartered Berapa Hari

Sekarang ini banyak orang yang menggunakan perkhidmatan transfer duit daripada satu bank ke bank yang lain guna IBG Transfer.

Perasaan risau sama ada duit Anda sudah masuk akaun penerima atau belum pastinya wujud selepas melakukan transaksi tersebut. Dan si penerima duit tersebut pastilah tertanya-tanya kenapa duit belum masuk akaun.

Berikut kami kongsikan kepada anda berkenaan proses transaksi IBG transfer Standard Chartered berapa hari dan berapa lama.

Jadual IBG Transfer Standard Chartered

Interbank GIRO (IBG transfer) merupakan sistem pembayaran pindahan wang/dana secara elektronik yang membenarkan pindahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia.

Sila lihat jadual IBG transfer Standard Chartered di bawah ini agar Anda faham.

Waktu Transaksi (IBG Transfer)Wang DiterimaWang DiterimaBayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak BerjayaBayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
Waktu TransferMasaHariMasaHari
Sebelum jam 5.00 pagi11.00 pagiHari yang sama5.00 petangHari yang sama
5.01 pagi - 8.00 pagi2.00 petangHari yang sama8.20 malamHari yang sama
8.01 pagi - 11.00 pagi5.00 petangHari yang sama11.00 malamHari yang sama
11.01 pagi - 2.00 petang8.20 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
2.01 petang - 5.00 petang11.00 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
Selepas 5.00 petang11.00 pagiHari bekerja seterusnya5.00 petangHari bekerja seterusnya

Hari Tidak Bekerja (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Jika Anda buat pemindahan dana pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu dan Ahad, tempoh waktu duit akan diterima adalah seperti berikut:

Waktu duit diterima pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi dan bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

Baca juga panduan cara tukar transfer limit Standard Chartered.

FAQ IBG Transfer Standard Chartered

Berikut beberapa soalan lazin mengenai Standard Chartered untuk tingkatkan had transfer.

1. Berapa banyak penerima yang boleh saya tambah dalam perbankan internet?

Anda boleh menambah 10 penerima akaun antara bank dan 10 penerima akaun Standard Chartered Bank.

2. Macam mana saya tahu jika Pemindahan Dana Giro Antar Bank saya berjaya?

Pemindahan yang berjaya akan ditunjukkan dalam penyata akhir bulan anda. Namun, sekiranya transaksi pemindahan dana tidak berjaya, anda akan menerima nasihat kredit dari bank untuk memberitahu anda mengenai item yang dikembalikan GIRO Antara Bank.

3. Jika pemindahan dana dilakukan pada hari cuti umum, bila dana tersebut akan tersedia di akaun penerima?

Transaksi yang dilakukan pada hari cuti umum/hari bukan perniagaan/bekerja akan diproses pada hari bekerja/perniagaan berikutnya.

4. Bolehkah saya mengekalkan arahan pemindahan dana Pasca Tarikh atau Berjadual saya?

Anda dapat menghapus mana-mana arahan Pemindahan Dana Pasca Tarikh atau Berjadual Anda sebelum tarikh kuat kuasa. Arahan berjadual Anda akan diproses pada awal pagi dari tarikh kuat kuasa.

4. Bolehkah saya menurunkan had harian maksimum bagi Pemindahan Dana Pihak ketiga dan seterusnya meningkannya secara online?

Ya, cukup pilih penerima pihak ketiga dari senarai penerima pembayaran yang ada dan klik Remove. Anda dapat menurunkan had harian bila-bila masa, untuk mengurangkan had pemindahan harian anda. Namun, harap maklum bahawa jika anda ingin kembali ke had pemindahan yang lebih tinggi atau had harian maksimum asal, anda harus menulis surat kepada Standard Chartered menggunakan “Increase Transfer Limit Application Form” yang ditetapkan.

Sekiranya ada pertanyaan mengenai Standard Chartered Anda boleh hubungi di Talian Hotline Perkhidmatan Pelanggan +603 8939 8899/1300 883 399 atau melalui email straight2bank.my@sc.com