Login Bank Rakyat Online
Login Bank Rakyat Online

Login Bank Rakyat Online

Membuat transaksi perbankan melalui online banking banyak dipilih sekarang ini, sebab tak perlu kena pergi ke cawangan bank atau mesin ATM sehingga dapat menjimatkan masa. Yang Anda perlukan untuk membuat transkasi kewangan secara online iaitu hanya telefon bimbit dan sambungan internet serta nombor yang berdaftar kat internet banking.

Banyak bank di Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan internet termasuk Bank Rakyat. Bank Rakyat mempunyai perkhidmatan perbankan i-Rakyat yang boleh digunakan oleh pelanggan pada bila-bila masa serta mempunyai pelbagai ciri seperti semak baki pinjaman, semak baki akaun, bayar loan, bayar bil, print penyata bank dan banyak lagi.

Sekiranya Anda adalah pelanggan Bank Rakyat, di bawah ini kami kongsikan panduan cara login Bank Rakyat online banking.

Cara Login Bank Rakyat Online

Sebelum dapat login iRakyat, Anda dinasihatkan untuk mendaftar Bank Rakyat online terlebih dahulu. Sebab untuk login di iRakyat Anda mesti punya username dan password.

Jika sudah mempunyai akaun iRakyat, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login.
  3. Klik Personal Banking.
  4. Masukkan Username akaun Anda. Internet Banking Bank Rakyat
  5. Klik Login.
  6. Klik Yes jika itu Secure Phrase Anda. Password Login Bank Rakyat
  7. Masukkan Password akaun Anda.
  8. Masukkan Secure Purpose pada ruangan yang tersedia.
  9. Klik Login.
  10. Tahniah, kini Anda dapat gunakan perkhidmatan yang ada dalam iRakyat.

Setelah berjaya log masuk Bank Rakyat online, sila semak baki akaun Bank Rakyat untuk mengetahui baki terkini.

FAQ Bank Rakyat

Beberapa soalan umum yang berkaitan dengan Bank Rakyat:

1. Perkhidmatan apa sahaja yang ditawarkan oleh Bank Rakyat?

  • Pembukaan Akaun Deposit Berjangka-i
  • Pembukaan Akaun Simpanan-i
  • Pembayaran Ansuran Semua Pembiayaan dan Pinjaman Pajak Gadai-i
  • Perkhidmatan Tabung Haji
  • Pindahan Wang
  • Kiriman Wang
  • Pembayaran Bil Setempat
  • Pengeluaran Tunai Akaun Simpanan-i (Maksimum pengeluaran RM2,000 sehari)

2. Apa sahaja kelayakan memohon Kad Debit-i Bank Rakyat?

  • Individu berumur 18 tahun ke atas.
  • Pelanggan mesti membuka atau mempunyai akaun simpanan individu dewasa (semua jenis akaun simpanan individu dewasa)
  • Tiada Keperluan pendapatan minima.
  • Deposit minima sebanyak RM10 di dalam akaun simpanan semasa permohonan Kad Debit-i Bank Rakyat yang Baru.

3. Bolehkah saya menggunakan Kad Debit-i Bank Rakyat untuk transaksi di luar negara dan online (internet)?

Boleh. Kad Debit-i Bank Rakyat boleh digunkana untuk transaksi online (internet) dan pembelian runcit dan pengeluaran tunai di luar negara. Namun, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan, Pusat Kad Bank Rakyat di 03-2693 6880 bagi makluman penggunaan kad di luar negara dan transaksi internet bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

4. Macam mana jika saya ingin membatalkan atau menutup Kad Debit-i Bank Rakyat saya?

Pelanggan mesti merujuk ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk membatalkan/menutup Kad Debit-i Bank Rakyat Atau menghubungi Khidmat Pelanggan, pusat kad Bank Rakyat di talian 03-2693 6880

Diharapkan yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.