Lupa No Akaun Bank Islam
Lupa No Akaun Bank Islam

Lupa No Akaun Bank Islam Check Nombor Online

Nombor akaun Bank Islam amat penting untuk di ingat sebab digunakan untuk keperluan transaksi. Setiap pelanggan yang membuka akaun simpanan di Bank Islam sudah tentu akan mendapat nombor akaun.

Sebahagian orang pasti pernah terlupa nombor akaun Bank Islam mereka. Cara check nombor akaun Bank Islam di ATM sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.

Jadi Anda tidak perlu risau sebab kami akan kongsikan cara dapatkan semula nombor akaun Bank Islam. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Cara Mengatasi Lupa Nombor Akaun Bank Islam

Kami berikan 4 cara yang dapat Anda ikuti untuk dapatkan maklumat nombor akaun Bank Islam Anda.

1. ATM Bank Islam

Sekiranya Anda mempunyai kad ATM, Anda boleh gunakan kad tersebut untuk mendapatkan maklumat nombor akaun Anda.

Step cara semak nombor akaun bank Islam di mesin ATM:

  1. Sila pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Islam yang berdekatan.
  2. Masukkan Kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pada skrin ATM, sila cari Statement/Penyata.
  4. Atau pilih menu Pertanyaan Baki. Lupa No Akaun Bank Islam guna ATMs
  5. Informasi no akaun bank Islam Anda akan dipaparkan di skrin.

2. Bank Islam Online Banking

Apabila mesin ATM jauh dengan Anda, Anda boleh gunakan akaun Bank Islam online banking untuk check no akaun Bank Islam Anda. Perkhidmatan internet banking Bank Islam ini percuma, jadi tak perlu risau ye.

Jika Anda belum mempunyai akaun Bank Islam online, kami nasihatkan Anda untuk daftar Bank Islam online di bankislam.biz

Langkah cara mengetahui nombor akaun Bank Islam:

  1. Buka laman website https://www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login.
  3. Masukkan User ID dan Password.
  4. Klik menu My Accounts atau Account Summary untuk menyemak dan melihat ringkasan semua jenis akaun di Bank Islam Malaysia Berhad. Ringkasan akaun akan memaparkan jenis akaun, nombor akaun dan baki akaun semasa Anda.
  5. Selesai

3. App GO by Bank Islam

Adakah Anda tahu bahawa Bank Islam mempunyai app mobile banking? Bank Islam menyediakan perkhidmatan mobile banking untuk memudahkan urusan kewangan Anda secara online.

Lupa No Akaun Bank Islam guna App

Anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Google Playstore atau App Store. Sila buat carian GO by Bank Islam kemudian download dan instal.

Untuk semak nombor akaun Bank Islam melalui aplikasi GO by Bank Islam Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Pertama sekali, sila muat turun aplikasi GO by Bank Islam.
  2. Buka aplikasi GO by Bank Islam, kemudian log masuk.
  3. Klik pada Account Overviews untuk melihat nombor akaun Anda.
  4. Selesai.

Baca juga cara kemaskini no telefon Bank Islam.

4. Customer Service Bank Islam

Tak perlu kunjungi cawangan Bank Islam hanya untuk mengetahui nombor akaun Anda. Anda boleh cuba hubungi customer service Bank Islam, kemudian sila beritahu staff bank bahawa Anda ingin mengetahui nombor akaun Bank Islam.

  • General Line : +603 2088 8000
  • Contact Centre : +603 26 900 900

Staff bank akan minta maklumat peribadi Anda seperti nombor kad pengenalan, nama penuh dan nama ibu untuk keperluan pengesahan.

5. Cawangan Bank Islam

Anda juga boleh mengetahui nombor akaun Bank Islam melalui cawangan Bank Islam terdekat.

Walau bagaimanapun, proses ini akan mengambil masa yang lebih lama. Kerana Anda perlu meluangkan lebih banyak masa untuk beratur.

  1. Kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
  2. Pastikan Anda membawa kad pengenalan Anda.
  3. Ambil nombor giliran.
  4. Beritahu staff bank kalau Anda ingin check nombor akaun Anda.
  5. Staff bank akan berikan maklumat nombor akaun Anda.

Kelebihan cara ini adalah, Anda juga boleh tanyakan maklumat dan kelebihan produk Bank Islam lainnya kepada staff bank.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai lupa no akaun bank Islam, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.