Lupa No Akaun Public Bank
Lupa No Akaun Public Bank

Lupa No Akaun Public Bank

Nombor akaun Public Bank biasanya terdiri daripada no unik dan tidak mudah untuk di ingat. Setiap pelanggan Public Bank pastilah mempunyai no akaun sebagai identiti akaun, no akaun tersebut digunakan untuk menerima transfer wang atau transaksi lainnya.

Lalu bagaimana jika saya lupa no akaun Public Bank saya, apa perlu buat untuk dapatkan maklumat no akaun tersebut? Sekiranya Anda lupa nombor akaun Public Bank, tak perlu risau sebab kami telah sediakan pelbagai cara untuk dapatkan maklumat no akaun secara cepat dan mudah.

Sila ikuti panduan cara dapatkan nombor akaun Publik Bank secara online dan offline.

Check No Akaun Public Bank via Buku Bank

Anda pasti diberikan buku bank semasa membuka akaun kali pertama, betul tak? Sekarang cari buku bank tersebut dan lihat pada bahagian depan buku bank untuk mendapatkan nomor akaun Public Bank.

Check No Akaun Public Bank via ATM

Jika Anda mempunyai kad ATM/Debit/Credit. sila pergi ke mesin ATM Public Bank terdekat, selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan Kad ATM/Debit Public Bank
  2. Masukkan PIN ATM Anda.
  3. Pilih menu Balance Inquiry/Penyata Bank Lupa No Akaun Public Bank via ATM
  4. Maklumat no akaun Public Bank Anda akan nampak dengan jelas.

Semak No Akaun Public Bank via Online Banking

Sudah mempunyai akaun PBe online banking? Sila buka laman web PbeBank selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan User ID dan Password.
  2. Pilih menu My Accounts.
  3. Maklumat no akaun Public Bank Anda akan nampak.

Macam mana jika tidak mempunyai akaun berdaftar di PBe online banking? Sila ikuti panduan cara daftar Public Bank online banking.

Check No Akaun Public Bank via PBE App

Lupa No Akaun Public Bank via App
Sekiranya Anda mempunyai aplikasi PB engage MY di smartphone Anda, sila cuba langkah-langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi PB engage MY.
  2. Masukkan User ID dan Password.
  3. Sila lihat menu Account.
  4. Maklumat no akaun Public Bank boleh Anda dapatkan kat situ.

Check No Akaun Public Bank via Cawangan Bank

Saya tidak mempunyai kad ATM dan buku bank dah hilang, macam mana? Sila pergi ke cawangan Public Bank berdekatan dengan membawa kad pengenalan lalu bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin mengetahui no akaun Public Bank Anda. Sekiranya perlu sila buat akaun Public Bank baru.