Lupa No Akaun CIMB
Lupa No Akaun CIMB

Lupa Nombor Akaun CIMB Cara Dapatkan No ACC

Sebagai pelanggan bank, pelbagai halangan boleh datang pada sesiapa sahaja. Antara masalah yang sering berlaku ialah pelanggan tak ingat no akaun CIMB ataupun terlupa nombor acc CIMB.

Sekiranya pelanggan terlupa nombor akaun CIMB tentu sahaja akan menjadi masalah sebab tak boleh menerima transfer duit dari orang lain.

So bagi Anda yang terlupa nombor akaun CIMB, Anda tak perlu risau sebab dalam perkongsian kali ini kami akan kongsi step cara dapatkan semual no acc CIMB melalui online, ATM dan call center.

Lupa No Akaun CIMB

Bagi pengguna CIMB yang tidak tahu cara melihat nombor akaun CIMB, sila ikut langkah berikut:

Buku Simpanan / Buku Bank

Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak nombor akaun dalam buku simpanan CIMB Anda:

  1. Sediakan buku simpanan CIMB Anda.
  2. Buka muka surat permulaan buku simpanan CIMB.
  3. Lokasi nombor akaun dalam buku simpanan CIMB terletak di belakang halaman depan.
  4. Terdapat digit nombor yang disenaraikan pada halaman tersebut iaitu nombor akaun dalam buku simpanan CIMB

Selain daripada melihat nombor akaun dalam buku simpanan CIMB, Anda juga boleh menyemak nombor akaun CIMB pada aplikasi CIMB, ATM dan perbankan internet CIMB Clicks.

ATM CIMB

Sila pergi ke mesin ATM CIMB terdekat selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan kad ATM/Debit CIMB
  2. Masukkan ATM PIN Anda.
  3. Pilih menu Other.
  4. Pilih menu Statement Services.
  5. Pilih menu Mini Statement. Lupa No Akaun CIMB via ATM
  6. Maklumat no akaun CIMB Bank Anda akan terpapar di penyata mini.

CIMB Online Banking CIMBClicks

Sila buka laman web cimbclicks.com.my selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Log masuk akaun CIMB https://www.cimbclicks.com.my
  2. Masukkan User ID dan Password.
  3. Pilih menu My Accounts.
  4. Maklumat no akaun CIMB Bank Anda akan terlihat.

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun CIMB Click, Anda boleh membuat akaun profile CIMB Click dengan ikuti step cara daftar CIMB online banking.

CIMB Mobile Banking

Sila buka aplikasi CIMB Clicks di handphone Anda, selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan User ID dan Password
  2. Pilih menu My Accounts.
  3. Maklumat no akaun CIMB Bank Anda akan dipaparkan di laman dashboard.

CIMB Customer Service

Sebagai pilihan alternatif, Anda boleh telefon customer service CIMB di talian +603 62047788, biasanya staff bank akan minta maklumat seperti nama ibu dan nombor kad pengenalan. Lepas tu, staff bank akan berikan nombor akaun CIMB Anda.

Nombor akaun CIMB amat diperlukan bagi Anda yang ingin bercadang untuk deposit wang dan terima gaji. Nombor akaun CIMB sangat mudah didapati, sama seperti nombor akaun bank yang lain.