Lupa Username dan Password BSN Online
Lupa Username dan Password BSN Online

Lupa Username dan Password BSN Online

Adakah Anda seorang pengguna atau pelanggan perkhidmatan Bank Simpanan Nasional? Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang menyediakan pelbagai produk perbankan untuk membantu rakyat Malaysia melakukan aktiviti kewangan secara cepat dan selamat.

Bank BSN menawarkan perkhidmatan online myBSN yang boleh pelanggan gunakan untuk check baki akaun, transfer duit, top up, dan macam-macam pembayaran lainnya pada bila-bila masa. Tentu sahaja perkhidmatan ini akan memudahkan dan sangat membantu setiap pelanggan, jadi boleh jimat masa.

Tetapi, ramai korang yang tertanya-tanya macam mana cara log masuk sekiranya terlupa username dan password BSN online banking? Terlupa kata laluan kerana sudah lama tak masuk akaun BSN online merupakan hal yang biasa terjadi. Jadi jangan risau, kami akan kongsikan cara reset password BSN online banking dan cara dapatkan semula username BSN internet banking secara online.

Syarat Tukar Kata Laluan myBSN

Sebelum Anda tukar kata laluan ada beberapa syarat yang mesti Anda sediakan iaitu:

  • Debit/Credit Card Number
  • Debit/Credit Card PIN
  • Registered Mobile Number

Lupa Password BSN Online

Selepas Anda memenuhi syarat di atas, sila ikuti langkah-langkah tukar kata laluan BSN online di bawah:

  1. Sila lawati portal rasmi www.mybsn.com.my
  2. Klik Forgot Password.
  3. Masukkan butiran maklumat Username Akaun BSN Anda. Forgot Password BSN
  4. Masukkan Debit/Credit Card Number (16 digit nombor di bahagian depan kad) Debit Credit Card MyBSN
  5. Masukkan CCV2 ( kod CCV2 iaitu 3 digit di bahagian belakang kad)Debit Credit bahagian belakang myBSN
  6. Masukkan Expiry Date kad Anda (terletak di bahagian depan di bawah no.debit/credit Anda)
  7. Sila masukkan sekurang-kurangnya salah satu nombor (New IC/Old IC/Passport Number) untuk meneruskan.
  8. Selepas selesai, klik Submit.
  9. Masukkan kata laluan baru pada ruangan New Password. (kata laluan mesti mempunyai huruf besar, huruf kecil, Contoh: Alizah45*)
  10. Masukkan sekali lagi kata laluan baru pada ruangan Confirm New Password.
  11. Klik Request OTP Number (kod otp akan dihantar melalui no. handphone Anda)
  12. Selepas itu masukkan kod OTP pada ruangan OTP Number.
  13. Klik Submit.
  14. Tahniah, Tukar kata laluan Anda berjaya.

Lupa Username myBSN

Bagi Anda yang terlupa username akaun myBSN, Anda dapat menghubungi call center BSN di 1300 88 1900. Selepas Anda menghubungi BSN, sila bagitahu pegawai bank BSN bahawa Anda lupa username login BSN online banking.

Pegawai bank akan minta maklumat nombor kad debit/ATM dan kad pengenalan untuk proses pengesahan. Setelah itu pegawai bank akan bagitahu username Anda.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Care BSN di 1300 88 1900 atau Anda boleh kunjungi cawangan BSN berhampiran.