Lupa Username dan Password Bank Muamalat Online
Lupa Username dan Password Bank Muamalat Online

Lupa Username dan Password Bank Muamalat Online

Tak boleh login kerana lupa username dan password Bank Muamalat online banking? Tak perlu risau. Hal tersebut kerap terjadi kepada pelanggan Bank Muamalat kerana sudah lama tak log masuk i-muamalat.

Untuk dapatkan semula username dan password i-muamalat sebetulnya mudah sahaja, hanya perlu beberapa langkah sahaja.

Berikut kami kongsikan cara reset username dan password i-muamalat untuk dapatkan akaun i-muamalat Anda.

Reset Password Bank Muamalat Online

Sila ikuti langkah-langkah reset password Bank Muamalat online banking:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
  2. Klik Reset Password.
  3. Pada Debit/Credit Card Number, sila isikan nombor kad yang Anda daftarkan. Reset Password Bank Muamalat
  4. Pada Identity Type, sila pilih jenis identitas.
  5. Masukkan Kad Pengenalan Anda pada bahagian Identity Number.
  6. Pada Username, masukkan nama pengguna Anda.
  7. Pada New Password, sila masukkan kata laluan baru yang Anda inginkan.
  8. Masukkan semula kata laluan pada bahagian Confirm Password.
  9. Klik Submit.
  10. Seterusnya, ikuti langkah-langkah sampai selesai.
  11. Kini Anda dapat login menggunakan kata laluan baru.
  12. Tahniah, Anda berjaya reset kata laluan.

Sekarang cuba login Bank Muamalat online untuk melihat baki akaun terkini.

Reset Username Bank Muamalat Online

Anda dapat hubungi Customer Care Bank Muamalat mengenai reset Username untuk bantuan lebih lanjut di +60326005500

FAQ Bank Muamalat

Berikut beberapa soalan lazim mengenai Password Bank Muamalat:

1. Bagaimana jika kata laluan saya disekat?

Anda dapat hubungi Customer Care Bank Muamalat untuk membuka kunci kata laluan Anda.

2. Adakah peraturan untuk menetapkan kata laluan?

Peraturannya iaitu:

  • Password hendaklah sekurang-kurangnya 8 aksara dan maksimum 15 aksara tanpa jarak
  • Harus mengandung alfa-numerik dan karakter, misalnya B3rj4ya!
  • Tidak boleh menggunakan semula 6 kata laluan sebelumnya.
  • Tidak mengandungi ID pengguna.

3. Macam mana saya menukar kata laluan Perbankan Internet saya?

Anda dapat menukar kata laluan Perbankan Internet setelah log masuk dengan mengklik Menu Pekhidmatan Lain>Data Saya>Tukar Kata Laluan.

4. Bolehkah saya menukar Nama Pengguna Perbankan Internet?

Tidak, Anda perlu mendaftar semula sekiranya ingin menukar nama pengguna.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Muamalat, Anda boleh menghubungi Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500