Lupa Username dan Password Bank Rakyat
Lupa Username dan Password Bank Rakyat

Lupa Username dan Password Bank Rakyat

Lupa username dan password Bank Rakyat online banking atau iRakyat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk Anda. Jadi macam mana jika saya lupa username dan kata laluan iRakyat, apa perlu buat?

Jangan risau, Anda boleh selesaikan masalah tersebut dengan cepat dan pantas, sila rujuk panduan cara dapatkan semula username dan password internet banking Bank Rakyat berikut:

Lupa Password Bank Rakyat Online

Sila sediakan smartphone atau laptop Anda lalu, ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati laman https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking
  3. Klik Forgot Username / Password
  4. Pilih Kad Debit-i/Credit Card-i
  5. Masukkan no Kad Debit-i / Credit Card-i Anda. Lupa Username dan Password Bank Rakyat Online
  6. Masukkan 6 digit Card PIN Anda.
  7. Masukkan no telefon/handphone Anda.
  8. Klik Submit.
  9. Sila klik Request TAC dan masukkan no TAC yang dihantar ke no telefon bimbit Anda. Klik Submit.
  10. Setelah itu, Anda akan ditunjukkan username i-Rakyat Anda bersama dengan pilihan untuk menetapkan semula kata laluan.
  11. Untuk melakukan Forgot Password, klik butang Change Password dan teruskan ke langkah seterusnya.
  12. Buat kata laluan baru Anda dan sahkan kata laluan baru dan Anda akan dapat log masuk i-Rakyat.

Jika Anda ingin tukar password lagi, sila baca panduan cara tukar password Bank Rakyat online.

Lupa Username Bank Rakyat Online

Macam mana jika saya lupa username Bank Rakyat online? Tak perlu risau, sila ikuti langkah di bawah ini guna dapatkan semula username Anda.

  1. Lawati laman https://www.irakyat.com.my
  2. Klik butang Login > Personal Banking
  3. Klik pautan Forgot Username / Password
  4. Pilih Kad Debit-i/Credit Card-i
  5. Masukkan nombor Kad Debit-i / Credit Card-i Anda.
  6. Masukkan 6 digit kad PIN Anda.
  7. Masukkan no telefon/handphone Anda.
  8. Klik butang Submit.
  9. Request TAC dan masukkan no TAC yang dihantar ke no telefon bimbit Anda. Klik butang Submit.
  10. Kemudian, Anda akan ditunjukkan username i-Rakyat Anda bersama dengan pilihan untuk menetapkan semula kata laluan.
  11. Untuk login iRakyat, klik butang Proceed to Login.

Nota: Card PIN adalah kod berangka 6 digit yang diperlukan untuk melakukan pendaftaran iRakyat Anda. Card PIN adalah PIN kad ATM pelanggan.

FAQ

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, boleh rujuk FAQ berikut:

Macam mana jika saya lupa Card PIN saya?

Jika Anda tidak dapat mengingat atau mengetik Card PIN Anda dengan salah, Anda tidak akan dapat mendaftar ke perkhidmatan Perbankan Internet iRakyat. Anda dibenarkan hingga 3 percubaan, setelah itu akaun Anda akan disekat.

  • Jika Anda lupa Card PIN, Anda harus menukar kad ATM (MyDebit)/Debit/Kredit mereka di cawangan Bank Rakyat.
  • Jika Anda salah memasukkan PIN Kad lebih dari 3 percubaan, Anda harus menghubungi customer service Bank Rakyat.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya menukar kad saya?

  1. Anda mesti melayari www.irakyat.com.my dan klik ikon tukar kad.
  2. Masukkan butir-butir pertukaran kad (Nama Pengguna, MyDebit)/No. Kad Debit/Kredit, No. Mudah Alih, PIN Kad dan terima Terma & Syarat. Kemudian, klik Hantar.
  3. Kemudian, sistem akan dipaparkan status halaman pengenalan kad perubahan.
  4. Setelah itu Anda akan dapat log masuk i-Rakyat.

Itulah langkah-langkah untuk dapatkan semula akses login perbankan internet Bank Rakyat.