Lupa Username dan Password Hong Leong Bank Online
Lupa Username dan Password Hong Leong Bank Online

Lupa Username dan Password Hong Leong Bank Online

Hong Leong Bank Connect (HLB Connect) merupakan perkhidmatan perbankan online yang dapat memudahkan urusan pelanggan semasa membuat transaksi keluar dan masuk wang secara online. Dengan menggunakan perkhidmatan Hong Leong Connect, Anda dapat check baki akaun terkini, pembayaran bil, bayar pinjaman, print penyata bank dan banyak lagi.

Untuk login Hong Leong Bank Connect, setiap pelanggan memerlukan username dan password. Namun, macam mana jika saya lupa username dan password Hong Leong Bank online sebab sudah lama tidak membuka akaun/log masuk?

Tak perlu risau, sebab kami akan kongsikan cara dapatkan semula username dan kata laluan HLB Connect Anda. Sila ikuti panduan di bawah ini.

Syarat Reset Password/Username

Sebelum Anda lanjut ke langkah reset Username dan Password, Anda mesti sedia ada syarat-syarat berikut:

  • Kad debit/Kredit.
  • PIN kad Debit/Kredit
  • Kod TAC 6 digit yang dihantar ke nombor handphone melalui SMS.
  • Nombor Kad Pengenalan.

Reset Password dan Username Hong Leong Bank Online

Sila ikuti langkah-langkah reset password Hong Leong Bank online:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Klik Forgot Username/Password. HLB Connect
  3. Sila pilih ID Type dan masukkan pada ID Number. Lupa Username Password Hong Leong Bank Online
  4. Pastikan nombor handphone Anda betul.
  5. Nombor TAC sebanyak 6 digit akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang berdaftar.
  6. Masukkan Nombor TAC.
  7. Untuk akaun semasa/simpanan, Anda perlukan akaun atau nombor kad dan PIN. Untuk akaun deposit tetap dan pinjaman, Anda perlukan nombor akaun dan ID sementara. ID sementara boleh didapati di cawangan bank atau melalui panggilan ke khidmat pelanggan HLB.
  8. Klik pada kotak gambar untuk mula dan ikuti setiap langkah sehingga selesai.
  9. Masukkan Password yang Anda ingin gunakan.
  10. Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang sudah Anda masukkan tadi.
  11. Sila pilih Soalan Keselamatan.
  12. Tahniah, reset password Hong Leong Bank online berjaya.

Sekarang cuba login Hong Leong Bank online untuk memastikan Anda betul boleh log masuk dengan username dan password baru Anda.

Jika Anda mahu, Anda boleh kemaskini no telefon Hong Leong Bank. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga panduan yang dinyatakan diatas dapat membantu Anda.