Lupa Username dan Password RHB Bank

RHB Now adalah perkhidmatan perbankan internet dari RHB Bank untuk transaksi perbankan secara online. Jadi setiap pelanggan dapat melakukan transaksi pembayaran dengan mudah dan selamat.

Urus niaga perbankan kini berada di hujung jari. Pelanggan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan perbankan, sama ada untuk mengetahui jumlah baki, pemindahan, bayar bil elektrik, bayar bil air, dan banyak lagi.

Semua itu dapat dilakukan oleh pelanggan dengan kemudahan yang disediakan oleh bank. RHB Now atau RHB Bank Internet Banking boleh diakses oleh pelanggan yang telah mendaftar.

Untuk daftar RHB Bank online sangat mudah, pelanggan boleh mengunjungi pejabat cawangan terdekat.

Sekarang ramai pengguna sering lupa kata laluan dan username sehingga mereka tidak dapat mengakses internet banking RHB bank.

Untuk baiki masalah tersebut, mudah sahaja. Sila ikuti panduan cara dapatkan semula username dan password RHB Now berikut:

Lupa Username RHB Bank Internet Banking

Jika Anda terlupa username untuk log masuk https://logon.rhb.com.my Anda boleh dapatkan semula username tersebut dengan cara hubungi customer service RHB Bank.

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB Bank di 03-92068118 untuk mendapatkan username Anda. Proses pengesahan akan dilakukan sebelum pengambilan. Anda perlu memberikan No. IC atau ATM / Kad Debit / No Kredit.

Lupa Password RHB Bank Internet Banking

Tidak perlu risau. Cukup ikuti langkah mudah ini untuk reset semula kata laluan Anda atau untuk dapatkan semula username RHB Now.

  1. Lawati laman https://logon.rhb.com.my
  2. Klik Forgot Password/Unblock Username.
  3. Pilih ATM/Debit Card.
  4. Masukkan nombor ATM/Debit Card. Lupa Password RHB Bank Internet Banking
  5. Masukkan PIN Anda.
  6. Klik Next.
  7. Masukkan Password Baru. Cara Reset Password RHB Now
  8. Masukkan semula Password Baru.
  9. Klik Next.
  10. Selesai.

Setelah Anda berjaya log masuk semula perkhidmatan internet banking RHB Bank, kami syorkan Anda untuk simpan maklumat username dan password di buku/note handphone, sehingga jika di masa hadapan Anda terlupa username atau password, Anda boleh lihat semula informasi tersebut di buku/handphone.

Itulah panduan cara dapatkan semula username dan password RHB Bank online, sekiranya Anda masih mengalami sebarang masalah sila hubungi customer service RHB Bank di nombor 03-92068118 atau lawati cawangan RHB Bank terdekat.