Lupa Username dan Password Standard Chartered
Lupa Username dan Password Standard Chartered

Lupa Username dan Password Standard Chartered

Jika Anda pelanggan Standard Chartered dan lupa username dan password Standard Chartered online banking, sehingga tak dapat buat transaksi online.

Tak perlu risau, sebab Anda boleh dapatkan semula maklumat akaun Standard Chartered online banking/SC internet banking secara cepat dan mudah.

Berikut kami kongsikan cara reset username dan password Standard Chartered online.

Reset Username dan Password Standard Chartered Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Standard Chartered https://www.sc.com/my
  2. Klik Login, kemudian klik Online Banking Login.
  3. Klik Forgot Username/Password. Sign In Online Banking
  4. Tick kotak I agree to the terms and conditions, jika Anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ada. Forgot Username dan Password Standard Chartered
  5. Klik Accept.
  6. Sila pilih ATM/Debit Card Number atau Credit Card Number.
  7. Jika pilih Credit Card Number, masukkan Nombor Kad Kredit sebanyak 16 digit pada ruangan yang tersedia. Credit Card Number Standard Chartered
  8. Pada Card Expiry Date, masukkan Tarikh Luput kad Anda.
  9. Isikan Date of Birth dan nombor CVV2.
  10. Seterusnya klik Next.
  11. Klik Confirm jika itu nombor handphone Anda, kerana kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS.
  12. Isikan Temporary Password sebanyak 6 digit.
  13. Klik Next.
  14. Sila Masukkan Username dan Password Anda yang baru. Forgot Password dan Username Standard Chartered
  15. Pada Confirm Password, masukkan semula kata laluan yang sudah Anda buat tadi.
  16. Klik Next.
  17. Kini Anda dapat login dengan Username dan Kata laluan baru Anda.
  18. Masukkan Username dan Kata Laluan baru Anda, klik Login.
  19. Masukkan Kod TAC yang dihantar melalui SMS.
  20. Klik Confirm.
  21. Tahniah, reset username dan kata laluan Anda berjaya.

Sila tukar no telefon Standard Chartered Anda jika diperlukan.

FAQ Standard Chartered

1. Bolehkah mengakses perkhidmatan dari luar negara?

Ya, produk dan perkhidmatan Standard Chartered tersedia dari luar negara kecuali dari Cuba, Korea Utara, Iran, Sudan, dan Syria.

2. Adakah perkhidmatan Standard Chartered tersedia 24 jam?

Ya, perkhidmatan Standard Chartered tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Namun, Standard Chartered melakukan penyelenggaraan berkala pada pelayan bagi memastikan bahawa mereka berada pada kecekapan operasi yang optimum.

Itulah panduan cara tukar password Standard Chartered online untuk dapatkan semula akses akaun Anda. Sekiranya ada pertanyaan mengenai Standard Chartered Anda boleh hubungi di Talian Hotline Perkhidmatan Pelanggan +603 8939 8899/1300 883 399 atau melalui email straight2bank.my@sc.com