Pembiayaan Kenderaan Bank Rakyat
Pembiayaan Kenderaan Bank Rakyat

Pembiayaan Kenderaan Bank Rakyat

Perlu Anda ketahui bahawa pembiayaan kenderaan-i Bank Rakyat ini membantu memudahkan setiap pelanggan untuk mendapatkan kenderaan impian. Bank Rakyat menawarkan skim bayaran ansuran yang fleksibel dan berpatutan apabila pelanggan membeli kereta baru buatan tempatan dan bukan tempatan yang terdapat di pasaran Malaysia.

Jika Anda berminat mempunyai kenderaan baru dan ingin mendapatkan pembiayaan kenderaan dari Bank Rakyat, sila ikuti panduan cara memohon pinjaman Bank Rakyat Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 2).

Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 2)

Pinjaman Sewa Beli Kenderaan-i menggunakan konsep shariah Tawwaruq, berikut ciri-cirinya:

  • Pembiayaan adalah untuk semua kenderaan penumpang dan persendirian baharu.
  • Margin maksimum adalah 100% daripada harga jualan atau invois
  • Had pembiayaan adalah terbuka dan tertakluk pada keupayaan pelanggan membayar ansuran bulanan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun

1. Dokumen

Di bawah ini ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan kenderaan Bank Rakyat:

  • 1 Salinan MyKad
  • Salinan Surat Pengesahan Majikan
  • Penyata Transaksi Akaun
  • 1 Salinan 3 bulan Slip Gaji terkini
  • 1 Salinan Lesen Memandu

2. Kelayakan

Adapun kelayakan sebelum memohon pinjaman sewa beli kenderaan:

  • Terbuka kepada warga kerja sektor awam dan GLC berpendapatan tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Gaji bulanan minimum ialah RM1,500
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan semasa tamat tempoh pembiayaan. Sekiranya umur pelanggan melebihi 56 tahun hingga 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.

3. Fi dan Caj

Berikut senarai Fi dan Caj, sebelum Anda memohon pinjaman sewa beli kenderaan:

PerkaraCaj
Pembiayaan Kenderaan-iAd Valorem
Yuran guaman perjanjianRM212.00 – RM265.00
Duti Setem0.5% daripada jumlah pembiayaan sepertimana Akta Duti Setem 1949 (Pindaan 1989).
Fi WakalahRM28.30 (termasuk Yuran Broker)
Pengeluaran surat kepada JPJ bagi perubahan no. enjin kenderaan, pertukaran no. pendaftaran kenderaan, kad pendaftaran pendua dsb.RM15.00 setiap dokumen
Pengeluaran surat kepada pihak berkuasa bagi pindahan kenderaan ke Malaysia Timur dan sebaliknya.RM15.00 setiap dokumen
Yuran Penyelesaian AwalRebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatKetika tempoh pembiayaan :
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak

Selepas tamat tempoh pembiayaan :
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.

4. Cara Pembayaran

Cara pembayaran boleh dilakukan melalui:

  • Bayaran Secara Tunai dan Elektronik (Hanya untuk warga kerja sektor awam & GLC, gaji minimum RM3500)
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Potongan Gaji Majikan (PGM)

5. Kadar Keuntungan

Anda boleh hubungi cawangan terdekat mengenai maklumat kadar keuntungan.

Cara Memohon Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan Online

Jika Anda sudah menyediakan syarat dan dokumen, sila ikuti langkah memohon pinjaman beli kenderaan online:

  1. Lawati pautan rasmi di sini.
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Sila pilih produk pilihan Pembiayaan Kenderaan-i, beri tanda √
  4. Pilih Salutation (Encik, Puan, Cik)
  5. Masukkan Nama dan No Telefon Bimbit Anda.
  6. Masukkan Email yang Anda gunakan.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
  8. Pilih Adakah Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  10. Tick, i’m not a robot.
  11. Klik Hantar.
  12. Setelah Anda menghantar borang, sila tunggu pegawai bank akan menghubungi Anda.

Selain pembiayaan kenderaan, pihak Bank Rakyat juga menyediakan perkhidmatan:

Jika ada sebarang pernyataan, sila hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di 1 300 80 5454 atau Anda boleh kunjungi cawangan terdekat.