Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat
Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat

Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat

Bank Rakyat selalu memudahkan pelanggannya dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Salah satu perkhidmatannya iaitu Pembiayaan Pendidikan-i.

Dengan Pembiayaan Pendidikan-i Bank Rakyat Anda dapat memberi tumpuan kepada pengajian dan Bank Rakyat akan uruskan keperluan kewangan Anda.

Sekiranya Anda mahu memohon Pinjaman Peribadi Pendidikan Bank Rakyat, sila simak panduan berikut.

Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat

Pinjaman Peribadi Pendidikan Bank Rakyat menggunakan konsep Tawwaruq, dengan ciri-ciri:

  • Tempoh tangguhan berdasarkan tempoh pengajian atau maksimum 4 tahun yang mana terdahulu.
  • Penjamin diperlukan.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun (termasuk tempoh tangguhan).
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan.
  • Amaun pembiayaan sehingga RM1,000,000.
  • Cagaran:
Jumlah Pembiayaan (RM)Nilai Cagaran
≤ 250,000Tiada cagaran
250,001 – 500,00050% atas jumlah pembiayaan
> 500,000 hingga 1 juta75% atas jumlah pembiayaan

Cagaran yang diterima oleh bank:

  1. Unit Amanah dibenarkan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
  2. Hartanah.
  3. Akaun Deposit-i Berjangka Bank Rakyat.

1. Dokumen

Berikut senarai dokumen yang diperlukan oleh pemohon:

DokumenPendapatan TetapPendapatan TetapPendapatan TetapPendapatan Tidak TetapPendapatan Tidak Tetap
DokumenAwamSwastaPesaraPemilik Perniaggan / ProfesionalBerpendapatan komisen
Salinan MyKad/MyTentera.
Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir
Penyata KWSP
Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
-Surat Pengesahan Majikan
-Borang EA.
Salinan Kad Pesara Kerajaan atau Kad Pesara Tentera
Surat pengesahan Pindahan Pencen ke Bank Rakyat
Penyata Pencen (JPA) atau Lejar Pesara (JHEV)
Penyata bank yang menunjukkan transaksi 6 bulan terakhir
Sijil pendaftaran perniagaan
Borang B yang dihantar kepada LHDN / Resit bayaran.
Lesen/ keahlian daripada Badan Iktisas yang diiktiraf
Borang pendaftaran A & D / Borang 24 & 49 bagi syarikat
Penyata Komisen 6 bulan terakir
Salinan asal surat penerimaan universiti / kolej / salinan yang disahkan oleh universiti
Salinan asal jadual yuran pengajian

2. Kelayakan

Adapun kelayakan sebelum memohon pembiayaan pendidikan Bank Rakyat:

  • Berpendapatan bulanan minimum RM2,000
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun di akhir tempoh pembiayaan

3. Fi dan Caj

Di bawah ini senarai Fi dan Caj pembiayaan pendidikan Bank Rakyat:

TransaksiCaj
Penyimpanan Dokumen Sekuriti (Setelah penjelasan bayaran)RM10/set/
Duti Setem0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.
Yuran Guaman (jika berkaitan)Yuran guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah carian kebankrapan dan lain-lain
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatKetika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatSelepas tamat tempoh pembiayaan: Berdasarkan kadar semalaman semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.
Fi WakalahTiada
Yuran PembayaranTermasuk yuran untuk pendaftaran caj dan caj lain yang berkaitan
Yuran Penyelesaian AwalTiada

4. Kadar Keuntungan

Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful. Kadar asas (KA) semasa ialah 2.60% dan Kadar Syiling + efektif + 4.00%

Cara BayaranTempoh Pembiayaan
Pindahan Gaji Ke Bank RakyatKA + 3.65%
Biro Perkhidmatan AngkasaKA + 3.65%
Potongan Gaji MajikanKA + 3.65%
Pembayaran Secara ElektronikKA + 5.65%

Baca juga: Cara semak baki pinjaman PTPTN online

5. Jadual Pembayaran

Jadual pembayaran pembiayaan pendidikan Bank Rakyat:

1. Pembiayaan Pendidikan-i Dengan Takaful

Pembiayaan Pendidikan-i Dengan Takaful

Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60% setahun

2. Pembiayaan Pendidikan-i Tanpa Takaful

Pembiayaan Pendidikan-i Tanpa Takaful

Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60% setahun

3. Pembiayaan Pendidikan-i Pembayaran Secara Elektronik-Tanpa Takaful

Pembiayaan Pendidikan-i Pembayaran Secara Elektonik - Tanpa Takaful

Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60% setahun

4. Pembiayaan Pendidikan-i Pembayaran Secara Elektronik-Dengan Takaful

Pembiayaan Pendidikan-i Pembayaran Secara Elektonik - Dengan Takaful

Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60% setahun

Cara Memohon Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat

Jika Anda sudah memenuhi syarat dan dokumen di atas, sila ikuti langkah memohon Pinjaman Peribadi Pendidikan Bank Rakyat:

  1. Lawati pautan rasmi di sini.
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Sila pilih Produk PilihanPembiayaan Pendidikan-i, beri tanda √
  4. Pilih Salutation (Encik, Puan, Cik)
  5. Masukkan Nama dan No Handphone Anda.
  6. Masukkan Email yang Anda gunakan.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
  8. Pilih Adakah Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran (YA/TIDAK).
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  10. Tick, i’m not a robot.
  11. Klik Hantar.
  12. Pegawai bank akan menghubungi Anda.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di 1 300 80 5454 atau kunjungi ke cawangan terdekat.