Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i Bank Rakyat
Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i Bank Rakyat

Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i Bank Rakyat

Jika Anda ingin membeli kereta baru buatan tempat dan bukan tempatan yang terdapat di pasar Malaysia, Anda boleh cuba menggunakan perkhidmatan pinjaman atau pembiayaan sewa beli kenderaan dari Bank Rakyat.

Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1)  akan memberi kemudahan bagi Anda iaitu dengan menawarkan skim bayaran ansuran yang flesibel dan berpatutan.

Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1)

Al-Ijarah Thumma Al-Bai merupakan konsep yang digunakan oleh Bank Rakyat untuk pembiayaan sewa beli kenderaan An Naqlu 1.

Berikut ciri-ciri pembiayaan sewa beli kenderaan An Naqlu 1:

  • Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun.
  • Margin maksimum adalah 90% daripada harga jualan atau invois.
  • Pembiayaan adalah untuk semua kenderaan Nasional dan bukan Nasional, penumpang dan persendirian baharu dan terpakai/reconditioned belum daftar.
  • Had pembiayaan adalah terbuka dan tertakluk pada keupayaan pelanggan membayar ansuran bulanan.

1. Dokumen

Di bawah ini dokumen yang mesti dipenuhi untuk memohon Pinjaman Peribadi Sewa Beli Kenderaan-i:

  • 1 Salinan Lesen Memandu
  • Salinan Surat Pengesahan Majikan
  • 1 Salinan MyKad
  • 1 Salinan 3 bulan Slip Gaji terkini
  • Penyata Transaksi Akaun

2. Kelayakan

Berikut kelayakan sebelum memohon Pinjaman Peribadi Sewa Beli Kenderaan-i:

  • Gaji bulanan minimum ialah RM1,500
  • Terbuka kepada warga kerja sektor awam dan swasta berpendapatan tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan semasa tamat tempoh pembiayaan. Sekiranya umur pelanggan melebihi 56 tahun hingga 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.

3. Fi dan Caj

Adapun senarai Fi dan Caj Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1) :

PERKARACAJ
Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-iRM10.00
Anda dinasihatkan untuk mengambil perlindungan motor daripada mana-mana syarikat takaful.
Pembiayaan Sewa Beli-i PesaraRM10.00
Nota: Perlindungan Takaful (DTT) adalah wajib dari syarikat takaful.

Jika pelanggan cenderung untuk mengambil perlindungan insurans, kos sumbangan/premium perlu ditanggung oleh pelanggan
Duti SetemRM10
Pengeluaran surat kepada JPJ bagi perubahan no. enjin kenderaan, pertukaran no. pendaftaran kenderaan, kad pendaftaran pendua dsb.RM15.00 setiap dokumen (termasuk 0% GST)
Pengeluaran surat kepada pihak berkuasa bagi pindahan kenderaan ke Malaysia Timur dan sebaliknya.RM15.00 setiap dokumen (termasuk 0% GST)
Yuran Penyelesaian AwalTiada
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatKetika tempoh pembiayaan :
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak

Selepas tamat tempoh pembiayaan :
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.



4. Cara Pembayaran

Berikut beberapa cara pembayaran yang disediakan:

  • Bayaran secara elektronik
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Pindahan Gaji
  • Potongan Gaji Majikan (PGM)

5. Kadar Keuntungan

Mengenai kadar keuntungan Anda boleh hubungi cawangan terdekat untuk maklumat.

Cara Memohon Pinjaman Sewa Beli Kenderaan

Jika Anda sudah memenuhi syarat dan dokumen yang diperlukan, sila ikuti langkah-langkah memohon Pinjaman Peribadi Sewa Beli Kenderaan Online:

  1. Lawati pautan rasmi di sini.
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Sila pilih Produk Pembiayaan Kenderaan, beri tanda √.
  4. Pilih Salutation (Encik, Puan, Cik).
  5. Masukkan Nama dan No Handphone Anda.
  6. Masukkan Email yang Anda gunakan.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
  8. Pilih Adakah Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  10. Tick, i’m not a robot.
  11. Klik Hantar.
  12. Pegawai bank akan menghubungi Anda.

Perlu Anda ketahui bahawa skim Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1) ini berbeza dengan Pembiayaan Kenderaan-i (An Naqlu 2). Jadi sila pilih skim mana yang ingin Anda gunakan.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di 1 300 80 5454 atau hadirkan diri ke pejabat Bank Rakyat cawangan terdekat.