Semak Penyata Public Bank
Semak Penyata Public Bank

Cara Cetak Penyata Public Bank e-Statement Download

Cetak penyata Public Bank memang perkara penting untuk Anda yang mempunyai akaun di bank ini.

Dalam dunia kewangan moden, penyata bank adalah dokumen yang sangat diperlukan untuk mengawal dan menguruskan kewangan kita.

Jadi, Anda patutlah tahu bagaimana nak cetak penyata Public Bank dengan mudah dan pantas.

Dalam artikel ni, kami akan kongsikan langkah-langkah mudah yang Anda boleh ikut untuk cetak penyata Public Bank Anda sendiri tanpa perlu ke kaunter bank.

Jadi, tak payahlah Anda nak beratur panjang dan tunggu giliran. Cuma beberapa klik je, penyata Anda siap di tangan.

Apa itu e-Statement Public Bank

eStatement pada dasarnya adalah laporan kewangan bulanan. Ia mengandungi urus niaga dan baki akaun Public Bank Anda.

eStatement adalah penyataan elektronik (laporan) yang menggunakan sistem tanpa kertas (digital).

Anda boleh memuat turunnya dalam format PDF, melalui akaun Perbankan Internet PBe Anda.

Anda boleh menggunakan eStatement untuk memeriksa perkhidmatan ini:

  • Sewa beli
  • Pinjaman
  • Kad kredit
  • Pelaburan Emas
  • Deposit tetap
  • Simpanan atau Semasa

Cara Daftar e-Statement Public Bank

Cara Daftar e-Statement atau e-Penyata dari akaun Public Bank secara online di PBe.

Sekiranya Anda ingin mempunyai akses ke akaun peribadi PBe, Anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, Anda perlu layari laman web PBe di https://www2.pbebank.com/myIBK
  2. Lepastu Anda log masuk ke akaun Anda seperti biasa dengan mengisikan nama pengguna, sahkan frasa log masuk dan kata laluan.
  3. Pada laman utama, Anda perlu scroll ke bawah sedikit tekan pada E-Statement RegistationCara Daftar E-Statement Public Bank
  4. Selepas itu, pada laman ini, Anda perlu pilih jenis akaun untuk pendaftaran E-Statement sama ada dari akaun simpanan atau akaun semasa.  Jenis akaun untuk pendaftaran E-Statement
  5. Sekiranya sudah selesai, tekan pada butang confirm.
  6. Selepas itu, tekan pada butang I agree sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari servis E-statement ini.
  7. Untuk baca terma dan syarat ini, Anda boleh saja tekan pada Terms And Conditions.
  8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran E-Statement ini.
  9. Dengan pendaftaran ini, pihak bank tidak akan lagi menghantar penyata dalam bentuk kertas.
  10. Selesai.

Muat Turun Penyata Public Bank Secara Online

eStatement pertama Anda akan tersedia dalam dua hari selepas tarikh penyata akaun. Anda juga boleh memuat turunnya. Ikuti langkah ni:

  1. Log masuk https://www.pbebank.com
  2. Klik pada Account.
  3. Tekan butang Statement.
  4. Pilih akaun dan kemudian tekan Next.
  5. Pergi dengan Statement Date. Kemudian Anda akan melihat fail PDF.
  6. Klik download untuk muat turun file PDF.

Semak Penyata Public Bank via PBe Personal Banking

Berikut langkah-langkah cara check penyata bank Public melalui app PBe.

  1. Log masuk ke akaun PBE Personal Banking Anda.
  2. Masukkan Username dan Password Anda.
  3. Klik pada menu Account. Cara Semak Penyata Public Bank trough PBE Personal Banking Portal
  4. Kemudian pilih nombor akaun yang Anda inginkan. Lalu seterusnya klik View Transaction History. Cara Semak Penyata Public Bank using PBE Personal Banking Portal
  5. Boleh pilih bulan yang Anda mahu untuk e-Statement, lalu klik Select Option.  Cara Semak Penyata Public Bank via PBE Personal Banking Portal
  6. Klik Request e-Statement dan Anda bisa menyimpan dengan memuat turun fail. Cara Semak Penyata Public Bank via PBE Personal Banking
  7. e-Statement akan terpapar untuk 6 bulan ke belakang.

Cara Cetak Penyata Bank di Cawangan Public Bank

Sebelum Anda pergi ke cawangan Public Bank, pastikan Anda sudah pun menyiapkan semua dokumen yang diperlukan.

Untuk memastikan bahawa proses semakan penyata Anda berjalan lancar dan cepat. Dokumen-dokumen yang diperlukan termasuk:

  • Kad pengenalan (IC) atau pasport Anda.
  • Nombor akaun bank Anda.
  • Kad ATM.
  • Sebarang dokumen sokongan lain yang mungkin diperlukan, seperti surat kuasa jika Anda menguruskan akaun bagi pihak orang lain.

Jika Anda telah membawa kelengkapan dokumen yang diperlukan, sila Anda ikuti langkah-langkah di bawah ni:

  1. Sekarang, Anda bolehlah menuju ke cawangan Public Bank yang terdekat. Pastikan Anda pergi pada waktu operasi bank, yang biasanya bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja.
  2. Apabila Anda sudah tiba di cawangan bank, carilah kaunter atau meja perkhidmatan pelanggan. Anda akan berjumpa dengan pegawai bank yang sedia membantu Anda dalam proses semakan penyata akaun. Beritahu pegawai tersebut tujuan Anda untuk datang ke bank, iaitu untuk semak penyata akaun.
  3. Pegawai bank akan memberikan Anda borang permohonan untuk semak penyata akaun. Anda perlu mengisinya dengan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor akaun, dan kad ATM yang diminta. Pastikan maklumat yang Anda berikan adalah tepat dan lengkap.
  4. Pegawai bank akan memerlukan kad pengenalan (IC) atau pasport Anda sebagai bukti pengenalan diri. Pastikan Anda menyediakan dokumen tersebut kepada mereka untuk tujuan pengesahan.
  5. Selepas pengesahan dokumen, Anda perlu menandatangani borang permohonan.
  6. Selepas Anda menyerahkan borang permohonan yang telah ditandatangani, pegawai bank akan memproses permohonan Anda.
  7. Pegawai bank akan mencetak salinan penyata akaun Anda. Anda boleh memeriksa semula maklumat yang terdapat dalam penyata tersebut untuk memastikan segala transaksi adalah betul.
  8. Anda bolehlah meninggalkan cawangan Public Bank dan pastikan Anda menyimpan penyata akaun ini sebagai rujukan untuk urusan kewangan Anda.

Jika Anda mempunyai masalah atau tidak dapat mengakses akaun dalam talian atau app PBe, jangan ragu untuk menghubungi khidmat pelanggan Public Bank.

Anda boleh menghubungi Public Bank di talian +603-2176 8000 ataupun Anda juga boleh menghantar e-mel kepada mereka di customercare@publicbank.com.my.