Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia
Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981).

Adakah Anda tertanya-tanya macam mana cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar? Anda tidak perlu risau, kami akan kongsikan cara mohon pinjaman AIM secara cepat dan ringkas.

Skim Pembiayaan AIM

Berikut adalah senarai skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Amanah Ikshtiar Malaysia:

1. Skim i-Mesra

  • Skim pertama/asas sebelum layak untuk skim pembiayaan lain.
  • Pembiayaan hingga RM10,000.
  • Tempoh pembayaran balik hingga 100 minggu.
  • Proses mohon pinjaman mudah.

2. Skim i-Srikandi

  • Pembiayaan untuk meningkatkan ekonomi.
  • Pembiayaan hingga RM30,000.
  • Tempoh pembayaran balik hingga RM 150 minggu.
  • Proses memohon yang mudah.

3. Skim i-Wibawa

  • Pembiayaan bermusim.
  • Pembiayaan hingga RM15,000.
  • Tempoh pembayaran balik hingga 25 minggu.
  • Proses yang mudah.

4. Skim i-Sejahtera

  • Pembiayaan sosial dan bisnes.
  • Pembiayaan hingga RM15,000.
  • Tempoh pembayaran balik hingga 100 minggu.
  • Proses yang mudah.

5. Skim i-Bestari

  • Pembiayaan pendidikan sahabat dan keluarga.
  • Pembiayaan hingga RM5,000.
  • Tempoh pembayaran balik hingga 100 minggu.
  • Proses yang mudah.

6. Skim i-Penyayang

  • Pembiayaan untuk sahabat yang mengalami kegagalan projek.
  • Pembiayaan hingga RM5,000.
  • Tempoh pembayaran balik hingga 100 minggu.
  • Proses yang mudah.

Syarat Kelayakan Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Kad Pengenalan (mykad)
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Bagi isi rumah yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Surat Pendaftaran Kelahiran atau Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  • Mempunyai akaun bank.
  • Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi menyertai AIM ialah RM3,855 dan per kapita ialah RM838.
  • Pemilikan aset tidak melebihi jumlah RM 50,000.
  • Hanya golongan wanita yang boleh menyertai program ini.
  • Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang tinggal dalam kawasan yang sama tiada tali persaudaraan, saling percaya mempercayai dan bertanggungjawab.
  • Mengikuti kursus jangka pendek selama 3 hari, 1 1/2 jam sehari.

Kenapa perlu ikuti kursus? Kursus ini memberi penerangan tentang syarat-syarat, peraturan dan kewajipan sebagai ahli AIM. Penerangan yang diberikan bertujuan memberi kefahaman tentang AIM dan mendapatkan persetujuan sahabat berkaitan syarat-syarat dan peraturan ditetapkan.

Kursus ini boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang dipersetujui ahli kumpulan dan kebiasaannya di kawasan penempatan ahli kumpulan sendiri dan AIM tidak mengenakan sebarang bayaran yuran keahlian.

Yang perlu Anda ketahui iaitu semua pembiayaan AIM dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% untuk setahun atau 5% sekiranya memilih bayaran balik untuk tempoh 25 minggu.

Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar

Setelah Anda mengetahui skim dan kelayakan pinjaman AIM, Anda dapat memohon pinjaman melalui cara berikut:

  1. Sila muat turun borang permohonan Amanah Ikhtiar Malaysia
  2. Isi maklumat pada ruangan yang disediakan. Pastikan Anda mengisi maklumat dengan betul. Kerana, maklumat Anda akan digunakan untuk memeriksa kelayakan Anda.
  3. Hantarkan borang tersebut melalui email atau sila bawa ke kaunter AIM terdekat.
  4. Tunggu Pihak AIM akan menghubungi Anda.

Atau kakitangan AIM akan mengunjungi rumah Anda dan melaksanakan Ujian Kelayakan untuk menentukan kelayakan Anda menyertai program ini. Bagi Anda yang berminat tetapi tidak dikunjungi Pegawai AIM, Anda boleh berhubung dengan pejabat AIM yang berhampiran.

Proses kelulusan pinjaman adalah 16 hari bekerja. Jika Anda telah diterima atau diluluskan menjadi ahli, Anda AIM wajib hadir ke mesyuarat pusat setiap minggu, membayar balik setiap minggu, membuat simpanan wajib setiap minggu dan melaksanakan projek dengan sempurna.

Macam mana jika permohonan saya tidak diluluskan? Sila cuba baca cara dapatkan pinjaman wang segera 24 jam tanpa dokumen bagi dapatkan modal untuk perniagaan.

Wilayah dan Cawangan AIM

Sekarang ini, AIM telah ada di 14 wilayah dengan jumlah cawangan 136. Anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan di nombor 1-300-888-246. Atau pergi ke pejabat AIM terdekat.

Sila klik pautan direktori wilayah dan cawangan AIM untuk mengetahui alamat pejabat AIM di seluruh negara.