Pinjaman ASB Maybank
Pinjaman ASB Maybank

Pinjaman ASB Maybank

Maybank menawarkan perkhidmatan pinjaman patuh shariah untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun atau berumur 65 tahun.

Pembiayaan ASB-i akan memudahkan pelanggan untuk melabur di dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Konsep shariah yang ditawarkan pembiayaan ASB-i iaitu Murabahah (kos berserta keuntungan) berdasarkan aturan Tawarruq (Komoditi Murabahah).

Konsep shariah ini merupakan kaedah jualan di mana kos dengan harga penambahan adalah diketahui oleh pelanggan di mana pelanggan akan membayar harga dalam tempoh masa yang dipersetujui.

Aset yang mendasari urusniaga jualan merupakan komoditi khusus patuh Shariah yang boleh dipasarkan:

  1. Mengikut pembiayaan secara Komoditi Murabahah, Maybank memperoleh/membeli komoditi patuh Shariah daripada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 1) atas permintaan pelanggan.
  2. Maybank kemudian menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga jual bank yang terdiri daripada harga komoditi campur margin/keuntungan Maybank. Pelanggan membayar secara berjangka dalam tempoh masa yang dipersetujui.
  3. Kemudian, pelanggan akan melantik Maybank sebagai wakil untuk menjual komoditi kepada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 2).
  4. Maybank, sebagai wakil pelanggan kemudian menjual komoditi kepada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 2) pada harga jual mengikut amaun pembiayaan.
  5. Hasil penjualan komoditi akan diremit kepada pelanggan, vendor atau pihak berkepentingan mengikut terma dan syarat pembiayaan.

Maybank menjadi ejen bagi pihak pelanggan dalam melaksanakan tugas transaksi komoditi Murabahah.

Ciri-Ciri dan Kelebihan Pinjaman ASB Maybank

Pelanggan mesti baca dan fahami helaian makluman produk pinjaman ASB Maybank ini sebelum Anda memohon pembiayaan ASB. Berikut adalah senarai terma dan syarat yang mesti Anda ketahui.

1. Jumlah Pembiayaan

Sebagai pelanggan Maybank, Anda boleh memohon pinjaman RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

  • Minimum: RM10,000
  • Maksimum: RM200,000 bagi setiap pelanggan, pada suatu masa termasuk baki pembiayaan ASB sedia ada (jika ada), Atau sehingga jumlah pelaburan maksimum yang dibenarkan oleh ASNB, mana yang lebih rendah.

Jumlah amaun pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh pihak Maybank.

2. Tempoh Pembiayaan

Sehingga 30 tahun atau menjangkau umur 65 tahun, yang mana lebih awal

3. Margin Pembiayaan

  • 100% atas nilai nominal unit ASB
  • Sehingga 105% (termasuk Takaful Tempoh Pengurangan Peribadi (PRTT) dan Wasiat Fi (jika ada) termasuk sebarang cukai (jika ada)

4. Kadar Keuntungan

Anda boleh membuat permohonan secara online atau di cawangan Maybank terdekat. Kadar keuntungan yang ditawarkan adalah berbeza.

  • Permohonan di Cawangan Maybank
Jumlah PembiayaanKadar Keuntungan Efektif
Pembiayaan kurang daripada RM30,000 dengan tempoh pembiayaan antara 5-30 tahun3.65% setahun
(KAI +1.90% setahun)
Pembiayaan RM30,000 dan ke atas untuk pembiayaan 3 tahun pertama3.30% setahun
(KAI +1.55% setahun)
Pembiayaan RM30,000 dan ke atas untuk pembiayaan seterusnya (tahun ke 4-30)3.55% setahun
(KAI +1.80% setahun)
  • Permohonan Online melalui Maybank2u
Jumlah PembiayaanKadar Keuntungan Efektif
Pembiayaan kurang daripada RM30,000 dengan tempoh pembiayaan antara 5-30 tahun3.55% setahun
(KAI +1.80% setahun)
Pembiayaan RM30,000 dan ke atas dengan tempoh pembiayaan antara 5-30 tahun3.45% setahun
(KAI +1.70% setahun)

Kadar Asas Islamik (KAI) adalah 1.75% p.a setahun.

5. Pembayaran

Melalui ansuran bulanan tunggal. Anda mestilah memastikan bahwan setiap bayaran ansuran bulanan dibayar pada 1hb setiap bulan. Bayaran ansuran iaitu sebanyak RM455 dan jumlah keseluruhan bayaran selama 30 tahun ialah sebanyak RM163,800.

KadarHari ini (Kadar semasa 3.60%)Jika kadar keuntungan naik 1% (4.60%)Jika kadar keuntungan
naik 2% (5.60%)
Ansuran bulanan
(Purata)
RM455RM513RM575
Jumlah kos keuntungan
pada akhir 30 tahun
RM63,800RM84,680RM107,000
Jumlah pembayaran
pada akhir 30 tahun
RM163,800RM184,680RM207,000

Nota: Pengiraan bayaran tersebut adalah berdasrkan pengiraan sahaja. Ianya tertakluk kepada perubahan keatas terma dan syarat.

  • Amaun Pelaburan : RM 100,000
  • Kadar Keuntungan : 3.60%
  • Tempoh Pembiayaan: 30

Nota: Jumlah ansuran bulanan dan jumlah bayaran mungkin berbeza tertakluk kepada perubahan KAI, dengan notis bertulis kepada pelanggan 21 hari kalendar sebelum tarikh perlaksanaan, mengakibatkan penambahan dalam bayaran bulanan atau pemanjangan dalam tempoh pembayaran Jika KAI berubah, Kadar Keuntungan Efektif akan berubah tetapi tidak melebihi Kadar Harga Siling.

6. Kaedah Bayaran Ansuran

Arahan berubah-ubah

7. Pembahagian dan Dividen Pendapatan ASB

Dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit ASB masing-masing.

8. Jadual Pembayaran Ansuran Bulanan

Jadual Ansuran Bulanan Bagi Pelaburan ASB/-i&ASB/ASB2 PLUS/-i

(Pembiayaan dengan PRTA/PRTT)

Jadual Pembayaran Maybank

9. Bayaran dan Caj

  • Duti Setem: Seperti Setem Aktta Duti (Disemak 1989)
  • Fi Unit ASNB: RM50,000 setiap unit.

Cara Mohon Pinjaman ASB Maybank

Anda boleh memohon pinjaman ASB Maybank melalui cara-cara berikut:

Dokumen

Sebelum Anda memohon, Anda perlu siapkan beberapa dokumen bagi memohon pinjaman ASB Maybank:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terakhir/bukti pendapatan lain seperti:Penyata Bank
  • Tangkapan skrin nombor akaun pemegang unit ASNB Anda
  • Sila muat turun borang permohonan (Islamik)

Nota: Bagaimana nak dapatkan tangkapan srkin nombor akaun pemegang unit ASB? Sila ikuti panduan berikut:

  1. Log masuk maybank2u
  2. Klik Wealth.
  3. Klik ASNB Amanah Saham Nasional Berhad.
  4. Sila screenshoot atau buat tangkapan skrin akaun ASNB Anda. Cara Buat Permohonan Pinjaman ASB
  5. Kemudian log masuk myASNB account.
  6. Klik Maklumat Peribadi.
  7. Buat tangkapan layar akaun ASNB peribadi Anda. Cara Mohon Pinjaman ASB Maybank

1. Cara Mohon Pinjaman ASB Maybank

  1. Login masuk Maybank2u via laman web.
  2. Klik Apply di tab atas. Pada bahagian Pembiayaan ASB, klik Apply/Loan Status Inquiry.
  3. Masukkan nombor pemegang unit ASNB Anda.
  4. Sila masukkan butiran peribadi Anda.
  5. Klik Submit.
  6. Muat naik dokumen Anda.

2. Cara Mohon Pinjaman ASB Bagi Pelanggan Baharu

  1. Lawati pautan mohon pinjaman ASB
  2. Sila isikan maklumat berikut. Butiran Pinjaman ASB
  3. Klik Submit.
  4. Sila muat naik dokumen Anda.

3. Cara Mohon Pinjaman Melalui Aplikasi Maybank

  1. Sila log masuk ke aplikasi Maybank Anda.
  2. Klik ikon di atas dan pilih Apply Online.
  3. Scroll ke bawah dan klik Apply for ASB Loan/Financing.
  4. Isikan butiran peribadi Anda.
  5. Klik Confirm.
  6. Muat naik dokumen Anda.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi Customer Care Hotline 1-300 88 6688 atau melalui Email mgcc@maybank.com.my