Pinjaman Mara Untuk Perniagaan
Pinjaman Mara Untuk Perniagaan

Pinjaman MARA Untuk Perniagaan

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

MARA mempunyai kewajipan untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Pinjaman MARA?

Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu komited yang membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antara bangsa. MARA memberikan kemudahan pembiayaan melalui 14 jenis skim pembiayaan bagi perniagaan.

Berikut kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang jenis bantuan pembiayaan pinjaman MARA yang boleh dimohon oleh usahawan Bumiputera.

1. Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA)

Pinjaman Mara Putra

1. Tujuan

Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda bagi memulakan perniagaan dan memberi kemudahan pembiayaan bagi perniagaan mikro untuk semua sektor seperti peruncitan, perkhidmatan, pembuatan kecuali sektor peternakan dan pertanian.

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Ada 2 syarat yang mesti Anda ketahui iaitu:

Syarat-Syarat Asas

  • Berumur 18-40 tahun
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa

Syarat-Syarat Khusus

  • Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik
  • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA
  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa

3. Skop Pembiayaan

  • Pembelian Mesin dan Peralatan.
  • Modal Pusingan

4. Had Pembiayaan

10,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-3 tahun @12-36 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Tiada (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong@reference dikalangan ahli keluarga)

7. Kadar Keuntungan

0%

2. Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)

Pinjaman Mara OKU

1. Tujuan

Bagi kemudahan pembiayaan khusus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) untuk berdikari dengan mengusahakan perniagaan sendiri.

2. Syarat-Syarat Asas

  • Berumur 18-60 tahun
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Mempunyai kad OKU
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

3. Skop Pembiayaan

  • Ubah suai Premis Perniagaan
  • Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

4. Had Pembiayaan

RM50,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-15 tahun @ 12-180 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Tiada

7. Kadar Keuntungan

0%

3. Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)

Pinjaman Mara SEMAi

1. Tujuan

Skip Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) memudahkan bagi menjalankan perniagaan yang bersifat komersil dan menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

2. Syarat-syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Berumur 18-60 tahun
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Lulus ujian psikometrik (markah 50% ke atas)
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Syarat-syarat Khusus

  • Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar
  • Memula/ mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa; Atau Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurang-kurangnya enam (6) bulan
  • Lepasan IPMa yang menamatkan pengajian dengan jayanya.

3. Skop Pembiayaan

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai premis perniagaan
  • Modal Pusingan

4. Had Pembiayaan

  • Minimum: RM10,000.00
  • Maksimum: RM50,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-5 tahun @12-60 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Tiada cagaran dan jaminan.

7. Kadar Keuntungan

4%

4. Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Pinjaman Mara DanaNITA

1. Tujuan

Pembiayaan khusus bagi usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan dan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas:

  • Berumur 18-60 tahun
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kelonggaran Syarat:

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

3. Skop Pembiayaan

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan

4. Had Pembiayaan

RM150,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @12-120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

  1. Pembiayaan RM50,001.00 hingga RM 150,000.00
  2. Dikecualikan bagi Pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Simpanan Tetap
    Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
  • Cagaran
    Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
  • Jaminan
    Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
  • Atau gabungan kedua-duanya sekali

7. Kadar Keuntungan

3.5%

5. Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business/Karavan)

Cara Memohon Pinjaman MARA untuk Perniagaan

1. Tujuan

Untuk menggalakkan penyertaan golongan belia bagi menjadi usahawan bergerak (mobilpreneur) khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini.

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Berumur 18-60 tahun
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan

Syarat-syarat Khusus

  • Mengemukakan sebutharga atau surat jual beli kontena/ kabin/ karavan/ trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal)
  • Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah dan belum tamat tempoh.
  • Umur bagi karavan terpakai tidak melebihi tiga (3) tahun dan jumlah pembiayaan tertakluk kepada penilaian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jurutera Jentera JKR atau PUSPAKOM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan
  • Lokasi perniagaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkaitan.

3. Skop Pembiayaan

  • Pembiayaan tidak termasuk perbelanjaan pendaftaran, insuran dan cukai jalan
  • Pembiayaan adalah 100% atas harga kontena / kabin dan karavan baru dan terpakai termasuk kos ubahsuai

4. Had Pembiayaan

  • Syarikat Sdn. Bhd : RM500,000.00
  • Milikan Tunggal / Perkongsian : RM250,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @12-120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.

Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.

Gabungan kedua-duanya sekali

Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

4%

6. Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional

Cara Memohon Pinjaman MARA Perniagaan

1. Tujuan

Membantu meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional dan menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan perniagaan di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC)

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Berumur 18-60 tahun
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

Syarat-syarat Khusus

  1. Memenuhi syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan keusahawanan yang berkaitan
  2. Golongan Profesional yang diiktiraf dan berdaftar sebagai ahli badan profesional yang berkenaan
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang profesional yang berkaitan mengikut tempoh dan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan usahawan yang berkaitan

3. Skop Pembiayaan

  • Modal Pusingan
  • Ubah suai Premis Perniagaan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

4. Had Pembiayaan

  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00
  • Milikan Tunggal/ Perkongsian: RM250,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @ 12-120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Jaminan

Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon, atau

Cagaran

Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon, atau

Gabungan

kedua-duanya sekali, atau

Simpanan Tetap

Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

4%

7. Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)

Program Pembangunan Usahawan Teknikal MARA

1. Tujuan

Untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Berumur 18-60 tahun
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
  • Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat-syarat Khusus

  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta.

3. Skop Pembiayaan

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) Merangkumi:
  1. 60% pembiayaan
  2. 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)

4. Had Pembiayaan

Modal Pusingan

3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terenda

Pembelian mesin dan peralatan

  1. Minimum: RM3,000.00
  2. Maksimum:RM500,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-5 tahun @12-60%

6. Jaminan atau Cagaran

TIADA

7. Kadar Keuntungan

0%

8. Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Skim Pinjaman Perniagaan Mudah Jaya SPiM

1. Tujuan

SPiM menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Peternakan dan Pertanian

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-Syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

3. Skop Pembiayaan

  • Modal Pusingan
  • Ubah suai Premis Perniagaan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

4. Had Pembiayaan

  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00
  • Milikan Tunggal / Perkongsian: RM250,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @ 12-120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

  • Jaminan
    Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
  • Cagaran
    Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
  • Gabungan kedua-duanya sekali
  • Simpanan Tetap
    Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
    Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

4%

9. Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno (SPiM Tekno)

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno SPiM Tekno

1. Tujuan

SPiM Tekno menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan khusus kepada usahawan dalam bidang teknologi dan di bawah Program Pembangunan Usahawan Tekno

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-Syarat Asas

  1. Berumur 18-60 tahun
  2. Warganegara dan Bumiputera
  3. Mempunyai premis perniagaan
  4. Perniagaan patuh Syariah
  5. Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  6. Bebas dari senarai hitam MARA
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  9. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  10. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  11. Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  12. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan

3. Skop Pembiayaan

  • Ubah suai Premis Perniagaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

4. Had Pembiayaan

  • Syarikat Sdn. Bhd : Minimal: RM50,000.00 Maksimum: RM500,000.00
  • Milikan Tunggal / Perkongsian : Minimal: RM50,000.00 Maksimum: RM250,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @12-120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Gabungan kedua-duanya sekali
Atau

Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

4%

10. MARA Integrated Smart Auto (MISA)

MARA Integrated Smart Auto MISA

1. Tujuan

Memberi peluang dan membantu usahawan untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada yang berskala besar dan menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotif yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part)

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-Syarat Asas

  • Berumur 20-60 tahun
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

Syarat-syarat Khusus

  • Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini.
  • Mempunyai pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang automotif dan telah mempunyai bengkel serta ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan automotif mereka dengan strategi conversion

3. Skop Pembiayaan

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan
  • Ubah suai Premis/Bengkel

4. Had Pembiayaan

RM1,000,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @12-120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Gabungan kedua-duanya sekali

Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

2% (Kadar Tetap)

11. Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)

Pembangunan Rantaian Nilai Industri PRIN

1. Tujuan

Menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi Top Entrepreneur yang menjurus ke arah Global Player dan mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong Top Entrepreneur dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk niche market

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 21-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

Syarat-syarat Khusus

  • Syarikat berstatus Sdn.Bhd dan bertaraf Bumiputera dimana pegangan/ pemilikan ekuiti Bumiputera di dalam syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya 60%
  • Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk tempoh tiga (3) tahun terkini.
  • Belum pernah menerima kemudahan di bawah program INTEP, Smart Auto atau KPP atau PITT

3. Skop Pembiayaan

  • Modal Pusingan
  • Ubah suai dan Peningkatan Imej Premis/Kilang
  • Pengkomersilan Produk dan Perkhidmatan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

4. Had Pembiayaan

RM1,000,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @12-120

6. Jaminan atau Cagaran

Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Simpanan Tetap
Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Atau

Gabungan ketiga-tiganya sekali

Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

2% (Kadar Tetap)

12. Skim Pembiayaan Kontrak Ekpress (SPiKE)/SPiKE GLC

Skim Pembiayaan Kontrak Ekpress SPiKE

1. Tujuan

(SPiKE)/SPiKE GLC memberi kemudahan pembiayaan kewangan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang meliputi aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara dan Bumiputera
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat-syarat Khusus

  • Jabatan Pemberi Kerja
    Jabatan atau Agensi Kerajaan
    Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    Syarikat Senaraian Awam
  • Kontraktor binaan kelas G1, G2, G3, G4 dan G5 atau dahulunya dikenali sebagai F, E, D dan C
  • Kontraktor bekalan atau perkhidmatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (Pengecualian kepada tawaran kerja yang bernilai RM50,000.00 dan ke bawah)
  • Kontraktor binaan yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
  • Pemberi kerja dan pemohon bersetuju menandatangani Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan Surat Persetujuan (Letter of Consent) untuk membuat bayaran kepada MARA

3. Skop Pembiayaan

  • Modal Kerja

4. Had Pembiayaan

RM1,000,000.00

Tertakluk kepada:

  • Kerja yang tidak mempunyai bayaran kemajuan

Maksimum 75% dari nilai kontrak atau mengikut dasar semasa MARA

  • Kerja yang mempunyai bayaran kemajuan

Maksimum 80% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama

5. Tempoh Pembiayaan

Mengikut tempoh tamat kontrak

6. Jaminan atau Cagaran

  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM250,000.00 ke bawah
  • Pembiayaan RM250,001.00 hingga RM1,000,000.00:
    Jaminan
  1. Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
    Atau
  2. Cagaran
    Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
    Atau
  3. Gabungan kedua-duanya sekali
    Atau
  4. Simpanan Tetap
    Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
    Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

6%

13. Skim Usahawan MARA (SJUM)

Skim Usahawan MARA SJUM

1. Tujuan

  • Menyediakan akses kepada pembiayaan bank untuk membantu menjayakan program pembangunan usahawan Groom Big
  • Kemudahan pembiayaan perniagaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera
  • Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan bank panel iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Bank Rakyat dan Exim Bank Malaysia
  • Menyediakan kemudahan jaminan korporat kepada usahawan Bumiputera dalam bidang pembinaan, pembekalan, peruncitan dan perkhidmatan

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  • Syarikat Bumiputera berstatus Sdn. Bhd
  1. Telah beroperasi sekurang -kurangnya dua (2) tahun
  2. Mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi dua (2) tahun terkini
  3. Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah kemudahan bank
  • Perniagaan Bumiputera berstatus perkongsian dan milikan tunggal
  1. Telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun
  2. Mempunyai Penyata Kewangan sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi dua (2) tahun terkini
  3. Mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini
  4. Mempunyai rekod jualan minimum RM500,000 setahun
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Panel

3. Skop Pembiayaan

  1. Pembiayaan Projek/Kontrak
  2. Pembelian Aset
  3. Modal Pusingan/Kerja

4. Had Pembiayaan

RM2,000,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

Tempoh jaminan sehingga 15 Tahun

6. Jaminan atau Cagaran

Mara

  1. Pembiayaan kepada syarikat berstatus Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
  2. Yuran jaminan dikenakan oleh MARA kepada usahawan sebanyak 1% setahun daripada jumlah jaminan

Bank

  1. Tertakluk kepada syarat-syarat bank

7. Kadar Keuntungan

BFR + 0% hingga 1%

14. Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera

1. Tujuan

Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) merupakan kerjasama antara MARA dan SME Corporation Malaysia dan menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi ke arah persediaan produk ke pasaran eksport/antarabangsa.

2. Syarat-Syarat Asas dan Khusus

Syarat-syarat Asas

  1. Syarikat Bumiputera berstatus Sdn. Bhd dan memiliki100% ekuiti syarikat
  2. Memenuhi definisi PKS seperti berikut:

Sektor Pembuatan

  1. Jualan tahunan kurang daripada RM50 juta ATAU kurang daripada 200 pekerja sepenuh masa

Sektor Perkhidmatan dan lain-lain

  1. Berumur 21-60 tahun bagi semua Ahli Lembaga Pengarah
  2. Jualan tahunan kurang daripada RM20 juta ATAU kurang daripada 75 pekerja sepenuh masa
  3. Perniagaan patuh Syariah
  4. Telah beroperasi sekurang -kurangnya tiga (3) tahun
  5. Beroperasi di premis yang sah
  6. Mendapat penarafan SCORE 3-bintang dan ke atas
  7. Produk / perkhidmatan buatan Malaysia (mempunyai sekurang-kurangnya 40% kandungan tempatan)
  8. Mempunyai sijil / pensijilan yang diperlukan bagi urusniaga eksport.
  9. Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan CCRIS/RAM/CTOS

3. Skop Pembiayaan

  1. Installation & ICT Adoption
  2. Modal Pusingan
  3. Promosi dan Pengiklanan di Luar Negara
  4. Pembelian Mesin dan Peralatan
  5. Ubah suai Premis/Kilang

4. Had Pembiayaan

RM2,500,000.00

5. Tempoh Pembiayaan

10 tahun @120 bulan

6. Jaminan atau Cagaran

Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau

Simpanan Tetap
Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Atau

Gabungan ketiga-tiganya sekali
Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

7. Kadar Keuntungan

2% (Kadar Tetap)

Cara Mohon Pinjaman Mara Untuk Perniagaan

Sebelum Anda memohon, Anda perlu lengkapi terlebih dahulu Syarat-Syarat Pendaftaran dan Permohonan Pembiayaan:

  • No. KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL
  • No. KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABITI TERHAD (PLT)
  • NO. KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA bagi memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN.BHD
  • Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarik permohonan.
  • Anda dapat muat turun Senarai Semak Dokumen.

Selepas Anda memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan permohonan, sila ikuti langkah-langkah mohon Pinjaman Mara Untuk Perniagaan sebagai berikut:

  1. Lawati pautan rasmi Pinjaman Mara https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/daftarPengguna.aspx
  2. Masukkan Nama Anda.Cara Pendaftaran Mara Perniagaan
  3. Masukkan No. KP (Baru)
  4. Masukkan No. KP (Lama)
  5. Masukkan Katalaluan serta Sahkan Katalaluan.
  6. Masukkan Email Anda yang aktif.
  7. Klik pada kotak di bawah jika Anda bersetuju.
  8. Klik Daftar.
  9. Selesai.

Cara Semakan Status Permohonan

Jika Anda sudah melakukan pendaftaran, Anda boleh semak status permohonan secara online melalui pautan rasmi MARA:

  1. Lawati pautan rasmi MARA
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan Anda.
  3. Klik Log Masuk.
  4. Skrin akan menampilkan status permohonan Anda.
  5. Selesai.

Anda juga boleh menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui Email atau telefon untuk melakukan semakan status.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian utama MARA 03-26132000 atau melalui emel rasmi MARA Informasi@mara.gov.my atau Anda juga boleh pergi ke cawangan MARA terdekat.