Pinjaman Mikro BSN
Pinjaman Mikro BSN

Pinjaman Mikro BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) selalu memberikan kemudahan bagi para pelanggannya. Salah perkhidmatan yang sentiasa membantu usahawan untuk menyokong perniagaan iaitu pinjaman mikro BSN.

Pinjaman mikro BSN atau BSN micro PEMERKASA menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro di Malaysia.

Anda sebagai usahawan boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 untuk tujuan modal kerja dan pembelian aset.

Sekiranya berminat dengan pinjaman tersebut, Anda boleh memohon pinjaman tersebut secara online.

Pinjaman Mikro BSN

BSN Micro PEMERKASA merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Ciri-ciri pinjaman perniagaan BSN:

  • Amaun pinjaman: Sehingga RM50,000.
  • Tujuan pinjaman: Modal kerja dan pembelian aset.
  • Tempoh pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan-bulanan.

1. Dokumen

Berikut beberapa dokumen yang diperlukan sebelum memohon pinjaman mikro BSN:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.
  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

2. Kelayakan

Adapun kelayakan yang ditetapkan oleh Bank BSN untuk pinjaman Mikro BSN iaitu:

  • Perniagaan mesti dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

3. Jenis Sektor Perniagaan

Ada 3 jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro iaitu:

  • Perkhidmatan.
  • Pembuatan.
  • Peruncitan dan pemborongan.

4. Jumlah Pinjaman/Pembiayaan

Pinjaman mikro BSN menawarkan jumlah pembiayaan iaitu antara RM5,000 hingga RM 50,000.

5. Tempoh Pembiayaan

Tempoh pinjaman/pembiayaan adalah antara 1 hingga 5,5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan.

6. Kadar Faedah

  • BSN Micro TemaNiaga & BSN Micro TemanMesra
    Kadar Faedah*: Serendah 6.38% setahun
  1. PKBC
    Kadar Faedah: 4.00% setahun
  2. Automation and Digitalisation Facility (ADF)
    Kadar Faedah: 4.00% setahun
  3. Agrofood Facility (AF)
    Kadar Faedah: 3.75% setahun
  4. Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)
    Kadar Faedah: 3.50% setahun

Nota: *Kadar Faedah individu berbeza mengikut penilaian kredit BSN.

7. Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan jika Anda memohon pinjaman mikro BSN iaitu 3.00% setahun.

8. Tujuan Pinjaman

  • Pembelian Aset
  • Modal Kerja

9. Fi dan Caj

Berikut fi dan caj pinjaman Micro BSN:

Fi dan CajAmaun
Duti SetemSeperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989)
Insurans/Takaful (pilihan)Berubah berdasarkan umur, tempoh & jumlah pinjaman/pembiayaan.
Yuran Guaman yang Berkaitan dengan Dokumen SekuritiSemua yuran guaman dan perbelanjaan sampingan yang berkaitan penyediaan dokumen sekuriti kemudahan pembiayaan.

Cara Memohon Pinjaman Mikro BSN

Jika Anda sudah membaca syarat di atas, sila ikuti langkah-langkah memohon pinjaman mikro BSN:

  1. Lawati pautan rasmi BSN Micro Financing.
  2. Preferred Processing State : Pilih lokasi negeri untuk pemprosesan pembiayaan berdasarkan lokasi/alamat perniagaan.) Cara Memohon Pinjaman Mikro BSN
  3. Preferred Processing Branch : Pilih lokasi cawangan Mikro untuk pemprosesan pembiayaan berdasarkan lokasi/alamat perniagaan.)
  4. Business Reg. / Company Reg. / License / Permit No : Isi maklumat berdasarkan pendaftaran SSM/Lesen/Badan Professional.
  5. Loan Amount : Isikan Amaun Pembiayaan yang Anda inginkan. Cara mohon Pinjaman Mikro BSN
  6. Company Registration / Incorporation Date : Pilih tarikh pendaftaran
  7. Annual Sales Turnover RM & On Date : Isi perolehan jualan tahunan dan tarikh.
  8. No. of Fulltime Employees & On Date : Isi bilangan pekerja sepenuh masa/tetap dan tarikh (penzahiran).
  9. Product Type : Pilih jenis produk Permohonan Pinjaman Mikro BSN
  10. Tenure : Pilih temph pembiayaan. Tekan ikon sebelah kanan untuk paparan penerangan.
  11. Financing Purposes : Pilih tujuan pembiayaan.
  12. BSN GIRO/i Company Account : Masukkan no. account Giro/i, korporat (jika ada).
  13. Source of Information : Pilih sumber maklumat pembiayaan diperolehi.
  14. Business / Company Name : Isi nama perniagaan/syarikat. Pinjaman Perniagaan BSN Micro
  15. Business / Registered / Correspondence Address : Isi alamat perniagaan (2 baris pertama wajib di isi).
  16. City : Pilih bandar.
  17. State : Pilih negeri.
  18. Postcode : Isi poskod Cara Memohon Pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional
  19. Telephone No : Isi nombor telefon perniagaan.
  20. E-mail : Isi alamat e-mel perniagaan (jika ada).
  21. Current Business : Pilih jenis premis perniagaan.
  22. Malaysian Owned / Controlled : Pilih YA jika perniagaan dimiliki/dikawal oleh warganegara.
  23. Date of Business Commencement : Pilih tarikh perniagaan mula beroperasi.
  24. Business Constitution : Pilih jenis konstitusi perniagaan yang didaftarkan.
  25. Nature of Business : Pilih bidang perniagaan yang dijalankan.
  26. If you were introduced by BSN employee, please provide the name : Masukkan nama kakitangan. Cara Mohon Pinjaman Micro BSN
  27. Title : Pilih gelaran yang sesuai.
  28. Name : Isi nama untuk dihubungi.
  29. Office Phone No : Isi nama untuk dihubungi.
  30. Mobile Phone No : Isi no. telefon bimbit.
  31. Position : Isi jawatan semasa.
  32. Email : Isi alamat emel (jika ada).
  33. Title : Pilih panggilan yang sesuai. Pinjaman Micro BSN
  34. Name (as per NRIC/Passport) : Isi nama pemilik/ rakan kongsi/pengarah/pemegang saham.
  35. ID-Type : Pilih jenis dokumen pengenalan.
  36. ID No : Isi No. Kad Pengenalan / No. Passport.
  37. Shareholding RM (%) : Isi peratusan pemilikan/pegangan saham.
  38. Select the Relevant : Pilih jenis individu yang sesuai.
  39. Age : Umur dipaparkan secara auto. Cara Mendaftar Pinjaman Mikro BSN
  40. Gender : Pilih jantina.
  41. Nationality : Pilih warganegara.
  42. Race : Pilih bangsa.
  43. Marital Status : Pilih status perkahwinan
  44. Academic Qualification : Pilih tahap pendidikan.
  45. Telephone No : Isi nombor telefon
  46. Mobile No : Isi no. telefon bimbit.
  47. E-Mail : Isi alamat email (jika ada).
  48. Monthly Gross Income : Isi pendapatan kasar bulanan.
  49. Permanent Address : si alamat tetap/tempat tinggal (2 baris pertama wajib di isi).
  50. Postcode : isi poskod
  51. City : Isi bandar.
  52. State : Pilih negeri.
  53. Country : Pilih negara.
  54. Residental Type : Pilih jenis kediaman Cara Daftar Pinjaman Mikro BSN
  55. Correspondence Address : Isi alamat surat menyurat jika berbeza dari alamat tetap (Ruang ini adalah pilihan).
  56. Add Business Partner : Tekan butang ‘Add Business Partner’ untuk simpan data dan jadual ringkasan akan dipaparkan (seperti contoh).
  57. Declaration for connected party : Tandakan perakuan penzahiran yang berkenaan (seperti contoh dalam kotak merah). Sekiranya mempunyai hubungan dengan kakitangan BSN, isi maklumat pada ruangan.
  58. Declaration for Personal Data Protection : Tandakan perakuan penzahiran yang berkenaan.
  59. Document upload : rowse dan pilih dokumen yang akan dimuatnaik. Tekan validate untuk memuatnaik dokumen. Saiz dokumen yang dibenarkan ialah 10MB. Cara Daftar Pinjaman Micro BSN
  60. Submit Application : Tekan butang Submit Application untuk menghantar permohonan.
  61. Download Transmittal Report : Tekan butang untuk menjana laporan penghantaran permohonan.
  62. Download Application Form : Tekan butang untuk menjana paparan borang permohonan dalam format PDF.
  63. Download Declaration Form : Tekan butang untuk menjana borang perakuan dalam format PDF.

Jika Anda mahu, Anda boleh cuba mohon pinjaman TEKUN untuk perniagaan yang menawarkan pinjaman niaga sehingga RM100,000.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dan sebarang pertanyaan, Anda boleh kunjungi cawangan BSN terdekat atau boleh hubungi Customer Service BSN 1300-88-1900 atau layari https://www.bsn.com.my.