Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam

Bank Rakyat selalu memberikan pelbagai kemudahan kepada para pelanggan, salah satunya iaitu pinjaman peribadi Bank Rakyat sektor Awam atau Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam.

Mendapatkan duit pinjaman kini lebih mudah dengan pembiayaan dari Bank Rakyat, Anda hanya perlu penuhi syarat yang diberikan oleh Bank Rakyat. Dan nikmatilah akses mudah kepada duit yang diperlukan untuk menguruskan kewangan Anda.

Jika Anda ingin dapatkan pinjaman peribadi sektor Awam ini, boleh ikuti panduan berikut.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam

Untuk mendapatkan pinjaman peribadi Bank Rakyat sektor awam, Anda perlu sediakan senarai dokumen dan syarat. Pembiayaan peribadi sektor awam bank rakyat ini mempunyai konsep tawwaruq. Dengan ciri-ciri:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

1. Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Dokumen bagi permohonan baru:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Penyata Bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Dokumen permohonan berulang:

  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera

2. Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

3. Kelayakan Pembiayaan

BAYARAN ANSURANKELAYAKAN
Pindahan Gaji ke Bank Rakyatsehingga RM200,000
Biro Perkhidmatan Angkasasehingga RM200,000
Potongan Gaji Majikan (PGM)sehingga RM200,000

Sekiranya Anda mahu buat pembayaran secara elektronik, kelayakan berdasarkan gandaan gaji atau RM200,000 yang mana terendah lihat jadual di bawah:

PENDAPATANKELAYAKAN
RM 1,000 – RM 5,0005 kali gaji kasar sebulan
RM 5,001 – RM 10,0008 kali gaji kasar sebulan
Melebihi RM 10,00010 kali gaji kasar sebulan

4. Kadar Pembiayaan

Ada 2 pilihan kadar yang ditawarkan oleh Bank Rakyat untuk pembiayaan peribadi sektor Awam iaitu:

1. Kadar Tetap

Kadar keuntungan di bawah ini adalah untuk pembiayaan dengan takaful. Tambahan kadar keuntungan sehingga 0.86% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful.

CARA BAYARANTEMPOH PEMBIAYAANKADAR RATA
Pindahan Gaji Ke Bank RakyatSehingga 3 tahun0.0454
Biro Perkhidmatan AngkasaSehingga 3 tahun0.0454
Potongan Gaji MajikanMelebihi 3 - 10 tahun0.0499
Pembayaran Secara ElektronikSehingga 3 tahun0.0564
Pembayaran Secara ElektronikMelebihi 3 - 10 tahun0.0626

2. Kadar Terapung

Maklumat yang mesti Anda ketahui bahawa kadar terapung mempunyai tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful, kadar Asas (KA) semasa ialah 2.60% dan kadar syiling = efektif + 4.00%

CARA BAYARANTEMPOHKADAR KEUNTUNGAN
Pindahan Gaji Ke Bank RakyatSehingga 3 tahunKA + 2.31%
Pindahan Gaji Ke Bank RakyatMelebihi 3 - 10 tahunKA + 2.94%
Biro Perkhidmatan AngkasaSehingga 3 tahunKA + 3.12%
Potongan Gaji MajikanMelebihi 3 - 10 tahunKA + 3.65%
Pembayaran Secara ElektronikSehingga 3 tahunKA + 5.12%
Pembayaran Secara ElektronikMelebihi 3 - 10 tahunKA + 5.65%

5. Fi dan Caj

Walau bagaimanapun, perkhidmatan pinjaman dari Bank Rakyat ini tentu sahaja memberikan caj dan fi. Berikut adalah senarai caj dan fi yang diberikan oleh Bank Rakyat.

TRANSAKSICAJ
Fi Wakalah atau AgensiFi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30 termasuk Yuran Broker.
Duti Setem0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatKetika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatSelepas tamat tempoh pembiayaan: Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.
Yuran Penyelesaian AwalRebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru

6. Jaduan Pembayaran

Jadual pembayaran pembiayaan peribadi awam kadar tetap (Takaful).

Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam

Jadual pembayaran pembiayaan peribadi awam kadar tetap (tanpa Takaful).

Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Untuk ilustrasi jadual pembayaran lainnya sila klik link di bawah ini:

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam Online

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat di sini.
  2. Klik Mohon Sekarang pada bahagian kanan.
  3. Sila pilih salah satu Produk Pilihan, beri tanda √. Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam Online
  4. Pilih Salutation (Encik/Puan/Cik)
  5. Masukkan Nama dan No Handphone Anda.
  6. Masukkan Email yang Anda gunakan.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
  8. Pilih Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  10. Pilih produk pilihan pada bahagian kanan yang diingini.
  11. Tick I’m not a robot.
  12. Klik Hantar.
  13. Pegawai bank akan menghubungi Anda.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat sektor awam secara online. Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454 atau sila kunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat.