Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta

Bank Rakyat memberi kemudahan pinjaman peribadi untuk sektor Swasta, iaitu pinjaman peribadi Sektor Swasta (Pinjaman Peribadi-i Sektor Swasta)

Pinjaman ini menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000 dan tiada jaminan diperlukan. Untuk memohon pinjaman ini, Anda hanya perlu penuhi syarat yang diberikan oleh Bank Rakyat.

Sekiranya Anda berminat dan mahu memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat, sila ikuti cara berikut.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta

Pinjaman peribadi dari Bank Rakyat ini menggunakan sistem/konsep tawwaruq, dengan ciri-ciri:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM150,000
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Tempoh pembiayaan:
PENDAPATAN KASARTEMPOH PEMBIAYAANTEMPOH PEMBIAYAAN
PENDAPATAN KASARPERMOHONAN BARUPERMOHONAN BERULANG
RM2,000 – RM 3,0005 Tahun10 Tahun
RM3,001 dan ke atas10 tahun10 Tahun

1. Dokumen

Berikut dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta:

Dokumen Yang DiperlukanPermohonan Baru Permohonan Berulang
Salinan MyKad
Slip Gaji untuk 3 bulan terakhir
Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji)
Penyata KWSP
Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut: Surat Pengesahan Majikan / Borang EA / Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

2. Kelayakan

Berikut senarai kelayakan sebelum memohon pinjaman peribadi sektor swasta:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  3. Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut:
  • Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
  • Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas

3. Kelayakan Pembiayaan

Di bawah ini senarai kelayakan pembiayaan:

Cara Bayaran AnsuranPendapatanKelayakan
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)RM 2,000 - RM 4,00015 kali gaji kasar sebulan
Potongan Gaji Majikan (PGM)RM 4,0001 - RM 6,00020 kali gaji kasar sebulan
Pindahan Gaji Ke Bank RakyatMelebihi RM 6,00025 kali gaji kasar sebulan
Pembayaran Secara ElektronikRM1,000 - RM 5,0005 kali gaji kasar sebulan
Pembayaran Secara ElektronikRM 5,001 - RM 10,0008 kali gaji kasar sebulan
Pembayaran Secara ElektronikMelebihi RM 10,00010 kali gaji kasar sebulan

4. Kadar Pembiayaan

Kadar Terapung

Maklumat yang mesti Anda ketahui mengenai kadar terapung iaitu, kadar terapung mempunyai kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful. Kadar asas (KA) semasa ialah 2.60% dan Kadar Syiling + efektif + 4.00%

Cara BayaranTempohKadar Keuntungan
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)Sehingga 1 TahunKA + 5.37%
Potongan Gaji Majikan (PGM)Melebihi 1 Tahun - Sehingga 5 TahunKA + 5.62%
Pindahan Gaji Ke Bank RakyatMelebihi 5 Tahun - 10 TahunKA + 5.77%
Pembayaran Secara ElektronikSehingga 1 TahunKA+ 7.37%
Pembayaran Secara ElektronikMelebihi 1 Tahun - Sehingga 5 TahunKA+ 7.62%
Pembayaran Secara ElektronikMelebihi 5 Tahun - 10 TahunKA + 7.77%

5. Fi dan Caj

Adapun senarai Fi dan Caj sebelum memohon pinjaman peribadi sektor swasta iaitu:

TRANSAKSICAJ
Fi Wakalah atau AgensiFi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30 termasuk Yuran Broker.
Duti Setem0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatKetika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatSelepas tamat tempoh pembiayaan: Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.
Yuran Penyelesaian AwalRebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru

6. Jadual Pembayaran

Pembiayaan Peribadi-i Swasta Kadar Terapung BPA/PGM/Pindahan Gaji

Jadual Pembayaran Peribadi Sektor Swasta

  • Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60%
  • Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.50% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful
  • Tertakluk kepada Terma dan syarat

Pembiayaan Peribadi-i Swasta Kadar Terapung Pembayaran Secara Elektronik

Jadual Pembayaran Peribadi Sektor Swasta Elektronik

  • Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60% setahun
  • Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.50% atas kadar keuntungan semasa untuk pembayaran tanpa takaful
  • Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Sektor Swasta Online

Setelah Anda mengetahui senarai syarat dan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi sektor swasta dari Bank Rakyat, sekarang Anda boleh ikuti langkah di bawah ini untuk mohon pinjaman melalui online.

  1. Lawati pautan rasmi di sini.
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Sila pilih salah satu Produk Pilihan, beri tanda
  4. Pilih Salutation (Encik, Puan, Cik)
  5. Masukkan Nama dan No Handphone Anda.
  6. Masukkan Email yang Anda gunakan.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat. (Ya/Tidak)
  8. Pilih Adakah Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran. (Ya/Tidak)
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  10. Tick, i’m not a robot.
  11. Klik Hantar.
  12. Pegawai bank akan menghubungi Anda.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454 atau sila kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan.