Pinjaman Peribadi Public Bank
Pinjaman Peribadi Public Bank

Pinjaman Peribadi Public Bank

Public Bank Islamic menawarkan skim Public Bank BAE Pembiayaan Peribadi-i kepada Anda yang berkhidmat di sektor awam, seperti kakitangan kerajaan, kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GCL), dan juga kakitangan badan-badan berkanun.

Untuk memohon pinjaman ini, Anda mesti berumaur 20 tahun sehingga 60 tahun, selain itu Anda mestilah mempunyai pendapatan gaji kasar lebih daru RM 3,000 sebulan, berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun.

Apa itu Pinjaman Peribadi Public

Pinjaman peribadi Public Bank iaitu kemudahan pinjaman peribadi tanpa cagaran yang di tawarkan kepada kakitangan agensi-agensi kerajaan. Ia dikira berasaskan kadar tetap dan adalah tetap sehingga kemudahan tersebut matang.

Kemudahan yang ada adalah untuk kegunaan peribadi dan dibenarkan oleh prinsip Syariah. Konsep syariah yang digunakan iaitu:

  • Bai’ Al-Inah:  Merujuk pengaturan yang melibatkan jualan aset keapda pembeli atas dasar tertunda dan pembelian aset berikutnya pada harga tunai yang lebih rendah daripada harga jualan tertunda.
  • Wa’d: Satu janji satu pihak yang merujuk penyataan komitmen yang diberi oleh satu pihak kepada pihak yang lain untuk mengambil tindakan pada masa hadapan.

Syarat Pinjaman Peribadi Public Bank

Anda dinasihatkan untuk baca lembaran pendedahan produk ini sebelum Anda membuat keputusan untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i BAE ini.

Sila juga baca terma di dalam surat tawaran. Minta penjelasan daripada Bank sekiranya tuan/puan tidak memahami mana-mana bahagian dokumen ini atau terma-terma amny

1. Kelayakan

Berikut Kelayakan sebelum Anda memohon pinjaman peribadi Public Bank:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 20 tahun sehingga 60 tahun.
  • Berkhidmat di Sektor Awam (Kakitangan Kerajaan atau Kakitangan GLC).
  • Berjawatan tetap dan sudah berkhidmat lebih dari 2 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 (gaji kasar) atau pendapatan tahunan RM36,000 (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Bank.

2. Dokumen

Adapun dokumen-dokumen yang perlu Anda sediakan sekiranya ingin memohon pinjaman peribadi Public Bank ialah:

  • Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini, atau Salinan Borang EA terkini.
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad).

Public Bank akan meminta Anda menyediakan salah satu daripada dokumen berikut:

  • Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan untuk jawatan dan pendapatan.
  • Penyata cukai terkini dan resit bayaran cukai.

3. Ciri-Ciri dan Kelebihan Public Bank BAE Personal Financing-i

Beberapa ciri-ciri dan Kelebihan Public Bank BAE Personal Financing-i:

1. Jumlah pembiayaan yang fleksibel
Public Bank menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM5,000 hingga RM150,000 untuk pembiayaan ini.

2. Tempoh pembiayaan yang fleksibel
Anda dapat memilih tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun. Satu tempoh pembiayaan yang panjang untuk pembiayaan peribadi tidak bercagar.

3. 100% patuh Syariah
Pinjaman peribadi Public Bank ini merupakan patuh Syariah sepenuhnya dengan menggunakan konsep Bai’ Al-Inah. Jadi Anda boleh mohon tanpa ragu.

4. Kadar keuntungan tetap yang rendah
Public Islamic Bank mengenakan kadar keuntungan tetap untuk pinjaman ini. Kadar keuntungan yang dikenakan bermula dari 3.99% p.a hingga 4.45% p.a. Kadar keuntungan 3.99% p.a adalah untuk pembiayaan kurang dari RM99,999. Manakala untuk jumlah pembiayaan RM100,000 hingga RM150,000, kadar keuntungan tahunan adalah 4.45% p.a.

5. Ditawarkan kepada semua kakitangan Sektor Awam
Tidak kira Anda berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, Anda boleh mohon pinjaman ini. Pinjaman ini juga ditawarkan kepada semua Kakitangan GLC.

6. Jumlah lulus yang tinggi
Public Bank boleh meluluskan sehingga 25 kali ganda gaji kasar Anda untuk pelan pinjaman ini. Ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan pembiayaan peribadi yang lain.

7. Jumlah payout yang tinggi
Jumlah payout sehingga 98% adalah antara jumlah tertinggi untuk pelan pembiayaan peribadi tidak bercagar bagi kakitangan sektor awam.

8. Tiada caj proses
Public Islamic Bank tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan BAE Personal Financing-i Anda lulus.

9. Tiada caj penamatan awal
Anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau fi sekiranya Anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.

10. Pemotongan gaji melalui BPA atau PGM
Anda boleh membayar instalment atau bayaran bulanan untuk pinjaman ini melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (SPGA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM).

4. Caj Yang Dikenakan

  • Tiada caj proses.
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.
  • Caj Duti Setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  • Tiada caj penamatan awal. Public Islamic Bank akan memberikan rebat (Ibra’) untuk keuntungan yang tidak diperoleh.
  • Caj perlindungan Takaful adalah pilihan. Walau bagaimanapun, pihak Public Bank menggalakkan anda mengambil perlindungan Takaful dari AIA PUBLIC Takaful Berhad (APTB) atau Takaful Ikhlas Bhd (TIB).

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Public Bank

Pastikan Anda sudah memenuhi syarat-syarat sebelum memohon. jika Anda mahu memohon, Anda boleh pergi ke cawangan Public Bank terdekat.

FAQ Pinjaman Peribadi Public Bank

Adapun beberapa pertanyaan umum berkaitan dengan Pinjaman Peribadi Public Bank sebagai berikut:

1. Siapa Sahaja Yang Boleh Memohon?

Perkhidmatan ini boleh dimohon kepada Warganegara Malaysia yang bekerja sebagai Kakitangan GLC dengan had umur 20 hingga 60 tahun.

2. Macam Mana Bayar Balik atau Kaedah Bayaran Ansuran?

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Potongan Gaji Majikan (PGM)

3. Bagaimana Jika Ada Blacklist di Laporan CTOS, Bolehkah Mohon?

Skim ini tidak ditawarkan kepada Anda yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Namun, sekiranya rekod senaraihitamkan di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, dan sebagainya. boleh cuba mohon.

4. Ada Tunggakan di Laporan CCRIS, Bolehkah Mohon?

Skim ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA)

5. Saya di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK, Bolehkah Mohon?

Mohon maaf, Anda tidak layak untuk mohon perkhidmatan ini jika mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

6. Bagaimana Tahu Permohonan Saya Lulus atau Tidak?

Mengenai keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dihantar melalui SMS, Emel atau panggilan telefon. Jika masih belum dapat keputusan permohonan lebih dari 14 hari bekerja, dinasihatkan untuk menghubungi pihak Public Bank.

7. Jika Permohonan Saya Ditolak, Kenapa Permohonan Saya Tak Lulus?

Ada banyak faktor sekiranya permohonan Anda tak lulus. Dapat dikatakan setiap institusi kewangan tak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan.

Jika ada pertanyaan mengenai Pinjaman Peribadi Public Bank Anda boleh hubungi:

  • Telefon: 1-800-22-5555
  • Faks: 03-2162 2224

atau melalui pautan rasmi Public Bank dan email: islamicbkg@publicislamicbank.com.my