Pinjaman Perniagaan Maybank
Pinjaman Perniagaan Maybank

Pinjaman Perniagaan Maybank

Posted on

Apa itu pinjaman perniagan Maybank? Pinjaman perniagaan Maybank merupakan pembiayaan modal kerja berjangka bagi Perusahan kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro dengan jadual ansuran bulanan. Pembiayaan yang disediakan iaitu pembiayaan patuh syariah.

Macam mana cara mohon pembiayaan perniagaan Maybank? Jika Anda berminat dengan pinjaman ini, sila baca maklumat terperinci di bawah ini.

Kemudahan pembiayaan berjangka di bawah pakej SME Digital Financing-i:

  • SME Online Clean Financing-i
    Tunai yang pantas untuk SME
  • SME Online Micro Financing-i
    Dibiayai oleh Bank Negara Malaysia (BNM FME)
  • SME Online PGX-i
    Jaminan oleh Credit Guaratanee Corporation (CGC)

Pembiayaan di bawah SME Online PGX-i dan SME Online Micro Financing-i iaitu begantung pada kelulusan daripada CGC atau Bank Negara Malaysia (BNM) dan ketersediaan dana di bawah program.

Pinjaman Perniagaan Maybank

1. Kontak Shariah

Murabahah-i ialah Murabahah (kos berserta keuntungan) melalui aturan Komoditi Murabahah/Tawarruq. Ia adalah kaedah jualan dengan harga penambahan di mana pelanggan membayar harga dalam tempoh masa yang dipersetujui. Aset yang mendasari urusniaga jualan antara Pelanggan dan Bank merupakan komoditi khusus patuh Shariah yang boleh diniagakan.

  • Mengikut pembiayaan secara Komoditi Murabahah, pihak Bank memperoleh/membeli komoditi patuh shariah daripada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 1) atas permintaan Pelanggan.
  • Pihak Bank kemudian menjual komoditi kepada Pelanggan dengan Harga Jual Bank yang terdiri daripada harga komoditi campur margin/keuntungan bank. Pelanggan membayar secara bertahap dalam tempoh masa yang dipersetujui.
  • Pelanggan kemudian melantik pihak Bank sebagai wakil untuk menjual komoditi kepada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 2) demi meraih wang.
  • Pihak Bank, sebagai wakil Pelanggan kemudian menjual komoditi kepada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 2) pada harga jual mengikut amaun pembiayaan.
  • Hasil penjualan komoditi akan diremit kepada Pelanggan, penjual atau pihak berkepentingan mengikut terma dan syarat pembiayaan.

Untuk transaksi Komoditi Murabahah di bawah kemudahan pembiayaan ini, pada setiap masa Bank menjadi ejen tidak ekslusif bagi pihak anda,
dalam melaksanakan transaksi Komoditi Murabahah yang berkaitan dengan kemudahan ini.

2. Kelayakan

Berikut kelayakan sebelum memohon:

  • Beroperasi lebih daripada 1 tahun
  • Hasil Jualan Tahunan kurang daripada RM25 juta
  • Pinjaman/pembiayaan sedia ada dengan Maybank kurang daripada RM5 juta;

3. Keistimewaan

Adapun keistimewaan jika Anda memohon pinjaman perniagaan Maybank:

  • Tiada dokumen diperlukan
  • Ketahui status permohonan sepantas 10 minit
  • Setiap masa tersedia dalam talian 24/7
  • Pengeluaran pembiayaan sepantas 1 minit
  • Cagaran tidak diperlukan

4. Kemudahan Pembiayaan

Mengenai kemudahan pembiayaan iaitu:

  • Jumlah pembiayaan diantara RM10,000 sehingga RM250,000
  • Pinjaman Berjangka atau Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i (PBKM-i)
  • Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun (60 bulan)

5. Dokumen

  • Tidak ada dokumen yang diperlukan jika anda sudah menjadi pelanggan Maybank.

Bekerja sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan (kedua-dua belah pihak)
  • Borang permohonan
  • Pendaftaran syarikat / Permit Perniagaan atau Lesen
  • Borang B terkini dengan pembayaran resit cukai
  • Pengesahan Bank – akaun dibuka 2 tahun atau lebih
  • Penyata Bank 6 bulan terkini

Perusahaan Mikro

  • Pendaftaran syarikat
  • Borang Permohonan / Surat
  • Pengesahan Bank – akaun dibuka 2 tahun atau lebih
  • Penyata Bank 6 bulan terkini

Jika Anda pelanggan baru Maybank:

  • Dokumen Pendaftaran Perniagaan
  • Salinan Kad Pengenalan Baru Pengarah / Pemegang saham / Pemilik / Rakan Kongsi / Penjamin (salinan pasport bagi bukan warganegara)
  • Penyata bank 6 bulan terkini
    (dokumen tambahan ini tidak wajib, tetapi mungkin dapat meningkatkan peluang anda mendapat kelulusan)
  • Lesen Perdagangan/Berniaga (bagi perniagaan yang beroperasi di Sabah & Sarawak)

6. Margin Pinjaman

Tidak Berkenaan

7. Kadar Pembiayaan Asas dan Kadar FME

Semasa:

  • Kadar BNM Fund for Micro Enterprise (FME) adalah 0% setahun sehingga 31/12/2020 (untuk
    SME Online Micro Financing-i)
  • Kadar Pembiayaan Asas (KPA) adalah 5.65% setahun
  • Nota: Jumlah ansuran dan jumlah bayaran balik akan berubah mengikut perubahan dalam Kadar
    Pembiayaan Asas (KPA) dan Kadar FME.

8. Jaminan

  • Kadar BNM Fund for Micro Enterrise (FME) adalah 0% setahun sehingga 31/12/2020
  • Kadar Pembiayaan Asas 5.65% setahun.

9. Keuntungan Efektif

  • Pembiayaan SME Online Clean Financing-i
    KPA + 4.5% to KPA + 7.75% (setahun)
  • Pembiayaan SME Online Micro Financing-i
    FME + 8.5% to FME + 11.5% (setahun)
  • Pembiayaan SME Online PGX-i
    KPA + 3.50% to KPA + 7.5% (setahun)

Nota: Kiraan bagi bayaran ansuran bulanan adalah berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif.

Kadar Keuntungan Efektif di atas dapat diubah pada bila-bila masa oleh pihak Bank dengan
memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh pelaksanaan
dengan syarat bahawa ia tidak akan melebihi Kadar Keuntungan Siling.

10. Harga Jualan Bank

Kadar Pembiayaan Asas (KPA) semasa adalah 5.65% setahun.

Jika Kadar Keuntungan EfektifMaka Harga Jualan Bank
KPA + (< 3.00%)KPA + 4% atau 10%, mana yang tinggi
KPA + (≥ 3.00%)KPA + 4% + margin keuntungan atau 15%, mana yang tinggi

11. Yuran dan Caj

Duti Setem-Sebagaimana yang tercatat didalam Akta Duti Setem 1949 (semakan semula pada 1989).
-Duti setem telah dikecualikan di bawah Perintah Duti Setem (pengecualian no 4) 2011 untuk instrumen
Skim Pembiayaan Mikro
Yuran PerdaganganBerhubung dengan transaksi Komoditi Murabahah, Pelanggan hendaklah membayar kepada pihak Bank yuran
perdagangan sebanyak RM15 bagi setiap RM1.0 juta Amaun Kemudahan atau apa-apa amaun lain
sebagaimana yang ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
Yuran bagi Jaminan CGCApabila berlakunya perkara-perkara yang dikira wajar oleh pihak Bank atau jika ada pembatalan
kemudahan dari pihak Pelanggan, jaminan CGC yang telah dikeluarkan boleh dibatalkan oleh pihak Bank
pada bila bila masa dengan notis bertulis kepada CGC, yang mana pelanggan dengan ini bersetuju bahawa
yuran jaminan yang dibayar kepada CGC tidak akan dikembalikan.
Caj Dokumentasi Pembiayaan RSME ‘In-House’-Yuran dokumentasi maksima sebanyak RM600.
-Percuma untuk Pembiayaan SME Online Micro Financing-i
CukaiTertakluk kepada cukai dan levi sedia ada dan akan datang yang ditetapkan mengikut undang undang.
Lain-lain YuranSemua kos dan perbelanjaan seperti yuran guaman atau lain-lain caj yang terlibat dalam penyediaan dokumen, penyempurnaan dokumen sekuriti pihak bank dan pengeluaran pembiayaan.

Cara Mohon Pinjaman Perniagaan Maybank Online

Selepas Anda simak panduan di atas, berikut cara memohon pinjaman perniagaan Maybank online:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank Mohon Sekarang
  2. Sila isikan butiran tersebut.Mohon Sekarang Perniaagaan Maybank
  3. Jika sudah selesai, klik Next.
  4. Ikuti maklumat untuk memohon.
  5. Selesai.

FAQ Pinjaman Perniagaan Maybank

Berikut beberapa pertanyaan umum berkaitan dengan Pinjaman Perniagaan Maybank.

1.Siapa Sahaja Yang Layak Memohon Maybank Mikro?

Kemudahan pembiayaan merupakan tujuan perniagaan, iaitu modal kerja/perbelanjaan modal sahaja.

Bagi bekerja sendiri layak memenuhi kriteria:

  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman perniagaan
  • Semua Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun
  • Tiada rekod pembiayaan peribadi yang negatif, seperti CCRIS, kebankrapan dll.
  • Bekerja sendiri dengan lesen / permit perniagaan yang sah
  • Perniagaan mesti dikendalikan oleh pemilik dan secara sepenuh masa

Agar perusahaan mikro layak mesti memenuhi kriteria berikut:

  • Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Perniagaan mesti beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Perniagaan mesti mematuhi definisi ‘mikro’ PKS NSDC:
    a. Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa
    b. Perolehan Jualan Tahunan kurang dari RM 200,000 untuk sektor pertanian dan perkhidmatan utama
    c. Perolehan Jualan Tahunan kurang dari RM 250,000 untuk pembuatan
    d. Tidak ada rekod pembiayaan perniagaan negatif, seperti CCRIS, muflis dll.

2. Adakah Diberitahu Jika Permohonan Saya Disetujui atau Ditolak?

  • Anda akan diberitahu melalui surat mengenai status permohonan Anda, baik yang disetujui atau ditolak.
  • Sekiranya permohonan Anda diluluskan oleh Bank, anda akan menerima Surat Kelulusan yang menyatakan tarikh pembayaran, jumlah ansuran, tempoh, jumlah pembiayaan yang diluluskan dan nombor akaun pembiayaan.

3. Macam Mana Menerima Dana Jika Sudah Disetujui?

  • Untuk bekerja sendiri,

Dana akan dipindahkan ke akaun simpanan atau semasa individu Maybank / Maybank Islamic anda (akaun bersama dan akaun simpanan / semasa Bank lain tidak dibenarkan).

  • Untuk perusahaan mikro,

Dana akan dipindahkan ke akaun semasa perniagaan Islam Maybank / Maybank anda (akaun bersama dan akaun semasa Bank lain tidak dibenarkan).

4. Berapa Lama Boleh Dapatkan Dana?

  • Bagi kelulusan permohonan iaitu secepat 3 hari.
  • Pembayaran dilakukan pada hari bekerja berikutnya setelah permohonan diluluskan.
  • Ini tertakluk pada dokumentasi dan maklumat lengkap yang diterima oleh Bank.

5. Berapakah Bayaran Penyelesaian Awal?

  • Untuk bekerja sendiri

Bayaran Penyelesaian Awal adalah RM 200 atau jumlah yang bersamaan dengan 3% dari baki pinjaman yang belum dibayar, mana yang lebih tinggi, hanya jika diselesaikan dalam separuh pertama tempoh pinjaman.

  • Untuk perusahaan mikro

Potongan harga yang dikenakan bergantung kepada apakah pemberitahuan yang mencukupi diberikan kepada bank sebelum penyelesaian penuh awal. Tempoh notis minimum adalah serupa dengan pinjaman perniagaan lain, iaitu 1 bulan.
Bagi Maybank Islamic Mikro, tiada Bayaran Penyelesaian Awal.

6. Bagaimana Membayar Ansuran Bulanan?

Mengenai pembayaran dapat dilakukan dengan berbagai cara yang mudah seperti:

  • Dengan wang tunai atau cek di mana-mana cawangan Islam Maybank/Maybank di seluruh negara.
  • Dengan wang tunai atau cek melalui Mesin Deposit Tunai dan Mesin Deposit Cek di cawangan Maybank terpilih.
  • Dengan pembayaran online melalui Maybank2u (www.maybank2u.com.my) atau Maybank2e (www.maybank2e.net.my)
  • Dengan arahan tetap debit langsung dari akaun simpanan / semasa Anda.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Customer Care Hotline di 1-300 88 6688 atau boleh melalui Email mgcc@maybank.com.my