Pinjaman Perumahan BSN
Pinjaman Perumahan BSN

Pinjaman Perumahan BSN

Posted on

Bank Rakyat menawarkan program perumahan (BSN MyHome) yang dapat membantu golongan berpendapatan minimum RM1,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri.

Sekiranya Anda bekerja sendiri dan tidak berpendapatan tetap, Anda boleh cuba program ini untuk dapatkan rumah yang Anda inginkan.

Pinjaman Perumahan BSN

Ciri-ciri dan manfaat program perumahan Bank BSN:

  • Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & LTHOT).
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
  • Pembiayaan sehingga RM300,000

1. Dokumen

Anda perlu membawa senarai dokumen dibawah ini semasa memohon pinjaman perumahan BSN.

Pekerja Swasta atau Penjawat Awam:

  1. Salinan Mykad (Kad Pengenalan).
  2. Salinan slip gaji.
  3. Borang EA atau Borang EC.
  4. Borang permohonan pinjaman perumahan BSN.
  5. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir.
  6. Salinan penyata KWSP untuk kakitangan swasta.
  7. Perjanjian SNP (Sales & Purchase Agreement) atau bukti pembayaran deposit rumah.
  8. Surat majikan yang mengesahkan pekerjaan Anda.

Bekerja Sendiri:

  1. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terakhir.
  2. Sijil SSM.
  3. Borang cukai pendapatan (B/BE) dan resit pembayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN.

2. Kelayakan

Senarai kelayakan yang kena ada.

  • Pemohon Individu atau Bersama.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 sehingga 60 tahun.
  • Pendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  • Mempunyai bukti bekerja sendiri.
  • Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja.
  • Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja.
  • Wajib mempunyai akaun BSN Giro/i.
  • Deposit sekuriti bersamaan tiga (3) bulan ansuran bulanan.
  • Mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman.

3. Kadar Faedah

Amaun Pinjaman (RM)Tempoh (Tahun)Kadar Faedah Efektif (EIR)
Hartanah Siap Dibina
Kadar Faedah Efektif (EIR)
Hartanah Dalam Pembinaan
RM 100,000 dan ke bawahSepanjang tempohKA + 3.00%KA + 3.00%
>RM100,000 sehingga RM300,0001 - 2KA + 1.20%KA + 0.95%
>RM100,000 sehingga RM300,000SeterusnyaKA + 1.20%KA + 1.20%

4. Fi dan Caj

  • Duti setem
  • Dokumen Utama – Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
  • Dokumen-dokumen Lain – RM 10.00

Cara Memohon Pinjaman Perumahan BSN

  1. Untuk cara memohon pinjaman perumahan BSN Anda boleh pergi ke cawangan BSN terdekat.
  2. Atau Anda boleh turun borang permohonan di sini.

Penyata Pendedahan Produk

Anda dinasihatkan untuk membaca dan fahami maklumat Penyata Pendedahan Produk sebelum Anda membuat keputusan untuk mengambil BSN MyHome.

1. Perlindungan Insurans

  • Sumbangan Takaful Houseowners / kebakaran / Takaful Rumahku-Long Term (TRLT), jika perlu.
  • Sumbangan Takaful Gadai Janji (MRTA) adalah digalakkan untuk melindungi pinjaman anda jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal semasa tempoh pinjaman.

2. Tanggung Jawab Peminjam

  • Ansuran Bulanan iaitu: Tahun (1)-(30): RM (559.15)
  • Jumlah bayaran balik pada akhir (30) tahun ialah RM (201,293.58)
  • Ansuran bulanan dan jumlah bayaran balik akan berbeza jika terdapat perubahan KA.

Kadar Asas merupakan produk yang ditawarkan BSN yg terdiri 2 bahagian iaitu Kos Dana [Cost of Fund (COF)] pada kadar tertinggi yang ditawarkan dan Mandated Holding Cost.

Kadar Untung EfektifSemasa / TodayJika KA naik 1%Jika KA naik 2%
Ansuran bulananRM559.15RM629.60RM704.10
Jumlah keseluruhan kos faedah pada akhir tempoh [ 30 ] tahunRM81,293.58RM106,655.43 RM133,477.31
Jumlah keseluruhan amaun bayaran balik pada akhir tempoh [ 30 ] tahunRM201,293.58RM226,655.43RM253,477.31

3. Implikasi Gagal Melaksanakan Tanggung Jawab

  • Tindakan undang-undang terhadap anda boleh memberi kesan kepada rekod kredit anda yang akan menyebabkan kemudahan kredit anda menjadi lebih sukar.
  • Penalti Lewat Bayar sebanyak satu peratus (1%) akan dikenakan ke atas amaun tertunggak.
  • Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya anda gagal untuk bertindak balas terhadap notis peringatan dan kos guaman akan ditanggung oleh anda.
  • Pihak Bank berhak membuat tolakan (set-off) mana-mana baki kredit dalam mana-mana akaun anda di bank untuk menyelesaikan sebarang baki tertunggak tertakluk kepada notis awal diberikan kepada anda tujuh (7) hari sebelum tolakan dilaksanakan.

4. Bayaran Lain Yang Perlu Dibayar

Duti SetemSeperti yang ditetapkan dalam Akta Setem 1949 (Pindaan Semula 1989)
Yuran PengeluaranTermasuk tetapi tidak terhad kepada duti setem, yuran pendaftaran cagaran, pendaftaran mana-mana dokumen sekuriti serta pendaftaran dan penarikan balik kaveat dan lain-lain caj yang berkenaan seperti carian kebankrapan dan carian rasmi hakmilik (land search)
Yuran Guaman yang Berkaitan dengan Dokumen SekuritSemua yuran guaman dan perbelanjaan sampingan yang berkaitan dengan penyediaan dokumen sekuriti kemudahan pembiayaan
Yuran Penilaian HartaYuran profesional bagi menyediakan laporan rasmi hartanah (terpakai bagi hartanah yang telah siap dibina sahaja).
Yuran PemprosesanDikecualikan
Deposit Sekuriti (jika berkenaan)Seperti di dalam Surat Tawaran
Caj Pembelian Dokumen Sekurit/(Berkenaan)Suratcara Pinjaman Perumahan RM250 bagi Suratcara Pinjaman Perumahan untuk hartanah lebih daripada
RM150,000 dan ke atas Nota:
Caj Dokumen Suratcara Pinjaman Perumahan bagi hartanah RM150,000 dan
ke bawah dikecualikan berkuat kuasa 1 November 2020
Caj Salinan Dokumen Sekuriti /(Berkenaan)Set lengkap salinan dokumen yang disahkan RM50 bagi salinan dokumen (set lengkap) yang disahkan bagi pinjaman
perumahan
Caj Salinan Dokumen Sekuriti /(Berkenaan)Set sebahagian salinan dokumen yang disahkan
Caj Salinan Dokumen Sekuriti /(Berkenaan)RM30 bagi salinan sebahagian dokumen bagi pinjaman perumahan

5. Macam Mana Jika Mahu Melangsaikan Sepenuhnya Pinjaman Sebelum Tempoh Matang?

  1. Anda perlu mengemukakan notis bertulis kepada Bank untuk mendapatkan amaun penjelasan awal. Penjelasan awal
    boleh dilakukan pada bila-bila masa waktu bekerja dan di mana-mana cawangan Bank.
  2. Pinjaman ini adalah tertakluk kepada tempoh lock-in di mana sekiranya penjelasan awal dilakukan dalam tempoh lock in
    tersebut, caj tambahan akan dikenakan seperti berikut:
  • 2.50% yang akan dikira ke atas baki prinsipal pinjaman jika membuat penjelasan awal penuh di dalam tempoh tiga
    (3) tahun dari tarikh pengeluaran pertama.
  • 2.50% yang akan dikira atas amaun penjelasan sebahagian jika membuat penjelasan sebahagian di dalam tempoh
    tiga (3) tahun dari tarikh pengeluaran pertama.

Itulah panduan cara memohon pinjaman perumahan BSN terkini. Sekiranya Anda seorang usahawan, boleh cuba permohonan pinjaman mikro BSN yang menawarkan pinjaman RM5,000 sehingga RM50,000.