Pinjaman TEKUN Untuk Perniagaan
Pinjaman TEKUN Untuk Perniagaan

Pinjaman TEKUN Untuk Perniagaan

Untuk memulakan perniagaan, kita pasti memerlukan modal yang cukup banyak. Untuk mendapatkan modal perniagaan boleh dilakukan dengan beberapa cara, salah satunya iaitu melalui pinjaman/pembiayaan perniagaan.

Usahawan boleh cuba pinjaman TEKUN untuk perniagaan (TEKUN Niaga). TEKUN Niaga menawarkan pinjaman modal untuk niaga RM10,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran 5 sehingga 10 tahun.

Jika Anda merupakan salah seorang peniaga kecil dan ingin lagi mengembankan bisnes, Anda boleh cubah mohon skim pinjaman TEKUN Niaga.

Cara Mohon Pinjaman TEKUN Niaga Online

Pinjaman TEKUN boleh dimohon secara online melalui portal rasmi TEKUN

  1. Buka pautan https://tekunfin.tekun.gov.my
  2. Klik butang Daftar Akaun untuk membuat pendaftaran akaun baharu. Cara Mohon Tekun Niaga Online
  3. Sila isi semua maklumat seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Telefon, Alamat Email, dan Kata Laluan. Klik butang Hantar.
  4. Sila rujuk email untuk membuat Pengesahan Email Pendaftaran.
  5. Masukkan alamat emel dan kata laluan yang telah dibuat pengesahan pendaftaran.
  6. Klik butang OK dan ikuti langkah seterusnya.
  7. Sila lengkapkan maklumat yang diminta.
  8. Klik tab PERMOHONAN untuk pemilihan skim.
  9. Pemohon perlu memilih salah satu skim yang ditawarkan dan klik butang Semakan Kelayakan.
  10. Semakan bagi kebenaran penzahiran maklumat kredit individu (RAMCI).
  11. Sila lengkapkan borang permohonan pembiayaan TEKUN.
  12. Sila muatnaik/upload dokumen yang diperlukan.
  13. Sila lengkapkan rancangan maklumat yang diminta (rancangan perniagaan).
  14. Anda perlu klik butang hantar untuk menghantar borang.
  15. Pemohon akan menerima email dan SMS.
  16. Selesai.

Selain melalui online, Anda boleh mohon pinjaman TEKUN dengan hadirkan diri ke mana-mana pejabat TEKUN cawangan terdekat. Sila isi borang permohonan untuk mohon pembiayaan TEKUN Niaga.

Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji bagi sebarang urusan di pejabat TEKUN cawangan.

Jenis Pinjaman TEKUN Niaga

TEKUN Niaga menawarkan 2 pilihan pembiayaan, iaitu Skim Pembiayaan Kecil (SPK) dan Skim Pembiayaan Sederhana (SPS). Jumlah pembiayaan yang diberikan tentu sahaja berbeza, sila lihat maklumat di bawah:

PembiayaanJumlahTempoh Bayaran
Skim Pembiayaan Kecil ( SPK )>RM 10,000 – RM50,000Sehingga 5 tahun
Skim Pembiayaan Sederhana ( SPS )>RM 50,000 – RM100,000Sehingga 10 tahun

Syarat Memohon Pinjaman TEKUN Niaga

Untuk memohon pinjaman TEKUN niaga, Anda mestilah siapkan senarai syarat di bawah ini:

  1. Pemohon mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
    Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  9. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  10. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  11. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  12. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  13. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  14. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  15. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise

Kadar Keuntungan Pinjaman TEKUN Niaga

Usahawan atau Peniaga mestilah membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.

Manakala bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pembiayaan.

Bayaran Proses Pinjaman TEKUN Niaga

Usahawan akan dikenakan yuran untuk buat pinjaman TEKUN. Maklumat lanjut seperti di bawah:

PembiayaanYuran Wakalah
> RM 50,000 – RM 100,000RM 500
> RM 40,000 – RM 50,000RM 300
> RM 30,000 – RM 40,000RM 250
> RM 20,000 – RM 30,000RM 200
> RM 10,000 – RM 20,000RM 150

Contoh: Jika Anda buat pinjaman TEKUN sebanyak > RM 50,000 – RM 100,000. Yuran yang perlu Anda bayar ialah RM 500.

Setiap peniaga atau usahawan mestilah untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Selain itu, usahawan atau peniaga kecil akan mendapat perlindungan insuran di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.

Selain TEKUN Nasional, Anda boleh juga cuba pinjaman dari AIM, sila baca panduan cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia.

Itulah maklumat mengenai cara mohon pinjaman TEKUN untuk memulakan perniagaan.

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk pembiayaan dan perkhidmatan TEKUN Nasional, sila hubungi 03 9059 888 atau melalui media sosial @tekunasional.