Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank Online
Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank Online

Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank Online

Teknologi masa kini semakin berkembang dengan adanya perbankan internet. Alliance Bank merupakan salah satu bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet bagi setiap pelanggan untuk membantu melakukan aktiviti kewangan/transaksi dengan cepat dan selamat.

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan internet banking AllianceOnline pada bila-bila masa dan dimana sahaja melalui peranti telefon bimbit dan komputer. Alliance online menyediakan ciri transfer duit, pembayaran bil, top up, pemindahan dana dan banyak lagi. Selain itu Alliance Online jugak dapat digunakan untuk semak baki akaun Alliance Bank secara online. Anda dapat check baki akaun Alliance Bank tanpa perlu datang ke kaunter dan ATM.

Berikut kami kongsikan pelbagai cara nak semak baki akaun Alliance Bank online, sila simak panduan di bawah ni:

Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank Online

Untuk membuat semakan baki akaun Alliance Bank secara online, Anda mesti mempunyai akaun kat AllianceOnline, sila baca panduan cara daftar Alliance Bank online. Sekiranya Anda telah mempunyai akaun AllianceOnline, Anda boleh ikuti langkah di bawah.

  1. Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.alliancebank.com.my
  2. Pada laman utama bahagian kanan atas klik Login. Laman Utama Alliance Bank
  3. Klik Alliance Online. Laman Login Alliance Bank
  4. Masukkan Username pada ruangan yang tersedia.
  5. Kemudian, klik Login.
  6. Klik I Confirm This Is My Secure Phrase jika itu Secure Phrase Anda. security phrase Alliance Bank
  7. Masukkan Password akaun Anda.
  8. Klik Login.
  9. Pada laman utama setelah login, pilih menu My Deposits>Savings and Current Account.
  10. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan.

Check Baki Akaun Alliance Bank Guna App AllianceOnline

Sebelum Anda check baki akaun melalui Aplikasi Alliance Online, Anda mesti muat turun terlebih dahulu aplikasi ini di App Store atau PlayStore. Selepas Anda download, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Sila buka aplikasi AllianceOnline Anda.
  2. Masukkan Username dan Password Anda pada ruangan yang tersedia.
  3. Pilih menu My Deposits>Savings and Current Account.
  4. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan secara terperinci.

Check Baki Akaun Alliance Bank di ATM

Lawati mesin ATM Alliance Bank terdekat setelah itu:

  1. Masukkan kad Debit/Credit.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Masukkan PIN.
  4. Tekan Maklumat Baki/Account Balance.
  5. Skrin akan akan paparkan maklumat baki akaun Anda.

Itulah senarai cara check baki akaun Alliance Bank, sila pilih cara yang paling mudah untuk Anda.