Cara semak baki akaun CIMB melalui online, aplikasi CIMB Click dan ATM boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pelanggan boleh menikmati fungsi check baki akaun ini secara percuma.
Baki CIMB dari akaun pelanggan akan memaparkan wang yang disimpan dalam akaun simpanan atau semasa.
So kepada Anda yang ingin mengetahui baki akaun terkini dalam akaun CIMB Anda, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.
Cara Semak Baki Akaun CIMB
Ada 4 cara yang akan kami kongsikan, iaitu check baki akaun melalui aplikasi CIMB Clicks, ATM, SMS dan internet banking CIMB.
1. Cara Semak Baki Melalui ATM
Cara semak baki pertama melalui mesin ATM, langkah pertama tentu sahaja Anda mesti pergi ke mesin ATM CIMB yang terdekat dengan Anda. Pastikan Anda membawa kad ATM/kad debit, lepas tu ikuti langkah berikut:
- Masukkan kad ATM Anda.
- Selepas itu, masukkan PIN ATM Anda.
- Pilih Untuk Teruskan.
- Lepas tu, pada menu utama akan tersedia pilihan Pertanyaan Baki. Tekan Pertanyaan Baki.
- Skrin ATM akan paparkan baki akaun terkini.
- Sekiranya dah selesai, jangan lupa untuk keluarkan kad bank dari mesin ATM.
2. Check Baki Akaun CIMB Melalui App CIMBClicks
Cara semak baki kedua adalah melalui aplikasi CIMBClicks, Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma. Sila buat carian CIMB Clicks Malaysia di Google Playstore atau App Store, lepas tu muat turun aplikasi ini ke handphone Anda.
- Lepas berjaya muat turun dan instal aplikasi di telefon bimbit Anda, langkah seterusnya sila buka aplikasi CIMB Clicks.
- Masukkan nama pengguna (Username/User ID), sahkan This is my SecureWord, dan kata laluan Anda.
- Klik pada menu My Accounts ataupun Deposits untuk melihat baki akaun Anda.
- Maklumat baki Anda akan terpapar.
3. Cara Check Baki Melalui CIMB Clicks
Untuk menggunakan kaedah ini, Anda mesti register CIMB Clicks dan menggunakan browser atau pelayar seperti google chrome, edge, mozilla firefox atau penyemak imbas lainnya. Selepas itu buka laman www.cimbclicks.com.my dan ikuti langkah-langkah di bawah ni:
- Pilih pada text I want to View My Accounts.
- Masukkan User ID Anda. Klik login.
- Tick Yes, This is my Secure Word.
- Masukan password. Klik Login.
- Pada Dashboard My Accounts Overview data baki dipaparkan secara detail.
Membuat semakan baki akaun CIMB Bank sangat mudah dan cepat dengan CIMB Clicks. Hanya pilih View my accounts dari menu Quick Access selepas log masuk.
4. Semak Baki Akaun CIMB Melalui SMS
Perbankan SMS adalah perkhidmatan perbankan yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk membuat pelbagai transaksi.
Melalui perkhidmatan perbankan SMS, pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan, seperti semakan baki dalam akaun pada bila-bila masa.
So bagaimana cara check baki akaun CIMB SMS? Sehingga kini CIMB tidak mempunyai ciri ini, pihak CIMB menasihatkan setiap pelanggan untuk check baki melalui perbankan internet, ATM dan aplikasi CIMB Clicks.