Semak Baki Akaun Hong Leong Bank Online
Semak Baki Akaun Hong Leong Bank Online

Semak Baki Akaun Hong Leong Bank Online

Transaksi online kini semakin mudah dengan adanya perbankan online Hong Leong Bank Connect (HLB Connect), selain digunakan sebagai perkhidmatan transaksi kewangan, perbankan online HLB Connect dapat digunakan juga sebagai salah satu cara semak baki akaun Hong Leong Bank.

Seringkali pelanggan Hong Leong Bank ingin mengetahui baki terkini pada akaun mereka, check baki HLB melalui online dapat jimatkan masa dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Sekarang kami akan tunjukkan cara check baki akaun Hong Leong Bank melalui online, sila semak panduan di bawah ini.

Semak Baki Akaun Hong Leong Bank Online

Sila ikuti langkah-langkah semakan baki akaun Hong Leong Bank online berikut:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Pada Username, masukkan Username akaun Hong Leong Bank Anda.
  3. Klik Next.
  4. Tick secure phrase Anda, masukkan Password Anda pada ruangan yang tersedia.
  5. Klik Login.
  6. Seterusnya, klik Overview.
  7. Klik Account Overview.
  8. Kemudian, klik Savings Account.
  9. Baki akaun Anda akan dipaparkan pada skrin.

Belum mendaftar HLB Connect? Jom daftar Hong Leong Bank online sekarang.

Check Baki Akaun Hong Leong Bank Guna Mobile Banking HLB Connect App

Sebelum Anda buat semakan baki akaun Hong Leong melalui HLB Connect App, sila muat turun terlebih dahulu di Google PlayStore atau AppStore secara percuma, selepas muat turun, sila ikuti langkah di bawah ni:

  1. Sila buka aplikasi HLB Connect Anda.
  2. Masukkan Username dan Kata Laluan akaun Hong Leong Bank Anda.
  3. Klik Login.
  4. Setelah berjaya log masuk, klik menu Overview.
  5. Kemudian, klik Account Overview.
  6. Klik Savings Account.
  7. Maklumat baki akan dipaparkan pada skrin secara detail.

Check Baki Akaun Hong Leong Bank Melalui ATM

Cara check baki akaun Hong Leong Bank melalui ATM sangat mudah, sila simak panduan berikut:

  1. Lawati ATM Hong Leong Bank terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM Anda pada slot yang disediakan.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Tekan Pertanyaan Baki.
  5. Sila pilih akaun yang Anda ingin semak.
  6. Baki akaun Anda akan dipaparkan pada skrin ATM.

FAQ Hong Leong Bank

Soalan lazim mengenai Hong Leong Bank:

1. Adakah jenis perlindungan keselamatan yang diberikan oleh Bank kepada pelanggannya yang menggunakan HLB Connect?

Ya tentu sahaja ada, Hong Leong Bank membuat sistem keselamatan terbaik:

  • Penyulitan sehingga 256-bit dengan minimum 128-bit diaktifkan oleh sijil SSL untuk menjamin transaksi online.
  • 8-16 aksara huruf dan nombor Kata Laluan bagi semua pelanggan HLB Connect.
  • PIN Kad Debit/PIN Kad Kredit/ID Sementara bagi pendaftaran atau penetapan semula HLB Connect.
  • TAC, kod 6 digit akan digunakan sebagai kaedah tambahan untuk mengenal pasti bahawa Anda yang membenarkan sesi/transaksi di HLB Connect Online. TAC akan dicetuskan secara automatik ke nombor handphone Anda untuk mengesahkan transaksi online tertentu, beberapa tetapan, pendaftaran dan tetapan semula.
  • Gambar Keselamatan bagi mengesahkan bahawa Anda mengakses HLB Connect Online yang tulen.
  • HLB Connect Online akan logout secara automatik jika tiada aktiviti dilakukan dalam masa 5 minit.
  • HLB Connect Anda akan dinyahaktifkan (menjadi tidak aktif) jika Anda tidak login selama 12 bulan.

2. Bagaimana cara mengemas kini nombor handphone untuk TAC?

Anda dapat mendaftar atau mengemas kini nombor handphone Anda untuk menerima TAC dengan mengunjungi cawangan terdekat. Sila rujuk artikel cara tukar no telefon Hong Leong Bank.

Bagi pelanggan luar negara, sila hubungi Perkhidmatan di 603-7626 8899 untuk proses kemaskini no telefon.