Semak Baki Akaun HSBC Online
Semak Baki Akaun HSBC Online

Semak Baki Akaun HSBC Online

Tak perlu kena pergi ke bank hanya untuk sekadar semak baki akaun HSBC. Sekarang Anda dapat gunakan perbankan online HSBC online banking, dengan perkhidmatan perbankan HSBC online banking ini Anda boleh semak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Selain menggunakan perkhidmatan perbankan HSBC online banking, Anda jugak dapat gunakan mesin ATM. Kami akan kongsikan 3 cara check baki akaun HSBC melalui online, ATM dan mobile banking.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk melihat baki akaun terkini Anda.

Semak Baki Akaun HSBC Online

Pastikan Anda telah mempunyai akaun HSBC online banking, jika belum mempunyai akaun, sila daftar HSBC online banking terlebih dahulu.

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun HSBC online banking, sila ikuti langkah-langkah semak baki akaun HSBC online di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi https://www.hsbc.com.my
  2. Klik Log On pada bahagian kanan atas.
  3. Klik HSBC Malaysia online banking.
  4. Masukkan Username akaun Anda.
  5. Klik Continue.
  6. Sahkan security phrase Anda klik Login.
  7. Klik pada bahagian Accounts.
  8. Maklumat baki terkini akan dipaparkan.

Check Baki Akaun HSBC Melalui HSBC Mobile Banking

Sebelum Anda membuat semakan baki HSBC, Anda mesti muat turun aplikasi HSBC Mobile Banking di Google PlayStore atau App Store secara percuma, selepas itu ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Sila buka aplikasi HSBC Mobile Banking di handphone/komputer Anda.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Klik Balances.
  4. Senarai baki akaun akan dipaparkan pada skrin Anda.

Nota: Sila mendaftar telebih dahulu jika Anda belum mempunyai akaun HSBC online banking. Setelah itu login HSBC online banking seperti cara yang dinyatakan diatas.

Check Baki Akaun HSBC Melalui ATM

Cara ini sudah ramai korang tahu, namun masih sahaja ada sebahagian korang yang belum faham macam mana cara semak baki HSBC melalui ATM. Sila pergi ke mana-mana ATM HSBC terdekat.

  1. Masukkan kad ATM.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Masukkan PIN.
  4. Tekan Pertanyaan Baki.
  5. Maklumat baki terkini akan dipaparkan di skrin ATM.

Sekarang Anda sudah tahu 3 cara check baki akaun HSBC, sila pilih cara yang paling mudah.