Cara Semak Baki Akaun Maybank Online
Cara Semak Baki Akaun Maybank Online

Cara Semak Baki Akaun Maybank Online

Check baki akaun Maybank kerap kali dilakukan oleh setiap orang untuk mengetahui maklumat baki akaun terkini. Perlu Anda ketahui bahawa ramai jugak orang yang belum tahu cara semak baki akaun Maybank secara online.

Sebahagian orang hanya mengetahui semakan baki akaun Maybank melalui ATM dan di branch sahaja. Bagi Anda yang ingin mengetahui cara check baki akaun Maybank melalui online, Anda boleh ikuti panduan yang kami kongsikan di bawah ini.

Selain daripada semakan baki akaun Maybank online, Anda boleh cuba perkhidmatan phone banking untuk jimatkan masa dan boleh semak pada bila-bila masa.

Cara Semak Baki Akaun Maybank Online

Sila ikuti langkah-langkah cara semak baki akaun Maybank secara online:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank2u kat https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username pada bahagian depan laman.
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes jika itu Security Phrase Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Kemudian, klik Login.
  7. Selepas Anda berada di laman utama Maybank2u, klik My Accounts untuk melihat maklumat baki terkini.

Belum punya akaun Maybank2u online? Jom daftar, sila baca panduan cara daftar maybank2u online.

Check Baki Akaun Maybank Guna Maybank2u Apps

Sila muat turun aplikasi Maybank2u Mobile Banking di App Store atau Google Play Store. Seterusnya ikuti langkah berikut:

  1. Buka Aplikasi Maybank2u Anda.
  2. Masukkan Username akaun Anda pada ruangan yang tersedia.
  3. Tekan anak panah pada sebelah ruangan username.
  4. Masukkan Password akaun Anda pada ruangan yang tersedia.
  5. Sila sahkan Security Image yang tertera.
  6. Klik Login.
  7. Pada landing page yang Anda tiba, baki penyata akaun Anda yang lengkap akan tertera.
  8. Selesai.

Semakan Baki Akaun Maybank Melalui ATM

Sila pergi ke ATM Maybank terdekat, kemudian ikuti langkah di bawah:

  1. Masukkan kad ATM Anda pada ruangan yang disediakan.
  2. Sila pilih bahasa yang Anda mahu.
  3. Klik Teruskan jika dikenakan sebarang caj untuk meneruskan ke proses semak baki akaun Anda.
  4. Seterusnya, Anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
  5. Masukkan PIN ATM akaun Anda pada ruangan yang diberi dengan menekan pada keypad ATM.
  6. Klik Enter/Masuk untuk melancarkan panduan semak baki akaun Anda.
  7. Tunggu sehingga disahkan dan diproses.
  8. Sila klik Pertanyaan Baki.
  9. Pilih akaun yang mahu Anda semak.
  10. Baki akaun Anda akan terpapar pada skrin ATM secara lengkap.
  11. Selesai.

Check Baki Akaun Maybank Melalui Panggilan Telefon

Untuk semakan baki melalui panggilan telefon, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu. Sila membuat pendaftaran di ATM Maybank atau customer care.

1. Cara Daftar Phone Banking Maybank di ATM

  1. Masukkan kad ATM dan PIN ATM.
  2. Pilih Maybank2u/Phone Banking
  3. Pilih Phone Banking Application
  4. Pilih Accept Terma dan Syarat.
  5. Masukkan 6 digit PIN
  6. Masukkan semula 6 digit PIN.
  7. Selesai.

2. Cara Daftar Phone Banking Maybank melalui Customer Care

Langkah check baki akaun Maybank melalui panggilan telefon

  1. Dial 1300886688
  2. Pilih Bahasa
  3. Tekan 0 untuk cakap dengan call centre agent.
  4. Tekan 3 (Banking)
  5. Sila buat permohonan untuk mendaftar Phone Banking melalui customer service.

3. Semakan Baki Akaun Maybank melalui Phone Banking

  1. Dial 1300-88-6688
  2. Pilih Bahasa Malaysia tekan 2
  3. Tekan 4
  4. Tekan 2 (Account Balance)
  5. Masukkan 6 digit phone banking
  6. Selesai.

Itulah cara semak baki akaun Maybank melalui ATM, online dan phone banking. Semoga membantu jangan lupa untuk share artikel ini.