Di Malaysia terdapat banyak penyedia perkhidmatan pinjaman sama ada melalui bank atau institusi kewangan lain. MBSB Bank merupakan salah satu bank yang menyediakan kemudahan pinjaman.
MBSB Bank merupakan salah satu bank yang sudah sejak lama ada di Malaysia. MBSB Bank menawarkan pelbagai kemudahan perbankan seperti pembiayaan hartanah, deposit bertempoh, pinjaman peribadi, pelaburan dan banyak lagi.
Kelebihan pinjaman MBSB Bank sudah tentu dari segi faedah rata supaya ia tidak merugikan pengguna.
Di samping itu, ansuran prinsipal dinyatakan dalam kontrak supaya tiada kos tambahan.
Jenis pinjaman juga lengkap, memudahkan untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.
Perlu Anda ketahui bahawa MBSB Bank telah mempunyai lesen yang diberikan oleh BNM (Bank Negara Malaysia).
MBSB Bank juga menyediakan perkhidmatan perbanakan internet yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk membuat transaksi kewangan secara online serta dapat digunakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
MBSB Bank juga menyediakan beberapa kemudahan untuk check baki pinjaman secara online dan offline. Sebagai contoh, untuk menyemak baki pinjaman MBSB Bank, kini tidak perlu ke cawangan MBSB Bank memandangkan sistem pembayaran sudah pun online.
Sehingga semakan pinjaman MBSB Bank akan lebih mudah dan cepat. Sekiranya Anda mempunyai ansuran atau pinjaman di MBSB Bank, Anda boleh ikuti panduan cara semak baki pinjaman MBSB Bank di bawah:
Cara Daftar MBSB Bank Online
Untuk dapat menggunakan perkhidmatan perbankan internet MBSB Bank, Anda mestilah mendaftar terlebih dahulu. Sila ikuti langkah-langkah cara daftar MBSB online banking berikut:
- Lawati pautan https://www.mbsbjourney.com/rib
- Klik NEW USER.
- Pilih Financing Account, klik Register Now.
- Isikan nombor pinjaman Anda pada Financing Account No.
- Sila pilih ID Type.
- Masukkan Nombor ID Type Anda.
- Masukkan Security Check dan isikan pada bahagian Captcha.
- Klik Next.
- Masukkan maklumat peribadi Anda pada bahagian Personal Details.
- Sila ikuti panduan seterusnya sehingga pendaftaran Anda berjaya.
Login dan Semak Baki Pinjaman MBSB
Selepas Anda mendaftar MBSB Bank online banking, sekarang Anda boleh check baki pinjaman MBSB Bank melalui online.
Berikut langkah semak baki pinjamin MBSB Bank secara online:
- Sila lawati pautan https://www.mbsbjourney.com/rib
- Masukkan Username Anda, klik Login.
- Klik I Confirm jika itu secure image Anda.
- Masukkan Password Anda, klik Login.
- Paparan baki pinjaman Anda akan tertera.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan terkait MBSB Anda boleh hubungi Pusat Perkhidmatan 03-2096 3000 atau melalui e-mel ke enquiry@mbsbbank.com
Atau jika Anda mahu, Anda boleh dapatkan pinjaman perniagaan dari bank lain untuk modal perniagaan Anda, sila baca penuh artikel cara dapatkan pinjaman perniagaan Maybank cepat diluluskan.
Itulah panduan cara check baki pinjaman MBSB Bank secara online, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.