Semak Penyata Bank BSN
Semak Penyata Bank BSN

Semak Penyata Bank BSN

Bagaimana cara dapatkan penyata BSN dan bagaimana cara print statement bank BSN melalui online? Anda boleh print penyata bank BSN pada bila-bila masa.

Ramai korang yang perlukan penyata bank untuk pelbagai keperluan, seperti membuat permohonan pinjaman wang, mengetahui maklumat keluar dan masuk wang dan banyak lagi.

Cara untuk cetak penyata bank BSN boleh melalui myBSN. Sila baca panduan cara semak penyata BSN dan cara muat turun penyata bank di bawah ini.

Apa itu eStatement BSN

eStatement pada dasarnya adalah penyata akaun dalam bentuk elektronik biasanya dalam versi pdf. Sekarang ini penyata bank yang di cetak pada kertas sudah tak digunakan lagi.

Pelanggan akan mendapat penyata elektronik di dalam peti masuk e-mel, sekiranya pelanggan tersebut telah mendaftar dan setting e-Penyata/e-Statement kat myBSN.

Perkhidmatan e-statement bank dianggap lebih senang kerana pelanggan dapat melihat maklumat kewangan pada bila-bila masa. eStatement tersedia untuk semua pemegang akaun BSN.

Benefits eStatement BSN

Jika dibandingkan dengan versi bercetak, terdapat beberapa kelebihan eStatement iaitu:

  • Anda akan menikmati akses mudah dan pantas. Maklumat Anda akan dihantar ke e-mel anda setiap bulan secara selamat dan tepat pada masanya. Anda bahkan boleh menjangka ia tepat pada waktunya dan dalam tarikh yang sama.
  • Anda akan menikmati mekanisme selamat.
  • Anda boleh menikmati sejarah penyataan yang mudah dan terperinci.
  • eStatement merupakan sistem yang mesra alam.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma

Cara Mendapatkan Penyata Bank BSN via Online

Jika Anda belum mempunyai akaun myBSN, sila daftar BSN online banking terlebih dahulu. Sekiranya sudah punya, boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Log masuk ke akaun myBSN anda
  2. Pilih Account Overview. Cara Mendapatkan Penyata Akaun BSN using Online Banking Portal
  3. Pilih eStatement.  Cara Mendapatkan Penyata Akaun BSN using Online Banking
  4. Sekiranya anda ingin memuat turunnya, anda boleh melakukannya kerana pilihan sudah tersedia. Cara Mendapatkan Penyata Akaun BSN via Online Banking

Dimaklumkan bahawa Anda tidak perlu melakukan apa-apa (mendaftar, meminta perkhidmatan, dll) jika Anda sudah mempunyai akaun myBSN. Memiliki akaun sahaja sudah cukup untuk memberi anda akses ke banyak perkhidmatan kat myBSN.

Setelah mendapatkan penyata bank BSN terkini, Anda boleh cuba mohon pinjaman mikro BSN sehingga RM50,000 untuk membantu pemulihan perniagaan.

Cara Dapatkan Penyata Mini BSN

Penyata mini ini hanya boleh keluarkan penyata untuk 3 bulan lepas.

  1. Masukkan kad BSN Anda.
  2. Pilih Bahasa
  3. Masukkan No PIN
  4. Pilih Penukaran PIN/Urusan Lain
  5. Pilih Penyata Mini
  6. Untuk print penyata mini Anda dikenakan caj RM0.50, pilih YA jika bersetuju.
  7. Ambil resit penyata mini BSN dan kad BSN Anda.

Itu sahaja perkongsian kali ini, Anda boleh semak maklumat mengenai BSN di bawah ini untuk dapatkan maklumat lainnya.