Semak Penyata HSBC Bank
Semak Penyata HSBC Bank

Semak Penyata Bank HSBC

Macam mana cara semak penyata bank HSBC dan bagaimana cara print statement bank HSBC? Untuk makluman, penyata bank merupakan ringkasan keseluruhan urus niaga kewangan akaun, yang boleh berbentuk akaun bank individu atau akaun bank perniagaan.

Data yang dilampirkan pada penyata bank adalah info aliran debit dan kredit, termasuk pemindahan duit masuk atau keluar. Penyata bank dapat digunakan untuk pelbagai keperluan seperti beli rumah, pinjaman dan lainnya.

Dibawah ini merupakan langkah-langkah cara dapatkan penyata bank HSBC secara online.

Penyata E-mel

Apa itu penyataan e-mel? Penyata e-mel adalah penyata perbankan Anda dalam bentuk PDF yang dihantar ke alamat e-mel yang telah Anda daftarkan dengan HSBC / HSBC Amanah.

Tiada caj untuk perkhidmatan e-Penyata HSBC. HSBC akan berhenti menghantar penyata kertas ke alamat berdaftar Anda. Anda akan menerima penyata perbankan Anda dalam bentuk PDF melalui emel dari HSBC / HSBC Amanah.

eStatement

Apa itu eStatement? EStatement adalah versi elektronik penyata kertas Anda. Ia menawarkan maklumat komprehensif yang sama seperti penyataan salinan cetak. Pemberitahuan akan dihantar ke peti mel perbankan dalam talian Anda ketika eStatement Anda siap untuk dilihat / dimuat.

Cara Dapatkan ePenyata Bank HSBC

Pertama sekali, Anda mesti daftar HSBC online banking.

  1. Log masuk HSBC online banking.
  2. Klik menu Profile dan pilih Communication Preferences.
  3. Pilih Statements.
  4. Matikan Penyata Kertas.

Cara Beralih ke eStatements dan eAdvice

Jika Anda ingin dapatkan e-statement di emel Anda, Anda mesti lakukan langkah di bawah ini.

HSBC Online Banking

  1. Log masuk HSBC Online Banking dan pilih Services.
  2. Pilih Change your statement preferences.
  3. Pilih Online only untuk memilih e-penyata.

HSBC Malaysia mobile app

  1. Log masuk ke aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia anda.
  2. Pergi ke Profile dan pilih Communication Preferences.
  3. Pilih Statements dan matikan Paper statements untuk memilih e-penyata.

Cara Melihat eStatements / eAdvice HSBC

Jika Anda ingin melihat penyata bank, sila ikuti cara di bawah ini.

HSBC Online Banking

  1. Log masuk ke Perbankan Dalam Talian HSBC dan pilih View Statements.
  2. Pilih Statement type dan Account yang ingin Anda lihat.

HSBC Malaysia mobile app

  1. Log masuk aplikasi HSBC mobile banking
  2. Pilih akaun yang ingin Anda lihat dan pilih View Statements.

Itulah maklumat mengenai cara semak penyata bank HSBC, semoga membantu.