Semak Penyata Bank Maybank
Semak Penyata Bank Maybank

Semak Penyata Bank Maybank

Macam mana cara semak penyata Maybank dan bagaimana cara dapatkan statement bank Maybank secara online? Tentu sahaja boleh, Anda boleh print penyata bank Maybank pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Penyata bank diperlukan untuk pelbagai keperluan, misalnya untuk membuat permohonan pinjaman, mengetahui maklumat keluar dan masuk duit dan banyak lagi.

Ada pelbagai cara untuk dapatkan penyata bank Maybank iaitu melalui Maybank2u, email dan pejabat bank. Sila baca panduan cara semak penyata Maybank dan cara download penyata bank di bawah ini.

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online

  1. Layari laman web maybank2u.com.my
  2. Masukkan username dan password Anda.
  3. Pada menu Account sila klik Savings Account-i atau Personal Saver Account-i
  4. Pada bahagian All Transaction History sila pilih Last 30 days, Last 60 days atau Last 90 days. Cara Print Penyata Maybank
  5. Sila klik View Statements.
  6. Klik butang Download untuk print statement.

Tidak mempunyai akaun berdaftar di Maybank2u? Tak perlu risau, jom baca panduan cara buat Maybank2u online.

Semak Penyata Maybank via Maybank2u

Untuk mendapatkan penyata Maybank melalui Maybank2u lama, sila ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Lawati web rasmi maybank2u.
  2. Masukkan Username dan Password.Semak Penyata Maybank2u Trough Website
  3. Cari pada menu E-billing dan Statement.
  4. Klik Butang E-billing dan Statement di bahagian bawah. Semak Penyata Maybank2u using Web
  5. Pada Bahagian Statement, kemudian klik Saving Account/Current Account. Semak Penyata Maybank2u using Web Portal
  6. Pada menu Statement Summary, Klik Select Statement Date. Semak Penyata Maybank2u via Web
  7. Pada menu Statement Summary, akan terpapar details penyata Anda. Semak Penyata Maybank2u via Web Portal
  8. Klik butang Download/Print untuk dapatkan Statement Bank Maybank.

Baca artikel lupa username dan password Maybank2u sekiranya Anda terlupa butiran akaun Maybank2u.

Cara Download Bank Statement Maybank via Mobile Banking

Sila muat turun dahulu aplikasi mobile banking Maybank di Google Playstore atau App Store.

  1. Buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Pilih menu e-Bills and Statements untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  4. Klik menu View untuk melihat secara detail.

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank via Email

Jika Anda ingin mendapatkan statement bank Maybank kat email, sila ikuti langkah-langkah untuk mendaftarkan e-mel Anda:

  1. Log masuk ke akaun Maybank2U Anda.
  2. Pilih eBills and Statements.
  3. Pilih Statements.
  4. Pilih Email Statement Delivery.
  5. Masukkan kata laluan.
  6. Anda akan mendapatkan statement bank dari e-mel rasmi m2u@stmts.maybank2u.com.my.

Setelah e-statement dihantar ke alamat emel Anda, Anda perlu melakukan langkah ini:

  • Buka attachment dalam e-mel tersebut.
  • Masukkan kata laluan,
  • Sila lihat, print atau simpan penyata bank Anda.

Melalui Customer Care

Anda jugak boleh dapatkan penyata Maybank melalui Khidmat Pelanggan:

  1. Hubungi 1300 88 6688
  2. Pilih Bahasa.
  3. Tekan 0 supaya Anda boleh bercakap dengan ejen pusat panggilan.
  4. Cakap dengan ejen untuk proses pengesahan identiti Anda.
  5. Selepas pengesahan berjaya, sila mendaftar untuk email statement.

Melalui Pejabat Cawangan

Cara ini perlu kena ke bank untuk dapatkan penyata bank Maybank.

  1. Lawati mana-mana cawangan bank Maybank berhampiran.
  2. Anda akan diberikan borang.
  3. Sila isikan borang tersebut.
  4. Pegawai bank akan baut pendaftaran Anda untuk penyata e-mel.

Itulah pelbagai cara dapatkan penyata bank Maybank, semoga maklumat yang dinyatakan diatas dapat membantu Anda.