Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat
Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Mendapatkan duit pinjaman kini lebih mudah dengan pinjaman dari Bank Rakyat. Kerana Anda akan dapatkan akses mudah kepada dana yang diperlukan untuk menguruskan kewangan Anda.

Ada pelbagai produk pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, seperti Pinjaman Peribadi, Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Pendidikan dan banyak lagi.

Namun, ramai pula korang yang tertanya-tanya mengenai macam mana cara semak baki pinjaman Bank Rakyat. Untuk mengetahui baki pinjaman terkini, Anda bisa check baki pinjaman melalui online, semakan baki pinjaman Bank Rakyat melalui online ni lebih jimat masa. Berikut kami kongsikan cara semak baki pinjaman Bank Rakyat dengan mudah dan pantas.

Cara Check Baki Pinjaman Bank Rakyat Online

Sila daftar Bank Rakyat online banking terlebih dahulu jika Anda belum mempunyai akaun berdaftar. Sekiranya sudah mempunyai akaun Bank Rakyat online dapat ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati laman web https://www.irakyat.com.my
  2. Masukkan Username dan Kata Laluan Anda.
  3. Pilih menu Accounts Info > Loan & Financing
  4. Maklumat baki pinjaman Anda akan tertera.

Lupa username dan password iRakyat? Tak perlu risau, sila baca artikel macam mana jika lupa username dan password Bank Rakyat.

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat via tele-Rakyat

Selain Anda semak baki pinjaman melalui online, Anda boleh gunakan cara lain iaitu melalui perkhidmatan tele-Rakyat, sila Anda hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Bank Rakyat akan bertanya maklumat peribadi Anda seperti no kad pengenalan dan no contract pinjaman untuk proses pengesahan.

Selepas itu Bank Rakyat akan memberitahu jumlah baki pinjaman Anda.

Check Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui Cawangan

Cara ini boleh Anda lakukan apabila mempunyai banyak waktu:

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat dengan membawa IC/kad pengenalan dan buku bank (optional).
  2. Bagitahu kepada pegawai bank bahawa Anda ingin mengetahui maklumat baki pinjaman Bank Rakyat.
  3. Pegawai bank akan memberikan detail baki pinjaman Anda.

Itulah panduan semak baki pinjaman Bank Rakyat melalui online, cawangan dan tele-Rakyat. Diharapkan maklumat yang kami kongsi boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.