Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online
Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Ramai yang tertanya-tanya mengenai cara semakan baki pinjaman perumahan kerajaan online. Jika Anda seorang kakitangan awam dan ingin mengetahui baki pinjaman perumahan kerajaan, sekarang Anda boleh membuat semakan baki pinjaman LPPSA melalui online.

Cara paling mudah untuk semak baki pinjaman perumahan kerajaan iaitu secara online. Kenapa? kerana semakan melalui online hanya perlukan handphone/laptop dan sambungan internet sahaja. Jadi tak perlu payah pergi ke pejabat LPSSA hanya untuk menyemak baki pinjaman.

Sedikit maklumat, bermula dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Berikut kami kongsikan cara semak baki pinjaman perumahan kerajaan secara online.

Perkhidmatan Portal LPPSA

Untuk makluman, setelah Anda berjaya mendaftar LPPSA online, Anda akan mendapatkan akses perkhidmatan-perkhidmatan di bawah:

  • Bayaran balik pinjaman
  • Penghantaran hakmilik
  • Penyata tahunan
  • Status baki pinjaman
  • Status bayaran kemajuan
  • Semakan status application baru

Cara Daftar LPPSA Online

Jika Anda pengguna baru, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila lawati pautan untuk Daftar Baru (Register)
  2. Masukkan Nama Penuh (mengikut kad pengenalan baru)Semua Maklumat
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru.
  4. Isikan Tarikh Lahir.
  5. Masukkan Nombor Polis/Tentara.
  6. Masukkan Nombor Telefon pada ruangan yang tersedia.
  7. Masukkan Nombor Telefon Pejabat.
  8. Masukkan E-mel Peribadi.
  9. Masukkan E-mel Pejabat.
  10. Pada butiran log masuk, Masukkan ID Pengguna dan Kata laluan.Butiran Log Masuk
  11. Masukkan sekali lagi Pengesahan Kata Laluan.
  12. Tick pada kotak Terma dan Syarat.
  13. Klik Daftar.
  14. Ikuti langkah-langkah seterusnya dengan teliti.

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Jika Anda mahu membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan LPPSA secara online, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi LPPSA
  2. Sila masukkan ID Pengguna pada bahagian No Kad Pengenalan.Log Masuk ke Portal
  3. Masukkan Kata Laluan.

Baca juga panduan cara dapatkan pinjaman RM500 segera tanpa dokumen.

Aplikasi MyFinancing

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

MyFinancing merupakan Aplikasi yang diperkenalkan oleh LPPSA bagi memudahkan pengguna membuat urusan yang berkaitan dengan hanya menggunakan handphone.

Walau bagaimanapun, pengguna perlu mendaftar dahulu di portal rasmi LPPSA sebelum download Aplikasi MyFinancing. Anda boleh muat turun aplikasi MyFinancing di Google Play Store atau di App Store.

Aplikasi MyFinancing menyediakan perkhidmatan seperti:

  1. Jumlah tunggakan.
  2. Jumlah ansuran bulanan.
  3. Jumlah baki pembiayaan.
  4. Jumlah pengeluaran bayaran.
  5. Status akaun pembiayaan.
  6. Semak status terkini application pembiayaan.
  7. Hebahan terkini mengenai LPPSA.
  8. Semak baki pinjaman.

Anda mungkin berminat dengan pinjaman peribadi Bank Rakyat pesara.

Paparan Aplikasi MyFinancing

Paparan maklumat

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi Pusat Panggilan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam di 03 8880 1600.