Semakan Baki Pinjaman PTPK Online
Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Posted on

Bagaimana cara semak baki pinjaman PTPK online? Bagi Anda yang tidak tahu apa itu PTPK, PTPK adalah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang menawarkan kemudahan iaitu Pinjaman Latihan Kemahiran.

PTPK telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan wang pinjaman peningkatan kemahiran kepada golongan pekerja. Tujuan dari pembiayaan pinjaman ini adalah untuk meningkatkan kelayakan pekerja.

Jika Anda ingin mengetahu semakan baki pinjaman PTPK online, sila ikuti panduan berikut.

Cara Check Baki Pinjaman PTPK Online Pertama Kali

Anda boleh gunakan peranti handphone atau laptop untuk membuat semakan secara online.

  1. Lawati pautan web rasmi PTPK http://apps1.ptpk.gov.my/penyataonline/login.php
  2. Akan tertera pada bahagian untuk login.
  3. Anda akan diminta memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
  4. Anda harus email terlebih dahulu Nombor Kad Pengenalan dan Nama Peminjam ke alamat email skillsfund@ptpk.gov.my dengan subject Memohon Kata Laluan.
  5. Anda juga dapat melakukan perkara sama dengan menghantar mesej Messenger ke pihak PTPK di Facebook mereka iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)-Pinjaman Tabung Kemahiran.
  6. Hal ini supaya Anda dapat Kata Laluan untuk login ke laman web ini.
  7. Panduan ini tersedia sebagai maklumat di bawah ruangan Login Anda boleh rujuk pada bila-bila masa.
  8. Anda boleh cuba masukkan nombor akaun pinjaman Anda. Sekiranya Anda masih belum mendapat sebarang respon dari PTPK mengenai kata laluan,
  9. Jika Anda terlupa Kata Laluan, Anda boleh hantar emel atau mesej kepada pihak PTPK melalui alamat email dan facebook yang sama.
  10. Anda tidak dapat membuat permohonan kata laluan melalui SMS ke 15888 kerana perkhidmatan berkenaan telah ditamatkan.
  11. Jika password telah diberikan, Anda boleh teruskan cara ini.

Cara Semak Baki Pinjaman PTPK Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan web rasmi PTPK http://apps1.ptpk.gov.my/penyataonline/login.php
  2. Akan tertera pada bahagian untuk login.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang tersedia.
  4. Kemudian masukkan Kata Laluan.
  5. Klik Masuk.
  6. Sekiranya berjaya, Anda akan dapat paparan Maklumat Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di skrin Anda.
  7. Pada Maklumat Lejar berwarna kuning, sila cari dan lihat colum Akaun. Ia merupakan sebaris ID Pemohon, Tempoh Bayaran Balik dan Status Lejar.
  8. Anda akan dapati nombor akaun pinjaman Anda tertera di sittu bersama-sama Baki Terkini di sebelahnya.
  9. Anda kini telah mengetahui baki terkini pinjaman PTPK Anda.
  10. Untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman PTPK, Anda boleh tekan No Akaun Pinjaman.
  11. Anda kini akan dipaparkan dengan Penyata Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Anda boleh menyemak baki terkini, baki tertunggak, jumlah pinjaman diluluskan dan amaun bayaran balik sebulan.
  12. Tahniah, Anda berjaya membuat semakan.
  13. Anda boleh Logout dan keluar dari lama web setelah selesai meneliti semakan.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan PTPK di talian 03 40476000 atau di talian 03 404762000.