Cara Transfer Duit Maybank ke Bank Lain
Cara Transfer Duit Maybank ke Bank Lain

Cara Transfer Duit Maybank ke Bank Lain

Posted on

Cara transfer duit kini lebih mudah kerana boleh dilakukan secara online, selain itu transfer duit secara online boleh jimat masa sebab Anda tak perlu kena pergi ke pejabat bank. Hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau laptop, Anda sudah boleh transfer duit dengan cepat dan pantas.

Sebetulnya, transfer duit dapat dilakukan kat mesin ATM. Namun ramai korang yang yang tak faham cara gunakan mesin ATM tu. Sekarang kami akan berkongsi cara transfer duit Maybank ke bank lain menggunakan mesin ATM dan internet banking Maybank2u.

Cara Transfer Duit Maybank ke Bank Lain Secara Online

Berikut langkah-langkah transfer duit Maybank ke bank lain secara online:

  1. Sila log masuk akaun Maybank Anda melalui pautan rasmi Maybank2u.
  2. Masukkan Username, Security phrase dan Password Anda.
  3. Klik Accounts&Banking untuk melihat akaun Maybank2u Anda.
  4. Klik Transfer untuk mula hantar duit ke penerima.
  5. Pilih New 3rd Party Account Transfer untuk hantar duit ke akaun Maybank lain.
  6. Pilih New Interbank Fund Transfer.
  7. Pilih akaun bank yang ingin Anda transfer. Contoh: saya ingin transfer kepada akaun Hong Leong Bank kemudian klik Continue. Transfer Maybank
  8. Pada bahagian Amount, masukkan jumlah duit yang mahu Anda transfer.
  9. Sila pilih pada Mode of transfer yang Anda inginkan.
  10. Pada Recipient Name, masukkan nama penerima.
  11. Sila pilih Transaction Type.
  12. Pada Account Number, masukkan nombor akaun penerima.
  13. Pada Recipient Reference, masukkan info apa sahaja yang berkenaan transaksi.
  14. Kemudian, klik Continue.
  15. Akan tertera maklumat seperti berikut. Instan Transfer Maybank
  16. Klik Request for TAC, nombor TAC akan dihantar ke nombor handphone Anda.
  17. Masukkan Nombor TAC pada ruangan SMS TAC.
  18. Kemudian, klik Confirm.
  19. Jika status Succesfull, transaksi Anda telah berjaya.
  20. Selesai.

Jika Anda menggunakan perkhidmatan IBG transfer, Anda boleh baca artikel IBG transfer Maybank berapa hari.

Cara Transfer Dari Maybank ke Bank Lain Guna Mesin ATM

Sila Anda lawati mesin ATM terdekat lalu ikuti langkah-langkah transfer duit Maybank ke bank lain guna mesin ATM:

  1. Masukkan kad ATM.
  2. Pilih bahasa yang Anda inginkan.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Pilih Lain-Lain Urusniaga. Menu Utama Maybank
  5. Pilih Pindahan. Menu Utama Urus Niaga
  6. Pilik Pindahan Interbank Segera. Jenis Pindahan Transaksi
  7. Baca maklumat yang terpapar pada skrin. Maklumat Transfer Maybank
  8. Seterusnya, pilih YA.
  9. Pilih Pindahan Antara Bank MEPS. Pilih Urusniaga
  10. Kemudian, jika Anda setuju klik YA.
  11. Adapun terpapar di skrin senarai kod bank. Senarai Kod Maybank
  12. Sila Anda pilih kod bank penerima.
  13. Selepas Anda memilih, masukkan kod bank tersebut, contoh (jika BSN, masukkan kod 012)
  14. Klik YA.
  15. Masukkan nombor akaun penerima. Masukkan Nombor Akaun
  16. Periksa semula, lalu klik YA.
  17. Kemudian, akan muncul nama penerima serta jumlah wang.
  18. Klik Ya jika sudah pasti.
  19. Sila ambil resit dan kad bank Anda.
  20. Selesai.

Itulah panduan cara transfer duit Maybank ke bank lain secara online menggunakan mesin ATM dan Maybank2u.