Penukaran PIN (Personal Identification Number) untuk kad debit atau kad ATM Bank Islam hendaklah dilakukan secara berkala demi keselamatan transaksi Anda.
Sila ambil perhatian bahawa cara menukar PIN ATM Bank Islam hanya boleh dilakukan di mesin ATM Bank Islam dan tidak boleh dilakukan di mesin ATM lain.
Berikut kami kongsikan cara tukar no PIN kad ATM Bank Islam melalui mesin ATM dan cara mengatasi lupa nombor PIN kad Bank Islam.
Apakah Kad PIN & Pay
Kad PIN & Pay merupakan kad PIN yang membolehkan Anda membuat pembayaran di terminal tempat jualan (POS) dengan memasukkan PIN 6 digit. Dengan menggunakan PIN Anda dapat meningkatkan tahap keselamatan transaksi kad Anda.
Penggunaan PIN dapat membantu melindungi pengguna akibat kehilangan atau kecurian. Demi lebih menjaga keselamatan kad Anda, Anda dinasihatkan untuk menukar PIN secara berkala.
Cara Tukar No PIN Kad ATM Bank Islam Melalui ATM
Sila ikuti langkah-langkah tukar no PIN Bank Islam di bawah:
- Sila pergi ke ATM Bank Islam terdekat.
- Masukkan kad ATM ke slot yang disediakan.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Masukkan PIN kad ATM Anda.
- Pilih Tukar PIN.
- Masukkan PIN baru yang Anda inginkan.
- Masukkan sekali lagi PIN baru Anda untuk mengesahkan.
- Selesai.
Jika Anda lupa nombor PIN ATM Bank Islam, Anda boleh lakukan langkah berikut:
- Kunjungi cawangan Bank Islam yang berdekatan.
- Ambil no giliran, lepas no giliran Anda dipanggil. Sila beritahu staff bank bahawa Anda ingin dapatkan semula nombor PIN ATM Bank Islam.
- Staff bank akan minta kad ATM dan berikan nombor PIN ATM baru.
- Selesai.
Mungkin Anda mempunyai pertanyaan berapa lama pihak bank selesaikan masalah tersebut, makan seminggu atau hari itu pergi haritu jugak siap? Tak perlu risau, sebab PIN ATM boleh siap pada hari yang sama.
Sekiranya Anda lupa username ataupun paswword Bank Islam online banking, Anda boleh baca artikel cara lupa user ID dan password Bank Islam.
Soalan Lazim
Berikut beberapa soalan lazim mengenai PIN Bank Islam:
1. Bolehkah saya membuat penukaran kad PIN&Pay lebih awal (pembaharuan awal)?
Tidak. Pihak bank akan menghantar kad PIN&Pay baharu Anda ke alamat surat menyurat Anda diluar negara melalui pos. Sila hubungi pihak Bank untuk mengemaskini alamt surat menyurat Anda sekiranya perlu.
2. Macam mana jika saya memasukkan PIN yang salah?
Anda dibenarkan untuk membuat beberapa percubaan sebelum PIN Anda disekat. Percubaan PIN yang terhad melindungi Anda daripada kemungkinan kad Anda digunakan oleh penjenayah. Jika PIN Anda disekat, hubungi Pusat Panggilan Bank Islam untuk bantuan.
3. Bagaimana cara untuk menggantikan kad semasa kepada kad PIN & PAY jika saya berada di luar negara?
Pihak Bank akan menghantar kad PIN&PAy baharu ke alamat surat-menyurat Anda diluar negara melalui POS.
4. Adakah yang berlaku jika saya menggunakan kad PIN baharu di terminal yang tidak menyokong PIN?
Dalam kes ini, terminal akan memproses kad PIN baharu Anda tanpa meminta PIN atau tandatangan Anda perlu disahkan.
5. Adakah PIN digunakan bagi transaksi kad melalui Internet atau handphone?
Tidak. PIN yang Anda gunakan di terminal POS jualan atau mesin ATM tidak boleh didedahkan sama sekali melalui Internet atau diberikan melalui handphone. Kad PIN Anda tidak akan memberi kesan atau mengubah transaksi yang dibuat melalui internet atau handphone.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Islam, Anda boleh hubungi Contact Centre Bank Islam di +603 26 900 900, kunjungi cawangan Bank Islam yang berdekatan ataupun melalui email contactcenter@bankislam.com.my