CIMB merupakan salah satu bank ataupun perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia. CIMB menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan seperti pelaburan, savings, pinjaman dan banyak lagi.
CIMB mempunyai perbankan online iaitu CIMB Clicks yang boleh membatu pelanggan membuat transaksi kewangan secara online dan pada bila-bila masa. Transaksi perbankan seperti bayar bil, bayar loan, pemindahan dan transaksi lainnya boleh dilakukan secara real-time.
Bagi memudahkan pelanggan CIMB membuat transaksi kewangan seperti pemindahan dengan jumlah wang yang cukup besar, pelanggan boleh menukar had transaksi pengeluaran dan transfer secara online. Sila ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.
Cara Tukar Transaksi Limit Melalui CIMB Clicks
Sila ikuti langkah cara tukar transaksi limit CIMB melalui CIMB Clicks:
- Pertama sekali sila layari laman website CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.my
- Lepas tu klik Login To Clicks.
- Pada Enter User ID masukkan User Id akaun CIMB Clicks Anda. Klik Login.
- Tick Yes jika itu SecureWord Anda.
- Masukkan Password akaun Anda. Klik Login.
- Seterusnya, klik Services pada bahagian kiri.
- Pada Limits & Alerts, masukkan Clicks Transaction Limit Anda.
- Ada banyak pilihan tukar limit transfer yang boleh Anda kemaskini.
- Masukkan had yang baru pada ruangan yang Anda inginkan.
- Misalnya, pada Kwik (Fund Transfer) pilih limit akaun yang Anda inginkan.
- Scroll ke bahagian bawah, klik Request Secure TAC.
- Masukkan Nombor TAC pada ruangan yang disediakan. Seterusnya, klik Update.
- Anda akan menerima maklumat YOUR TRANSACTION LIMIT HAVE BEEN UPDATED. THANK YOU
- Selesai.
Jika Anda tidak mempunyai akaun profile CIMB, Anda boleh baca panduan cara daftar CIMB Clicks yang telah kami kongsikan.
Had Transaksi CIMB
Untuk makluman, had transaksi untuk pemindahan adalah sebagai berikut:
Jenis Transaksi | ||
---|---|---|
Maksima | Belia | |
Pemindahan Akaun Sendiri | Tiada Had | Tiada Had |
Pemindahan Dana Pihak Ketiga, GIRO Antara Bank dan Pemindahan Segera (Had Gabungan) | RM50,000 | RM300 |
Pembayaran Bil | RM50,000 | – |
Kiriman Wang (Had Gabungan SpeedSend dan Pemindahan Telegrafik Luar Negara) | RM50,000 | – |
Perkhidmatan Tambah Nilai Prabayar | RM500 | RM100 |
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai CIMB Clicks Anda boleh hubungi Call Centre CIMB di +603 6204 7788.